BAB 9

Romance Completed 1795

Saidatul tersenyum sambil tergeleng-geleng. Sangkanya apalah tadi. Dia benar-benar rindukan usikan suaminya itu.

“Namanya Zahiril. Lelaki yang pecah tradisi melamar anak dara orang dalam bas metro.” Saidatul ketawa nipis dengan jawapannya itu. Allah...sudah beberapa hari dia tidak gelak bahagia begini.

“Handsome tak Zahiril tu?”

“Bolehlah...” Saidatul jual mahal. Dalam hati, dia memanjat rasa syukur kepada Tuhan. Gurau senda suaminya itu sudah cukup memberinya kekuatan mengharungi hari-hari akhir Ramadan yang penuh tarbiah dan pengajaran.

“Isu gelandangan ni tak pernah selesai kan daddy? Kasihan dengan mereka. Islam sudah ada mekanisme dalam membendung masalah ni iaitu menerusi zakat. Bahkan, kita ada baitulmal. Tapi hairannya, masih ada yang hidup merempat. Sepatutnya, agihan zakat ini dapat membantu golongan gelandangan ni supaya tidak terus meminta-minta.”

Tengku Mustafar bersependapat. Siapa dia untuk bercakap tentang ketelusan institusi zakat tetapi sebagai seorang hartawan, sebolehnya dia cuba membantu dari segenap sudut.

Tengku Mustafar teringat pada keluarga lelaki tua yang ditemuinya bersembahyang jemaah di bawah jambatan tidak lama dulu. Alhamdulilah, keluarga itu sudah dibantu seadanya.

“Kita tolong mereka apa yang kita termampu ye, nak.”

Zahiril tersenyum lalu mengangguk. Ramadan baginya sayang kalau dilazimi dengan perkara yang biasa-biasa. Lakukan perubahan. Keluar dekati masyarakat.

Semoga Allah reda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience