Petang itu , setelah tamat waktu persekolahan Aina pulang lambat dari sekolah , sewaktu dalam perjalanan terasa sunyi jalan yang dilaluinya.
Aina berjalan tanpa menghiraukan kiri dan kanannya. Sedang berjalan ,Aina ternampak budak - budak lepak di hujung lorong.Terasa seram nak lalu kerna kawasan itu terlalu sunyi. Aina berpusing untuk berpatah balik.Namun alangkah terkejutnya dia , di belakangnya terdapat seorang lelaki yang dirasakan sekumpulan dengan budak-budak lepak.
"Awak tolong tepi sikit saya nak lalu" Minta Aina perlahan.
"Awak nak lalu nak gi mana cik Aina?" balas lelaki tersebut.
Aina terkejut kerana lelaki tersebut mengenalinya.Adakah mereka satu sekolah dengannya?
"Saya nak balik tepilahh" bagitahu Aina dan terus menolak lelaki tersebut.
"kau memang nak kena kan! "Lelaki tersebut menarik Aina dengan kuat ,mulut Aina ditutupi dengan tangannya.
Aina menjerit sekuat hati namun pipinya ditampar kuat.
"Lebih baik kau diam kalau tak kau yang akan sakit ,kau enjoy sahaja dengan kami jangan bising"bisik lelaki tersebut ke telinga Aina.
Aina menangis semahu-mahunya.Tubuhnya dikuasai ketakutan. Dia berdoa akan ada orang yang mendengar jeritannya , namun akal warasnya masih sempat berfikir, tiada siapa yang akan melalui jalan ni.Jalan ini kurang digunakan kerna terdapat jalan baru dibuka.Aina ditarik masuk ke dalam pondok berhampiran.
"Kauorang jangan siapa kacau aku, malam ni malam aku, esok kau orang pulak".Laung lelaki tersebut dalam ketawa kepada kawan-kawannya yang lain.
Tudung Aina direntap kasar, Aina menangis meminta belas ihsan lelaki tersebut.Lelaki itu tak menghiraukan kata - kata Aina. Tangannya mula merayap ke badan Aina .Baju Aina dikoyak kasar. lelaki tersebut mengikat tangan Aina dengan baju sekolah Aina yang baru dikoyak.Tangan Aina digantung di kepala katil.
Aina hanya mampu menangis . Aina berdoa semoga akan ada yang mampu menyelamatkannya disaat ini.Tangisan Aina semakin melebat dan Aina terasa dirinya sudah hampir kehilangan segala- galanya.Namun pergerakan lelaki tersebutterhenti dikala terdengar kekecohan diluar.
Belum sempat lelaki tersebut membuka pintu , pintu ditendang dari luar .Pintu itu mengenali muka si lelaki tersebut.
Aina mampu melihat , Amir dengan marahnya menumbuk lelaki tersebut. Pergaduhan mula berlaku .Aina tak mampu berdiri memandangkan dirinya yang separuh bogel.Pakaiannya terkoyak dia hanya mampu menangis.Setiap serangan daripada lelaki tersebut ditepis amir dengan mudah.
" KAU JANGAN CAMPUR URUSAN AKU BOLEH TAK?"laung lelaki tersebut.
"KAU YANG CAMPUR URUSAN AKU, DIA TU AKU YANG PUNYA , YANG KAU KACAU KENAPA?" Mir melepaskan tumbukan kemuka dan perut lelaki tersebut.
Lelaki itu pergi bersama- sama kawan-kawannya yang hampir mati dibelasah Amir.
Amir berjalan ke Arah Aina.Dia membuka bajunya dan menyarungkan bajunya kepada Aina.Dia menenangkan Aina . Aina dipeluknya dan dipujuknya supaya bertenang. Amir mengalirkan airmatanya.Dia merasa semua yang terjadi salahnya , kerna tak mampu menjaga Aina sebaik mungkin.
"Aina , Aina jangan nangis semua dah selamat Amir ada ." pujuk Amir.
Amir bangun dan mencari kain yang mampu diberikan kepada Aina memandangkan kain Aina tak mampu digunakan lagi.
Amir menutupi Aina dengan kain.Dia cuba menghubungi Asya.
"Asya kau tolong call mak ayah Aina suruh datang , ada urgent nanti aku send location".Arah Amir.
Aina sudah kelihatan tenang.Amir memegang tangan Aina .
"Aina , Amir minta maaf , semua ni salah Amir."
"Aina , Amir sayangkan Aina , Amir ingat Aina dah ada orang lain sebab tu Aina tak nak Amir ganggu Aina.Salah amir sebab tak tanya Aina betul-betul."
Amir memandang Aina, Aina dah tertidur.Amir membetulkan kepala Aina namun tangannya merasa cecair pekat mengalir di tangannya.
"KEPALA AINA BERDARAHHH!!"
Dia tak perasan yang Aina tercedera.Semakin cemas Amir.
AINAAAAA!!!! Terdengar jeritan ibunya memenuhi ruang pondok itu ayah Aina mengangkat Aina masuk kedalam kereta.Amir juga diminta ikut bersama.semasa di dalam kereta Amir menceritakan segala-galanya.
Share this novel