“Awak betul-betul dah bersedia?”
“Ya. Saya dah lama sedia sejak awak jelaskan hajat suci awak. Mungkin ini rezeki saya. Rezeki untuk melatih saya supaya menjadi lebih baik. Awak layak dapatkan Dira. Bukannya saya. Awak bukannya sebarangan lelaki dan Dira bukan sebarangan wanita. Saya? Awak dah sedia maklum siapa saya sebelum ni ”
Haryani menggunakan istilah ‘rezeki’ di depan Azlan. Perempuan itu segera beredar melakukan kerja yang terbengkalai tadi. Tak sanggup dia memandang wajah Azlan. Bagaimana kelak apabila Azlan menyarungkan cincin di jari Nadira?
“Assalamualaikum…” satu suara lembut menyapa. Sapaannya mendorong Haryani mengangkat muka. Nadira! Si gadis bertudung litup manis tersenyum. Azlan turut membalas.
“Waalaikumussalam. Dira, bila sampai?” tersirna ceria muka Azlan apabila Nadira sudah tiba. Alhamdulillah, Nadira sudah sihat seperti dahulu.
“I aje baru aje sampai. Nampak you ada kat sini I tegurlah”
“Jom, kita pergi sana. Tadi mama siapkan pelamin kita” jarinya lurus ditujukan menghala ke pelamin yang bertemakan hijau dan putih. Nadira mengikut jejak Azlan. Haryani memejam matanya. Kalaulah Azlan tahu wanita itu umpama kaca tipis. Mudah hancur meski cuma disentuh. Mudah patah hatta hanya dipegang. Apatah lagi saat tersenggol di mana-mana ia pasti pecah belah. Ah! Dia sendiri yang pilih jalan ini. Mudahan-mudahan Allah SWT memberkati usahanya yang boleh dianggap secicip ini.
Tidak lama lagi, suaminya berat pada tanggungjawab, manakala dia berat pada perasaan. Haryani memujuk diri dengan sepatah madah iaitu tidak mengapa…
Share this novel