Aina sedang sibuk menyusun buku di perpustakaan.Inilah dia Aina si pengawas perpustakaan yang terpaksa bertugas bagi mengantikan kawannya asya yang terpaksa balik awal .Sedang kusyuk Aina menyusun buku , tiba - tiba terdengar buku jatuh dari rak belakangnya terus dia berpusing 90 darjah. Aina melihat seorang lelaki yang telah menjatuh buku- buku tersebut.
hmm rasanya senior kut fikir Aina,
"Eh awaq tolong kemaskan balik buku yang awak jatuhkan .Saya dah penat susun boleh pulak awak jatuhkan .Awak jalan pakai ape? kata aina kepada lelaki tersebut.
"Aku jalan pakai mata kau tu susun tak betul ,pastu salahkan aku pulak dah" balas lelaki tersebut.
"Awak yang jatuhkan salahkan saya pulak dah" kata Aina.Tahan Aina tahan ,jangan marah2 cikgu dah pandang tu" pesan aina kepada diri sendiri.
"Aku ada kerja kau tolong eh susunkan balik "
Terus lelaki tersebut meninggalkan perpustakaan,Aina masing terpaku dengan situasi ini, dia memandang kiri kanan ramai yang sedang memerhatikannya.Akhirnya dia menyusun semula buku2 tersebut.hm.
Sakitnya hati Aina .selepas selesai bertugas Aina mengambil beg sekolahnya dan bersiap-siap untuk pulang.Semasa di perhentian bas Aina ternampak lelaki yang menjatuhkan buku tadi , sedang bersiap untuk menunggang motosikalnya, Aina berjalan pantas menuju kearah lelaki tersebut.
"Hei awak tolong cakap terima kasih dekat saya"kata aina kepada lelaki tersebut.
"Sama-sama ,bye!" hanya itu yang dikatakan kepada Aina.
"woi kurang asam kauuu!"Entah lelaki tersebut dengar atau tidak kerana dia telah pergi meninggalkan Aina yang menahan marah.
Keesokkanya,Aina menceritakan semua yang terjadi kepada Asya , Asya yang mendengar turut merasa marah.
"tak ade adab la lelaki tu , Aina kalau kau jumpa dia kau tunjuk tau aku nak belasah dia cukup - cukup dah lah buat salah taknak mengaku cakap terima kasih pom tak pandai , nak kena ajarkan dulu kut macam mana nak cakap terima kasih".
Sedang leka berborak cikgu Zuhairi datang.
"bangunnnn"arah ketua kelas.
Terus yang tengah buat kerja masing- masing terus diam .Semua fokus pada cikgu di hadapan.Cikgu zuhairi berjalan di tepi Aina dan berkata
"Aina awak tolong pergi ke perpustakaan dan ambilkan buku contoh karangan , Shamir (ketua kelas) tolong ikut Aina, Pastikan bilangan cukup.
Aina dan shamir pergi ke perpustakaan.Semasa dalam perjalanan, Aina ternampak lelaki yang semalam .Aina terfikir tingkatan berapakah dia?Sampai adab pun tak tahu.
"sham, kau kenal tak lelaki tu?"tanya aina kepada shamir.
"Aku kenal,Dia kapten pasukan bola sepak sekolah, Dialah yang latih aku .Kenapa kau tanya? kau suka dia eh??"
"Eh tak de masa aku nak suka dia , tak tahu hormat orang langsung ! Dia form berapa kelas mana?"
"Dia form 5, kelas 5 Alfa, budak pandai tu wei boleh pulak kau cakap dia takde adab, dia baik wei tapi sayang dia selalu tolak kalau cikgu bagi dia jawatan pengawas . Kalau tak aku rasa dia boleh pegang ketua pengawas dah".
" Yeke kau ni, Setahu aku dia tak macam tu , semalam dia biadab giler dengan aku".
"kau silap orang kutt". kata syam dengan tak percaya.Eh jomlah pergi perpustakaan nanti marah pulak cikgu zuhairi.
Petang itu Aina terpaksa stayback di sekolah kerana latihan bola jaring diadakan pada petang itu.
sungguh memenatkan bagi Aina ,namun kerana pertandingan akan diadakan tak lama lagi digagahi juga dia untuk terus ke latihan.selepas menyalin pakaian ,Asya mengajak Aina makan di kantin namun Aina menolak.Aina hanya meneman Asya makan.Dia lebih memilih untuk tidak makan.Kerana penat nafsu makan juga semakin berkurang .
Aina ternampak syam dengan ahli pasukannya yang turut sama sedang makan di kantin ,Aina tercari - cari kelibat lelaki yang dikatakan kapten bola sopak tersebut.
"Asya -Asya cuba kau tengok yang di depan syam tu " Aina menunjukkan ke arah mereka
"Kenapa ? yang tinggi putih2 tu ke?"
"Haaa diatulah yang cari pasal dengan aku"
"wei kau serius ke Aina?" Tu sepupu aku wehhh" Dia baik laa" cara kau cerita macam dia tu jahat wei , tak pernah dia tinggikan suara , kenapa ni kau salah orang kutt".Kata asya sambik mengaru kepala yang tidak gatal
"Wei betull laa kau tak percayakan aku ke ? kenapa semua cakap aku silap orang betull laaa."
"kau nak suruh aku pergi tanya dia ? "tanya Asya
"Tak ape la nanti takde orang kita tanya sama2".
"Dah jomla latihan dah nak start tuu Asya,"Aina terus menggapai tangan Asya.
semasa di latihan,
Aina terasa dirinya lemah, mungkin kerana terlalu penat aina tak perasan yang ada bola sedang menghampiri kepalanya semua kawan - kawan menjerit "AINAA!!!!"
"PAP!" terasa bola menghentam mukanya betul2.Ya Allah terus dunia terasa berhayun dan Aina merasakan dunianya gelap seketika.
suara- suara kawan- kawannya ,kian menghilang dari pendengarannya.
"Kau dah sedar?"
Aina terdengar soalan dari suara yang begitu asing, nak kata suara Asya tu bukan suara Asya ,suara Asya lembut ni macam suara lelaki.Terus terbuka mata aina.
"Eh awaq mamat tak tahu terima kasih ,awaq buat ape ni ,dan saya dekat mana?"Mana Asya?"
"Kau dekat bilik sakit ni,kau kena bola tadi, apelah kau ni kena bola pom nak pengsan"Aku kena tiang gol pom tak ade nak pengsan- pengsan" kata lelaki tersebut .
"Yang awak nak sibuk kenapa? siapa awak nak ada dekat sini hah?"
"Aku kena teman kau Asya pergi beli makanan tu dekat kau", Ingat aku tak ade kerje ke nak teman nak jaga kau ha?"
"hmmm Suka hati awakla "Terus Aina bangun nak mencuba mengambil kasutnya namun , lelaki tersebut terus menghalang.
" Kau ambik la selipar aku ni dulu, nak pakai kasut kau bukan larat sangat tu, okaylah nanti aku panggil Asya kau duduk diam2 kat sini,esok tak payah kau ikut training kalau sakit2 macam ni, menyusahkan orang aje".
terus lelaki tersebut melangkah pergi meninggalkan Aina yang masih terkebil-kebil.
Share this novel