BAB 7

Romance Completed 1795

“Saya datang jumpa pak cik ni, nak minta pak cik tolong doakan suami saya...manalah tahu Allah dengar doa pak cik...” begitu sekali Saidatul merayu. Orang tua itu beristighfar tidak berhenti. Barangkali tidak percaya dengan perkhabaran yang disampaikan.

“Ya Allah, baru beberapa hari lepas Tuan Zahiril datang berjumpa pak cik. Dia hadiahkan pak cik senaskhah Al-Quran baru untuk pak cik sekeluarga. Tuan Zahiril sakit apa, puan?”

“Suami saya tidak lama dulu ada buat pemindahan jantung. Semalam dia jatuh sakit tiba-tiba. Doktor kata jantungnya bengkak. Tolong pak cik...doakan suami saya...”

“Allah...pak cik bukan siapa-siapa, puan Saidatul. Pak cik juga manusia biasa yang mengharap belas ihsan dariNYA. InsyaAllah, pak cik akan sama-sama doakan kesembuhan Tuan Zahiril...”

Puas hati Saidatul kerana hajatnya sudah terlaksana. Ramadan, bulan seribu satu keajaiban. Dan Saidatul benar-benar mengharapkan keajaiban itu. Airmatanya kering sendiri ditiup angin malam.

“Tak dapat jawab betul, siap sayang kena denda. Dah bersedia?”

“Eleh, tak hairan pun. Semua jawapan dalam kepala tau.”

“Oh, berlagak dia ye. Okey, soalan pertama...insan pertama yang menulis Bismillah?”

“Alah, kat Fac dah banyak share tentang tu lah, bang. Jawapannya, Nabi Sulaiman alaihisalam.”

“Okey, soalan seterusnya. Insan pertama yang membuatkan hati sayang bergetar?”

Saidatul memandang suaminya seperti mahu menelan hidup-hidup. Zahiril terkekek-kekek ketawa.

“Dapat jawab ke tidak ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience