BAB 3

Romance Completed 6027

Azlan berkerut. Itulah kata-katanya yang pernah terlontar dari bibirnya setiap kali dia marah Haryani. Tak sangka, perempuan itu memendam rasa. Tidak lekang anak matanya memanah wajah gadis berambut panjang di hadapannya.

“Awak betullah dah salah pilih bini. Kenapa awak pilih perempuan bodoh macam saya? Saya ni belajar pun setakat SPM je. Ceh! Tak ada apa yang nak dibanggakan. Hee…” Setitik airmata yang luruh dari pipi segera diseka. Mujurlah tak banyak sampai banjir.

“Saya akan cari barang hantaran yang lain buat Nadira nanti. Hantaran yang saya kasi pada awak tu, awak gunalah”

Mudah lidah berbicara tidak semudah hati yang bergejolak dalam dada. Haryani nekad. Dia tak akan anggap hantaran kepunyaan Nadira itu hak miliknya yang sahih. Tidak! Ia tetap hasil kehendak Nadira.

“Az…Azlan…” Serentak Azlan dan Haryani berpaling. Lemah Nadira menyeru nama suaminya. Setangkasnya Azlan mendekati Nadira. Perempuan itu masih berusaha membuka mata. Haryani terpaku di satu tapak tanpa berganjak. Sesekali dia meneliti Azlan yang memanjatkan syukur tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.

“Dira I kat sini. I panggilkan doktor ya?”

“Az…Az…Azlan…”

Lelaki itu tersenyum mekar. Akhirnya, Nadira sedar juga.

“Dira…Ya Allah! Dira…”

Haryani mematung. Begitu jelas kegembiraan Azlan.

“Azlan, you…”

“Ya Dira. I kat sini. Jangan paksa diri you dulu. Perlahan-lahan, mudah-mudahan boleh”

“Azlan, jangan tinggalkan I” mamai-mamai Nadira berucap.

“Jangan tinggalkan I…”

“Tak, I tak tinggalkan you. Dira, bawa bersabar”

Si isteri terus meminggir, meninggalkan Azlan dan Nadira di wad yang serba cerah itu. Sempat dia ke kaunter jururawat memaklumkan bahawa Nadira telah pun menyedarkan diri. Jiwa yang berada di belakang lelaki itu menanggung rasa cemburu yang pasrah atas tingkahnya yang sedang bersiaran di depannya sebentar tadi. Sambil menapak ke lif, Haryani menanggalkan cincin dari jari. Adakah ini dipanggil segenap takdir hidup? Penuh liku yang amat memerlukan selaut kesabaran.

Moga-moga Azlan bahagia bersama Dira…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience