Bab3

Romance Series 5799

Hari ini, Aina bangun awal dia bersiap awal untuk ke sekolah.Semasa dalam perjalanan ke stesen bas sekolah Aina ternampak Amir yang sedang menunggang mitosikalnya dalam perjalanan menuju kearahnya. Aina berdebar-debar kerana sejak semalam dia terasa sesuatu perasaan .
"Ni semua salah dia, ambik berat pasal aku , mungkin aku cuma rasa berhutang budi je dengan dia sebab tu aku rasa lain macam kalau nampak muka dia". Kata Aina pada diri sendiri bagi menyedapkan hati.

"Aina! panggil Amir dari belakang." Dekat belakang tadikan ada kemalangan, bas tersangkut dekat situ pukul berapa baru kau nak sampai sekolah nanti kau lewat ke sekolah pulak"Kata Amir

"Bas takde?, takpelah saya jalan la."Balas aina sambil berjalan menuju ke sekolah.

"Kalau tak silap aku pagi ni budak form 4 , ada perjumpaan dengan pegetua , kau nak terlambat ke?"

Aina tak tahu macam mana nak buat .Bila terfikirkan pengetua yang garang macam harimau tak terfikir untuk dia melakukan masalah.
Amir terus menghulurkan topi keledar kepada Aina.
"Awak sebenarnya saya tak pernah naik motosikal, saya takut , Umi saya tak pernah bagi saya naik motosikal lepas ayah saya terlibat kemalangan motosikal dulu."balas aina dengan perasaan keliru .

"Kau naik la aku jaga kau , kau tak akan jatuh laa percaya laaa.Kalau kau tak naik sampai bila kau nak takut ha? Amir mengapai topi di tangan Aina dan menyarungkan topi tersebut ke kepala Aina.Aina yang masih berfikir terus tersentak dan terkejut bagaikan baru terkena renjatan elektrik.Aina bungkam tak tahu nak buat ape terus mengikut arahan Amir .Aina terus naik tanpa menjawab walau sepatah pom.Di atas motor Aina memejamkan matanya rapat - rapat dia menjerit bagai bumi sedang dilanda gempa bumi ! Amir memberhentikan motosikalnya.Amir turun dari motosikal dan mendekatkan mukanye kearah Aina yang sedang menutup mukanya dengan telapak tangan.

"kau tak jatuh yang kau nak jerit - jerit kenapa ha?, aku dah bawa slow-slow tau.Kalau kau asyik jerit-jerit lepastu goyang kanan goyang kiri tula yang boleh jadi penyebab kita kemalangan tau tak! Tak sangka aku kau ni lawak jugak kadang - kadang".Terus terhambur ketawa besar dari mulut Amir.
Aina terus mencubit lengan Amir .
"Sampai hati awak gelakkan saya kan.Dah la saya nak jalan kaki la saya takut la naik motor dengan awak ,awak bawak motor macam tengah racing.Sekolah dah dekat saya jalan la".

"Eh Aina mana boleh kau jalan sorang-sorang depan tu sunyi tau kau tak takut?"
Aina memandang ke depannya terlihat lorong yang masih gelap kerana dikelilingi pokok-pokok yang besar.Selama ni naik bas tak perasan pulak yang lorong ni sunyi, almaklumla dalam bas jumpa Asya terus bising tak pandang kiri kanan dah.

"Kau tak payah fikir banyak la dah jom aku teman kan , kalau kau tak nak naik motor aku teman kau jalan sekali, aku takut jadi ape- ape aku yang disalahkan pulak dah jom".
Aina memandang pelik kearah Amir.
"Habistu motor Awak nak tinggal ke?"

"Gila nak tinggal buah hati aku ni, aku bawak je laaa aku tolak je dah kau tak nak naik sangat"
Mereka berjalan bersama-sama menuju kesekolah, tanpa sedar mereka mula bercerita tentang diri masing- masing dan mula bergurau senda.Amir tak habis- habis mengajuk cara Aina menjerit tadi dan Aina tak melepaskan peluang untuk mencubit Amir sekuat - kuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience