BAB 8

Romance Completed 1795

“Eee, gedik tau. Menyampah!”

“Eh, menyampah pulak. Cepat jawab, nanti kena denda. Teruk sayang nanti. Hehehe.”

“Tak takut pun kena denda tu.”

“Memang sukalah ye kena denda. Jaga-jaga, pagi-pagi abang kuat tau. Macam harimau...aum-aum!” Zahiril mengusik si isteri. Saidatul memerah wajahnya. Tidak tahan hendak tersenyum sama. Sabar sajalah. Suaminya itu kalau datang sengalnya, pening hendak melayan.

Saidatul tersenyum dalam airmata. Begitulah rutin mereka suami-isteri selepas selesai mendirikan solat Subuh berjemaah. Ada saja soalan interaktif yang diajukan Zahiril kepadanya. Tetapi Subuh yang dilalui beberapa hari ini, begitu hening sekali. Tiada usik manja si suami. Tiada lawak gelak sendiri si suami.

Zahiril masih lemah keadaannya. Pucat muka lelaki itu. Bercakap pun satu-satu sebutannya.

“Abang mimpi seseorang tadi...” Zahiril sedaya-upaya menutur kata.

“Abang mimpikan siapa?”

“Khalil...”

Sepotong nama itu kembali meniti di bibir Zahiril. Khalil yang berdegup dalam tubuh suaminya.

“Kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, ya bang. Penting sekarang, abang kena cepat sihat. Tak mahulah beraya kat hospital.” Saidatul memberi semangat. Zahiril mengangguk.

“Sayang...abang ada sesuatu nak tanya ni...”

Bergementar perasaan Saidatul tiba-tiba. Dia cuba untuk berlakon tabah.

“Apa dia?”

“Insan pertama yang membuatkan hati sayang bergetar?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience