BAB 12

Romance Completed 6027

Sebulan kemudian…

‘Maafkan saya kerana gagal selamatkan nyawa isteri dan anak encik’ Azlan terjelepuk jatuh. Lututnya mencecah lantai. Tangan Nadira digenggam. Nafas isterinya sesak gara-gara terhidu asap yang terlalu banyak. Tak sangka syarikat tempat wanitabekerja ditimpa musibah. Kebakaran dahsyat berlaku dan menyebabkan ramai pekerja di situ terkorban. Telapak tangannya diletakkan di atas perut Nadira. Dua nyawa insan tersayang hilang. Puan Asma memeluk bahu anaknya. Azlan hanya menangis. Sandiwarakah ini? Huh! Setelah sekian lama mereka bersama, inikah akhir cerita cinta mereka? Haryani yang baru tiba di rumah milik mertuanya hanya memaku di depan pintu kamar. Semahu-mahunya Azlan teresak di bahu Puan Asma. Azlin memalingkan wajah. Berkerut melihat kemunculan Haryani. Lekas perempuan itu meletakkan jari di bibir. Mengisyaratkan supaya Azlin senyap.

“Kenapa ma? Kenapa Dira pergi?”

“Sudahlah Azlan. Kita sama-sama bersabar. Dira dah tak ada itu semua dah sampai ajalnya. Tapi tak bermakna hidup Lan berakhir. Dira dah selamat pergi ke pangkuan Allah” Puan Asma meramas rambut anak sulungnya.

Azlin di belakang Azlan turut mengalirkan airmata. Kakak iparnya meninggal dalam keadaan yang tenang. Tetapi…Bagaimana Haryani?

“Anak Lan…Anak Lan tinggalkan Lan, Dira tinggalkan Lan juga. Lan tak sedia lagi kehilangan mereka berdua”

“Pemergian seseorang tu bukannya atas persediaan manusia. Sama ada manusia dalam keadaan sedia atau tidak, kematian itu suatu perkara wajib yang akan terjadi. Lan, mama faham perasaan Lan” jari telunjuknya menyeka tangisan. Azlan tunduk. Merah mukanya.

Puan Asma menepuk-nepuk bahu Azlan. Saudara-mara yang lain tekun mengalunkan bacaan Yassin buat arwah. Dengan lembut Azlin menyentuh bahu abangnya. Azlan mendongak. Tatkala itu, matanya dan Haryani bersabung. Ya Allah! Sudah lama dia tidak bertemu si isteri pertama. Penampilan Haryani sudah tidak sama seperti dahulu. Kolam matanya membasah lagi. Encik Azmin di situ turut terpatung.

Haryani tidak berbicara. Tangannya menyelak sedikit kain yang menutup raut Nadira. Wajah itu suci daripada segala kekotoran. Sebak mencengkam benak. Maknanya, Nadira seperti dapat mengagak bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya. Haryani diselubungi rasa bersalah. Inilah tujuan sebenar Nadira beria-ia ingin berjumpanya. Haryani berdalih bukan atas niat ingin terus meminggir. Tetapi dia perlu persiapkan dirinya untuk terima kenyataan. Risau jika jiwanya rapuh.

‘Maafkan aku, Dira…Tak sangka awal kau pergi. Aku tak ada niat langsung untuk biarkan kau terus tunggu aku. Aku takut dengan diri aku sendiri. Aku tak cukup bersedia berdepan bersama kau yang pernah terluka kerana aku. Aku hanya nak pulangkan apa yang telah aku ambil dari kau. Azlan itu cinta hati kau yang jiwanya penuh kesetiaan. Mana mungkin tergamak aku biarkan dia sengsara disebabkan seorang perempuan yang dia tak cinta. Harap kau faham…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience