BAB 7

Romance Completed 6027

Duk! Duk! Haryani mengetuk daun pintu milik Azlan. Tombol pintu dipulas dari dalam. Haryani melangkah bersama songkok dan sehelai sampin di tangan. Suaminya kemas berbaju melayu. Saudara-mara Puan Asma pun turut bersila di ruang tamu. Menantikan pengantin lelaki bersiap sebelum berangkat ke masjid Sultan Mizan.

“Awak dah siap? Wah! Handsome awak hari ni” ucap Haryani selamba. Azlan tersenyum nipis. Sesekali dia meneliti pakaian yang tersalut di tubuh perempuan itu. Biasa saja. Mengapa Haryani tidak memakai baju yang bertemakan warna pilihan keluarganya?

“Awak tak pakai pun baju yang mama belikan untuk awak tu”

“Oh! Baju tu saya tak basuh lagi masa baru beli dari kedai tempoh hari. Tak apalah. Lagi pun saya rasa tak sempat nak tukar dah. Nah songkok dan sampin awak…” dua objek itu diberikan kepada Azlan. Lelaki itu sambut. Mereka saling bertukar tangan.

“Yani, terima kasih” songkok hitam ditekup ke atas kepala yang telah disisir rapi.

Haryani mengangguk. Sebenarnya, memang sengaja dia tidak memakai baju kurung yang dihadiahkan oleh Puan Asma. Kerana dia enggan menghadiri majlis akad nikah yang akan berlangsung dua jam lagi.

“Awak, maafkan saya sepanjang saya jadi ‘teman’ awak. Err, saya tahu saya bukan wanita pilihan awak. Maksud saya, sepanjang kita berkenalan”

Azlan mengelu. Sampinnya digenggam kukuh. Haryani bantu membetulkan kolar bajunya. Anak mata mereka tidak berbalas antara satu lain. Pandangan mereka jua tidak sepadu.

“Memang ada lelaki yang ditakdirkan untuk memimpin lebih daripada seorang isteri. Ada juga wanita yang ditakdirkan mampu menerima wanita lain berkongsi kebahagiaan bersama suaminya. Tapi andai kata awak rasa terbeban sebab kena sara dua isteri, awak lepaskanlah saya. Saya tahu bukan senang nak berlaku adil apatah lagi terhadap perempuan yang awak tak cinta. Yang awak anggap tak lebih daripada seorang kawan”

Rambut Haryani disentuh. Sungguh! Azlan tidak tahu harus berkata apa. Semuanya tidak dapat dia berputarkan kembali.

“Saya tak tahu apa yang perlu saya ucapkan selain ucapan terima kasih. Saya akan cuba menjaga kedua-duanya”

“Sama-sama. Kalau awak tak boleh terima saya sebagai isteri, awak hanya ingat kita pernah jadi sahabat itu sudah cukup. Walaubagaimana sekali pun, kita tetap kawan kan?”

“Iya, Yani. Saya…”

“Uii, anak papa dah siap ke belum?” Encik Azmin menyampuk. Sejak bila dia muncul Haryani juga tidak pasti. Bunyi kuakan pintu tidak pula dia dengar. Azlan berdeham.

“Dah pa. Semua dah sampai ke?”

“Dah. Kami tunggu Lan kat luar. Barang hantaran pun mama kamu dah letak siap-siap dalam bonet kereta. Lepas Isyak kita bertolak. Yani naik kereta dengan Azlin tau”

“Baik, pa” sahur Haryani pendek.

“Okey, papa. Lan dah nak siap dah ni” sampin di pinggang ditarik-tarik supaya kemas terletak. Dibantu Haryani. Tiba-tiba anak matanya tersorot di jemari Haryani yang kosong tanpa barang kemas. Termasuk cincin nikah mereka dua minggu lepas.

“Mana cincin?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience