BAB 4

Romance Completed 1795

Ya ALLAH, Saidatul memang teruk, mummy. Saidatul tak ambil berat tentang kesihatan abang. Sedangkan abang, bila Saidatul pening sikit pun dia sudah cepat-cepat carikan ubat.”

Saidatul menangis tersedu-sedan. Dia berasa tidak berguna langsung. Lelaki syurga itu memang istimewa. Dia cuba jadi isteri yang terbaik tetapi tidak pernah dia rasa cukup. Abang, cepatlah sembuh. Sungguh-sungguh Saidatul merayu dalam doanya.

“Dah...dah...benda dah nak jadi. Doa itu senjata orang Islam, sayang. Saidatul kena ingat tu.”

Nasihat Engku Khalsom bagaikan memberi satu pengharapan kepada Saidatul. Dia mengelap airmatanya dan mencari kelibat bapa mertuanya.

“Mummy...untuk malam ini, boleh tak mummy jaga abang? Saidatul hendak ke satu tempat.”

Terkejut Engku Khalsom apabila mendengar permintaan menantunya. Dia menatap tampang Saidatul yang sembap dek asyik menangis.

“Saidatul mahu ke mana? Sudah tengah malam ni...” risau Engku Zulaikha dibuatnya.

“Abang selalu jumpa satu keluarga ni, mummy... Mereka tidur bawah jambatan.” terang Saidatul.

“Jadi?”

“Saidatul mahu jumpa dia. Daddy temankan Saidatul ya?”

Tengku Mustafar dapat membaca apa yang terkandung di sebalik niat menantunya itu. Dia mengangguk. Engku Khalsom melepaskan menantu dan suaminya pergi meski dia sebenarnya masih tertanya-tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience