BAB 2

Romance Completed 1795

Pemindahan organ jantung suaminya itu biarpun sudah hampir dua tahun berlalu dan alhamdulilah Zahiril dikurniakan kesihatan yang baik tetapi tetap mendatangkan rasa bimbang kepada Saidatul.

Lebih-lebih lagi, Zahiril jarang sekali mengadu sakit. Dua tahun hidup berumahtangga dengan lelaki itu, hari-harinya dipenuhi gelak tawa. MasyaAllah, bahagia hidupnya tidak terungkap di hujung lidah.

“Bukan sakit kuat pun. Mungkin sebab penat aje ni. Tak payahlah, sayang...” Zahiril memegang pergelangan tangan Saidatul. Penuh kasih sayang.

“Ah, tak kira...tak kira! Jangan nak degil sangat ye. Abang tak nak bangun dari katil ni, Nad dukung abang nanti.” Saidatul mengembungkan pipinya. Buat muka geram. Zahiril tersenyum. Tetapi senyuman itu tidak seperti biasa. Saidatul sudah berselawat di dalam hati menenangkan diri.

“Hari ini abang hutang satu cerita dengan sayang...” Zahiril meraih tangan isteri tercinta. Saidatul tergamam. Allah, berantakan hatinya. Memang jadi satu kebiasaan, selepas subuh, Zahiril akan berkongsi cerita dengannya.

“Abang kan sakit dada...”

“Alah, jauh dari nyawa. Sayang dengar ya...” Hendak tidak hendak, Saidatul terpaksa mengangguk. Zahiril tersenyum lagi. Kali ini, ada sinar di matanya. “Rasulullah sebelum wafatnya, baginda sempat bergurau dengan isterinya, Aisyah tau...”

ALLAH! ALLAH! ALLAH!

Saidatul berdentam jiwa dan perasaannya. Dalam banyak-banyak sirah, kenapa yang itu pula diceritakannya. Kalau diikutkan hati, mahu saja Saidatul berkata tidak. Dia tidak mahu mendengar.

“Pada suatu hari, Rasulullah menemui Aisyah. Baginda mengadu yang kepalanya terasa sakit yang amat sangat. Ditakdirkan Allah, Aisyah juga ketika itu mengalami sakit kepala yang sama. Rasulullah lalu berkata, “Apabila kamu meninggal dunia terlebih dahulu sebelum aku, maka aku akan menguruskanmu dan mengiringi jenazahmu.” Sayang nak tahu, apa jawapan Aisyah hingga Rasulullah tertawa mendengarnya?” Zahiril meletakkan jeda dalam penceritaannya. Saidatul mengangguk demi menjaga hati suami. Dia menahan saja dari airmatanya merembes keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience