BAB 1

Romance Completed 1795

Suasanan subuh itu tampak hening dan sunyi. Kebiasaannya, pada waktu begini, Zahiril akan melawan rasa mengantuknya dengan bertadabbur Al-Quran.

Ada kalanya, dia gemar sekali mengajak isterinya untuk duduk-duduk sambil berbicara cakna tentang kisah-kisah nabi dan para sahabat.

Tetapi tidak pula pagi ini. Lelaki itu berbaring sambil sesekali tangannya mengusap bahagian dada yang terasa berdenyut entah kenapa.

Risau pula Saidatul melihat keadaan suaminya begitu. Dia duduk di sisi Zahiril dengan pandangan sayu. Jarang-jarang sekali Zahiril pasif sedemikian rupa.

Lelaki itu sedari Ramadan pertama, bermacam-macam rencana yang dirancang dalam kepalanya. Alhamdulilah, kebanyakannya sudah terlaksana. Saidatul seronok sekali melibatkan diri dalam setiap aktiviti suaminya saban hari.

Dua hari lepas, mereka suami isteri bersama-sama tenaga sukarelawan yang lain berkongsi nikmat dan rezeki dengan orang-orang gelandangan di Kuala Lumpur.

Ke segenap ceruk kotaraya, mereka telusuri berbagi juadah sahur untuk mereka yang kurang bernasib baik ini. Meski penat, Saidatul senang sekali melalui pengalaman berharga dan penuh bermakna itu. Apatah lagi bersama lelaki yang dicintainya dunia akhirat.

“Abang...abang okey tak ni?” lembut Saidatul bertanya khabar. Telapak tangannya mengusap-usap rambut si suami. Zahiril senyum. Tenang saja tampangnya.

“Dada abang sakit tiba-tiba...” Zahiril berterus-terang. Semerta Saidatul berubah riaknya.

“Kita pergi hospital bang. Kejap, Saidatul bersiap...” Saidatul jadi kalut tiba-tiba. Bulu romanya mendadak berdiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience