Bab 4

Romance Series 5799

Hubungan Aina dengan Amir semakin hari semakin rapat sehingga menimbulkan gosip bahawa mereka bercinta .Bagi Aina ,Amir merupakan guru dan pakar rujuk masalahnya , dia selesa bertukar - tukar pendapat dengan Amir .Pada pandangan Amir , mengenali Aina telah membuatkan hidupnya berwarna dan bersinar.Aina yang dalam sikap baiknya itu dia juga suka mencari gaduh, suka buat hidup amir huru - hara.

" Aina kau tahu tak ,kau tak cantik tapi kau akan cantik bila kau marah " puji Amir semasa sedang berborak dengan Aina di waktu rehat ketika bersukan.

"Habistu awak nak suruh saya marah la bagi cantik ?"
"Tak apelah awak baik saya tak cantik , nanti kalau cantik awak jatuh hati pulakkk , hahaha"balas Aina.

"Hek eleh , perasan kan Kau nii, ni malas aku puji kau , puji sikit dah kembang seluruh badan!"

" Saya tak suruh pom awak puji saya tau cuma saya rasa macam nak mintak awak tolong belikan saya Air kat kantin saya dahaga , dah saya Nak sambung latihan , jangan lupa belikan Air , Air macam yang ada macam - macam perisa tauuu"

" Perisa ape?Perisa cinta ada kau nak"?galak Amir mengusik.

"Haaa awak ambik la perisa cintu tuy saya nak rasa macam mana bhaiiii!" terus aina berlari masuk padang dengan muka tersengih .

keesokannya, di kelas Aina , Aina ternampak sepucuk surat yang berbalut cantik.

"Aina ,Amir bagi surat cinta ke?" Tanya asya sambil ketawa.

"Mengarut lah kau".kata Aina .Aina terus mengambil surat tersebut dan membukanya .

"MY DEAR AINA
UNGKAPAN CINTA INI SAYA TUJUKAN UNTUK AWAK,DAN HANYA AWAK .. MENJADI PENCINTA DALAM DIAM TAK SEINDAH MANA ,MALAH BANYAK MENYAKITKAN HATI DAN PERASAAN SAYA.SAAT AWAK KETAWA BAHAGIA DENGAN INSAN LAIN HATI SAYA TERLUKA ! SAYA MENYUKAI AWAK DARI HARI PERTAMA PERSEKOLAH MASA DI TINGKATAN SATU LAGI.SAYA HARAP AWAK DAPAT MEMBUKA HATI AWAK UNTUK SAYA DAN TAHU MENILAI CINTA SUCI SAYA.

MENCINTAIMU.HERO.

Aina dan Asya saling berpandangan diantara satu sama lain.Tak tahu macam mana nak bagi reaksi .Masing- masing terkejut.
"Aina kau rasa sape?"

"Mungkin kawan-kawan kita kut saje nak mengusik".Balas aina.

Asya mengambil surat tersebut dan berjalan ke hadapan kelas.

"PERHATIANNNNNN!!! Aku nak tanya ni sape ada tulis surat dekat Aina ni? Jangan la main - main ."
semua pelajar dalam kelas cuma mengankat bahu dan tidak memberikan jawapan.
siapa pulak la mamat "HERO " ni. Aina dan Asya hanya memandang surat tadi dan Asya mengambilnya lalu membuang ke dalam tong sampah.

"Kalau ada sesiapa dalam kelas ni kenal "Hero" bagitahu dia jangan nak main tarik tali bersemuka je denga Aina jangan sesekali tinggalkan tanda tanya . Aina tak suka semua tu " Laung Asya dengan kuat supaya jelas ke pendengaran semua.

Aina memegang bahu Asya dan mengajak Asya pergi ke kantin , memandangkan waktu sudah hampir waktu rehat.

Aina hanya membeli roti dan Air mineral , Asya yang sedang makan nasi kelihatan sedang mencari kelibat seseorang.

"Asya kau dah kenapa dari tadi tercari - cari , kau cari sape weh?"

"Aku cari Amir, nak bagitahu pasal tadi , lepastu aku nak bagitahu dia yang Malam ni mama suruh dia datang rumah jamuan keluarga yang aku cakap tu".

"Kau tak payah la cakap ape - ape dekat dia".Balas Aina sambil membantu Asya mencari namun beberapa saat Aina ternampak Amir duduk selang beberapa meja darinya.Amir kelihatan sedang makan bersama kawan- kawannya ditemani senior perempuan yang tak Aina kenali.

"Asya tu Amir . Kau kenal tak senior tu , yang sebelah Amir?"
tanya Aina sambik menunjuk kearah Amir.

"Eh tu kan budak baru tu, dia la budak yang famous sangat sebab digelar semua pakej lengkap".

"Pakej lengkap ape nye?Tak faham aku".

"Dia kaya,dia cantik, dia pandai dalam belajar , dia pandai menyanyi, dia pandai bab - bab agama jugak. kau tak dengar ke semua orang tengah bercakap pasal dia. Tapi yang aku pelik macam mana Amir tu boleh duduk rehat dengan "Pakej Lengkap" , biasanya Amir rehat dengan kita sekali dengan Kawan- kawan dia.

"Amir dah jatuh hati kut dengan gadis "PL" tu. Jom Asya pergi koperasi aku nak beli pen. Aina tak mampu menahan rasa. Baru pertama kali seumur hidupnya terasa begitu diabaikan dan terasa kehilangan. Mungkin dia hanya berteman itulah yang Aina fikirka.Siapa dia , mungkin dia hanyalah kawan biasa bagi Amir tak lebih dan tak kurang.

Semasa balik dari sekolah , Aina menunggu Amir di pintu pagar sekolah, biasanya Amir akan menemani Asya berjalan sehingga ke perhentian bas berhampiran rumahnya.Sudah menjadi kebiasaan.Kadang- kadang Amir memilih untuk datang menaiki bas.Dia akan balik kerumah dengan menaiki bas berhampiran dengan rumah Aina.Penat menunggu akhirnya pukul 5.30 baru Aina nampak muka Amir. Dia sedang berjalan bersama "PL".

"Eh Aina maaf, tadi lupa nak bagitahu Aku dengan ikin kena tolong cikgu kat pejabat tadi, kau tunggu aku? kenapa kau tak balik dulu Aina dah la esok kau sekolah lagi , kesian kau." kata Amir sambil mengambik buku-buku ditangan Aina.

"Ikin aku balik dulu tau kesian Aina tunggu aku lama,Aku lupa aku selalu teman dia balik ."

"Adik awak ke Amir?" tanya "PL" atau nama sebenarnya Ikin.

Amir tersenyum dan berkata "Bukan Adik bukan sesiapa , cuma Amanah untuk saya jaga ".

"Ouh okay,jumpa esok".balas ikin sambil tersenyum.

"Awak cakap amanah?siapa yang amanahkan Awak?Asya?"Tanya Aina setelah sekian lama berdiam diri.Hatinya terluka.Dia bukan sesiapa bagi Amir.

"Bukan la bukan.Dahla jom pergi dah lewat ni,"
Amir menarik beg Aina supaya mengikutinya.Aina hanya diam di sepanjang perjalanan.Hanya Amir yang kusyuk bercerita tentang ikin.

....
Malam tersebut Aina asyik terfikir kata - kata Amir yang teramat menyakitkan itu "Bukan sesiapa cuma Amanah untuk saya jaga".sakitnya hati Ainaaa.
Aina membuka phonenya dan melihat mesej Daripada Amir.

TaktahuTq : kau dah tidur ke Aina,kenapa senyap aje ni, biasa bukan main bercerita.Takde ape - ape soalan ke nak tanya aku? homework semua dah siap?

TaktahuTq: Aina kau dah makan ke belum?kau tahu tak ni sekarang aku ada dekat jamuan rumah Asya.Asya cakap kau ada secret Admire kau tak nak share dengan aku ke? :(

TaktahuTq:Asya taknak cerita dengan aku lah Ainaaaa.Aina please reply aku bosan ni .

Aina: Awak bosan , awak punya hal la, saya tak de kena amanah daripada sesiapa untuk jaga awak, awak dah tak payah nak jaga saya, tak payah tegur saya, anggap je kita tak pernah kenal. Macam sebelum awak hadir dalam hidup saya, saya akan tetap bernafas jugak.

Aina menahan airmata namun,disaat ini terasa dirinya telah mula menyukai Amir, namun disaat itu juga terasa segalanya tiada ape- ape makna dalam hidupnya.Dia menangis semahu-mahunya.

AMIR-
kenapa dengan Minah ni, dia dah couple dengan secret Admire dia ke?Dia dah tak perlukan aku lagi ke?Kenapa dia macam ni selalu dia tak macam ni.Dia cuba menghantar mesej lagi namun mesej nya tak sampai,Aina sudah block numbernya.Amir mencari Asya dan memanggil Asya.

"Asya kau tahu tak kenapa dengan Aina? tanya amir dengan cemas

"kau kenapa Amir?Dia okay aje kenapa ni?"

"Dia block number aku!"

"Dia dah ada boyfriend ke sekarang?Dia cakap dekat aku tak perlu teman dia pergi dan balik lepastu anggap tak pernah kenal."

"seriuslah kau amir?,Nantilah aku tanya dia."

Amir hanya diam dan tak tahu ape salah dia.Hatinya cuma meneka Aina menjauhkan diri kerana Aina taknak dia ganggu hidup Aina .Aina dah bahagia dengan orang lain.

..
Disekolah Amir mencari kelibat Aina , namun dia tak jumpa.Dia berpusing ke arah Asya dan melihat Asya hanya berdiri seorang diri.Dia menghampiri Asya namun belum sempat Amir melihat Aina datang bersama seorang pelajar lelaki,mungkin sebaya dengan Aina berjalan ke arah Asya ,Aina terus memeluk Asya lelaki tersebut kelihatan memujuk Aina.

Dia bahagia dengan orang lain.Itulah yang dirasakan Amir.Dia tidak mnyedari bahawa Aina bukan sedang bercerita gembira malah,Aina sedang menangis sambil memeluk Asya!

"Amir buat ape tu,Jom masuk kelas".Terdengar suara Ikin memanggil.Dia terus mengikuti ikin hingga ke kelas.Di dalam kelas Amir tak mampu untuk fokus fikirannya hanya pada Aina.

..AINA.
Fikirannya melayang jauh teringatkan Amir.Dia pasrah dia belajar untuk melupakan namun percayalah tak mudah untuk buat - buat tak kenal orang yang kita sayang.

"Aina dahla kau jangan nangis-nangis nanti aku bincang dengan Amir okay?"pujuk Asya.

"Kalau kau kawan aku ,tolong aku kau cakap dekat Amir kau tak tahu ape-ape okay".

Asya hanya diam . Dia keliru dengan keputusan yang perlu dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience