Hari - hari yang dilalui Aina dan Amir telah tercipta pelbagai kenangan indah. Tak terasa saat yang berlalu. Hanya tinggal dua hari sebelum Amir menduduki spm. Amir mengajak Aina menemaninya belajar di kawasan taman perumahan rumah Aina.
"Amir lepas spm nak sambung mana? " tanya Aina.
"Saya tak tahu lagi macam dalam pertimbangan".
"Nanti saya nak sambung belajar dekat tempat yang sama dengan awak tau Amir. Saya nak jadi junior awak selalu. "
"Iyala saya lagi suka Cik Aina oiii.Saya nak bagitahu lepas exam kakak saya nak kahwin, awak datang tau dekat rumah saya Aina. "
"Saya ke? Hm malu nak pergi sorang."
"Awak ajak Asya okay".
"Tengokla macam mana, dah buat la ulangkaji awaktu. "
...
Harini hari perkahwinan kakak Amir. Aina pening nak pakai baju ape.Aina mengambil phonenya number Asya di dail.
"Asyaaaaaa..... "
"Ape Aina? Kenapa nii? "
"Aku nak pakai baju manaaaaaaa? Aku rasa nerves gila sekarang ni sampai semua baju rasa tak sesuai. Biasa okay aje"
"Ainaa kau nii pakai je ape pom kau tetap lawa jap lagi aku datang ambik kau".
Aina melihat baju di almarinya. Akhirnya Aina memilih untuk memakai baju kurung yang berwarna putih ditaburi bunga-bunga biru. Tudung biru digapainya. Selepas siap Aina memerhati dirinya di cermin. "Okayla simple dan perfect."
Aina mendengar suara Asya di luar. Aina bersalam dengan ibunya. Dia berjalan ke arah Asya. Aina terpegun melihat Asya. Asya bermakeup tebal dan pakaiannya juga seperti dtempah khusus untuk majlis.
"Asyaaa kau ke kakak Amir nak kahwin terkejut aku". Dilihat Asya yang terlalu cantik dengan gaun putih bertaburan manik-manik biru muda.
"Hahaha, semalam mama Amir datang rumah bagi baju, diorang kata pakai tema sama".
"Kau banyak cantik Asya aku pulak yang rasa rendah diri nak pergi".
"Dahla jom pergi".
....
Aina berbual dengan Asya. Dirasakan semakin menghilang debaran didada disaat bersama-sama Asya. Kereta yang mereka naikki berhenti betul-betul di hadapan rumah baglo 3 tingkat. Rumah yang tersegam indah ituu menarik perhatian Aina.
"Rumah Amir ke ni? "
"Yela rumah Amir lah ni, jom Aina ".
Mereka berjalan menghampiri pagar besar rumah Amir. Asya memaklumkan nama mereka kepada guard. Pagar besar terus terbuka. Alangkah terkejutnya Aina kerana tetamu yang hadir semuanya berpakaian yang boleh diibaratkan macam pakaian artis semuanya. Jika dibandingkan dengan tetamu Aina terasa dirinya terlihat umpama orang gaji je. Tetamu semua melihat kearahnya dan Asya..
"Kak Asyaaaaaaaa!! Terdengar jeritan seoramg budak yang mungkin sebaya dengan Aina jugak"
"Aish Aira malu la akak. Jangan jerit semua dah pandang kita tuu".
"Hehehe, akak sape yang akak bawak ni? "
"Ni kawan baik akak ni kak Aina. Aina ni adik Amir Aira batrisha. "
Aina melemparkan senyuman manis kearah adik Amir namun senyumannya tak dibalas. Adik Aina menarik Asya untuk berada jauh sedikit dengan Aina.
"Kenapa akak ajak dia? "
"Tengok la pakaian dia, dah macam ape. Rosak tema betull".
"Aira tak baik laaa. Kalau aira nak tahu dia datang atas jemputan Amir tau. Dia kekasih Amir jangan Aira berani usik" Asya tahu dengan kenakalan Adik amir yang muda setahun darinya. Andai tidak suka Aira akan menunujukkan protes tanpa berselindung.
"Serius? Abang ajakkk?? Biasanya abang susah nak ajak kawan perempuan datang majlis. Girlfriend dia ke ni? Macam ni ke girlfriend dia? Kalau mama tahu mesti mama bising ". Aira menjeling sekilas ke arah aina, terlintas di hatinya tentang penampilan Aina yang sedikit kekampungan tapi Aira perasan muka Aina ada daya tarikan yang tersendiri, muka Aina yang putih bersih tanpa make up nampak macam campuran tapi hanya didiamkan saje malas nak bertanya banyak.
"Akak nak pergi masuk dulu tauu, aira tenung la muka kak Aina tu sampai berlubang muka dia okay? " Asya berpusing menuju ke arah Aina.
"Akak satuu laggiii! Laung Aira. Di rapatkan dirinya dengan Asya dibisik sesuatu agar tak didengar Aina, "Akak jangan bagitahu mommy yang kak Aina datang sebab abang yang jemput, harini mommy nak kenalkan abang dengan anak kawan mama. Okay? " bisik Aira.
Asya hanya memandang gelagat Aira yang melangkah kearah mamanya sambil mengenyit mata kepadanya.
"Dah Aina jom kita tengok pengantin perempuannya,"asya menarik Aina mengikutinya masuk ke dalam rumah.
Ainaa! Aina menoleh mendengar namanya dipanggil dia ternampak Iskandar kawan sepermainannya melangkah kearahnya.
"Aina kau buat ape dekat sini? Papa dengan mama kau tahu ke kau datang sini? Baru minggu lepas aku jumpa papa kau katanya kau dah lama tak melawat mereka semua, kau kenapa tak...
Belum sempat iskandar bertanya banyak Aina mencubit bahu iskandar agar tidak terus bertanya.
"Is, kat sini takde siapa tahu pasal papa dengan Mama jadi kau jangan tanya aku macam2.hm aku datang sebab ni majlis kakak kawan aku. Kau pulak buat ape dekat sini? "
"Aku datang sebab sama dengan kau lah. Kawan aku Invite gak ni haaa, spe kawan kau Aina? Mesti Airaaa kan? "
"Haaaa bukanla kawan aku Amir la. Eh jangan cakap kau kawan Amir"
"La memang dah aku kawan dia nak buat ape? Kau kawan Amir? Sejak bila Amir ada kawan rapat perempuan nii? Tu Amir dekat beranda kau pergi la ".
Aina mula berjalan ke arah Amir namun belum sempat sampai Aina melihat seorang gadis mungkin kawan amir tapi Aina perhatikan mukanya macam pernah nampak. Oh bukan kah itu ikin si pakej lengkap sekolah kami. Aina hanya memerhatikan ikin yang memakai gaun labuh indah yang hanya bertali halus di bahunya. Rambutnya yang separas bahu dibiarkan terurai.
Aina bingung bukankah ikin atau asyikin terkenal kerana "pakej lengkap" yg dikatakan Pendidikan agamanya juga bagus? Tapi sekarang ape jadi? Muka ikin yang di sekolah tanpa make up nampak berbeza dengan mukanya yang sekarang. Aina hampir tak mengenalinya.
"Amir mommy awak suruh awak temankan saya ambil makanan kat bawah jomla Amir. "
"Ikin awak pergi la dulu saya nak tunggu kawan saya nii"
"Amir awak lupa ke nanti kita nak bertunang? Mana penting kawan awak dengan saya? "
Ikin mengapai tangan Amir dan menariknya untuk menemaninya. Amir melepaskan pegangannya dan selepas itu Aina tak mendengar ape-ape lagi kerana kakinya sudah mula bergerak meninggalkan tempat Amir dan ikin berdrama.
Aina menghampiri Asya, " Asya aku nak balik, tadi aku lupa ada benda nak kena buat. "
"Aina awalnya kau nak balik?.
"Tunggu la jumpa la Amir dulu, kau makan pom tak lagi".
"Aina.. Kenapa tak panggil saya? Kata Amir sambil mendekati Aina.
Aina menahan airmata daripada gugur. Baru dia sedar yang Amir akan meninggalkan alam persekolahan tak mustahil Amir akan bertunang. Sakit hati dia. Dia hanya memendam rasa.
"Aina jomla kita pergi ambil makanan nak? "
"Amir kenapa awak tak pergi aje dengan kak ikin? Dia kan bakak tunang awak. "Balas aina perlahan.
Amir dapat mendengar butir bicara Aina namun dia berpura-pura tak mendengarnya kerana dia belum bersedia untuk kehilangan Aina.
"Awak cakap ape Aina? Perlahan sangat. Dahla jomla pergi makan saya lapar ni. Amir menayang muka comel sambil mengenyit-mengenyit matanya".
Aina hampir menangis tetapi dikuatkan diri untuk tersenyum dan pura-pura hatinya bahagia.
Tanpa sedar tingkah laku mereka diperhatikan dari jauh.
..
"Mommy tak tahu pulak yang Abang kamu bercinta sekarang? Kamu tahu Aira? Siapa perempuan tu? Dia dekat sebab nak harta aje tu. Yang abang kamu senang sangat percaya tu dah kenapa. Sakit hati mommy tengok abang kamu macam tu, dengan ikin anak tan sri khalil tak pula dia nak layan. Apelah yang ada dekat budak tu. " marah Datin Ashima
"Mana lah Adik tahu mommy dia satu sekolah maybe. Dah la mommy adik nak gi jumpa abang is kat bawah.
"Aku kena buat sesuatu" bisik hati kecil Datin Ashima.
....
Majlis berlangsung dengan meriah sekali. Selepas nyanyian artis yg dijemput khas Aina melihat semua Ahli keluarga Amir bangun ke pentas untuk mengalu-alukan Datin yang ingin memberikan ucapan.
"Saya pergi sekejap tau, awak jangan pergi mana-mana"kata Amir sambil tersenyummm.
"Awak dah jalan tengok depan kan terlanggar orang. Saya tunggu cepat tau".
Selepas memberikan beberapa ucapan untuk pengantin Mommy Amir menarik tangan anak tan sri khalil naik ke pentas.
"Pada hari ini saya ingin meberitahu semua bahawa anak lelaki saya iaitu Amir akan bertunang dengan Asyikin nur Raisha. "Dewan menjadi bising ramai yang terkejut dan tepukan gemuruh.
Aina hanya mendiam. Terasa dirinya terlalu kecil untuk bersama Amir. Semuanya terasa menyakitkan. Dalam satu hari dia bagaikan menerima kejutan elektrik, tengtang keluarga Amir, tengtang pertunangannya. Aina berjalan menuju ke pintu pagar. Dipandang sekilas ke arah Amir yang bersalam dengan para hadirin yang mengucapkan tahniah. Aina menahan Airmata daripada jatuh.
Tiba-tiba muncul mama Amir mendekatinya.
"Hey, kau jangan nak buat-buat baik nak menangis bagai. Aku nak kau tinggalkan Amir. Lagipom sekarang kauorang cuma cinta monyet. Amir dah nak bertunang jadi kau mula lah hidup baru. Jangan sampai aku tahu kau masih mendekati Amir. Nila masalah kalau dah takde duit sibuk nak dekat dengan orang-orang kaya. Dah tak ada maruah betull, kau tu sedar diri ukur baju dekat badan sendiri. Muka tak malu mak ayah kau ke suruh kau cari lelaki kaya ha?
Belum sempat Datin Ashima melepaskan semuanya dilihat Aina yang sedang menangis ditarik oleh Amir. Amir hanya memandang mommy nya dengan perasaan yang remuk. Dia sayangkan Aina. Terlalu. Baru Amir ingin berkata-kata iskandar menarik Aina ke dakapannya.
"Amir semua orang tengok kau sekarang. Ape kau buat ni? " iskandar menarik Aina mengikuti langkahnya. Amir hanya diam kerna dia tahu semuanya sudah berakhir. Mana mampu dia menentang kehendak mommynya.
Amir berjalan perlahan menuju ke dalam rumah.
Mommy masih marahkannya kerana berkawan dengan Aina. Dia hanya berdiam diri, tak pernah dirinya dimarah oleh mommynya. Kerana itulah tiada siapa yang berani membuka mulut membantah.
Amir membuka phonenya di dail number Aina, malangnya Aina offkan phonenya.
Share this novel