"Kau tak tahu ke dia pujuk aku suruh pergi belikan nasi sebab dia nak jaga kau, lepas kau pengsan dia terus berlari sama nak tengok kau pastu, dia la yang angkat kau ke bilik sakit" kata-kata Asya membuatkan Aina tak mampu melelapkan mata pada malam tersebut.Aina asyik memikirkan semua yang terjadi.
"hmm dia layan aku buruk tapi pada masa yang sama dia baik,Tapi boleh percaya ke mamat tu?,Habistu yang selama ni dia tak de pulak baik2 dengan aku tu ape cerita?" huh Aina berfikir dan terus berfikir sehingga dia tertidur dan berpindah ke alam mimpi.
Keesokkannya,ramai yang bertanyakan tentang kesihatannya,dan dia jugak tak dibenarkan mengikuti Latihan yang diadakan di sebelah petang.
Hari ini semasa di dalam kelas bahasa Melayu yang diajar cikgu Amrina, cikgu Amrina telah membahagikan pelajar di kelas Aina kepada beberapa kumpulan .Aina dan asya berada di kumpulan yang sama.
" Pembahagian grup yang dibuat hari ini bagi memudahkan lagi sesi pemahaman awak,cikgu nak gabungkan awak dengan senior tingkatan 5 yang akan menjadi pembimbing dan guru sementara awak cikgu rasa kalau dengan mereka awak semua lagi terbuka untuk menceritakan masalah pembelajaran kan?Kita adakan grup ini selama sebulan okay" terang cikgu amrina.
Nak dikatakan kebetulan hm macam tak kena je sebab dua tiga hari memang muka dia je yang aku nampak, Memang mamat tak tahu terima kasih la yang jadi mentor kami .Hadap je lah semua ni.. Baru harini Aina tahu Nama mamat tu adalah Amir.
"Amir meminta semua ahli memperkenalkan diri,dan semasa giliran Asya ,Asya tersilap memanggil Amir "jeng" dan semua mata tertumpu padanya.
"Maafkan aku jeng eh tersilap maafkan aku Amir, hehe dah terbiasa"
" kawan-kawan Amir ni yang merupakan mentor kita ni sepupu saya, jadi jangan salah faham tau" terang Asya.
semasa perkenalan dengan ahli grup tersebut Amir boleh ketawa dan membuat lawak , tapi bila tiba giliran Aina dia diam dan membuat mimik muka serius.
Aina yang terasa canggung dengan situasi itu hanya memilih untuk berdian diri.Amir yang terlihat Tiada adab dimatanya rupanya seorang yang pandai berkomunikasi dan pandai mencari cara bagi menyampaikan ilmu.
Sesi pembelajaran bersama mentor bukan hanya tertumpu pada subjek Bahasa melayu malah subjek2 lain juga boleh dibincangkan bersama.
selepas tamat sesi pembelajaran tersebut,ramai yang bertanyakan Asya tentang Amir, mungkin kerana perwatakan yang Ceria dan boleh dikatakan ramah ditambah dengan rupa yang memang boleh la dikatakan handsome dia menjadi tumpuan di kelas 4 Gamma sekarang.
Baru Aina perasan dia bukan hanya terkenal di kelas Aina malah menjadi pujaan " Adik- adik junior jugak"
"hmm asya kau tak rasa ke Yang Amir tu macam pelik?Macam wayar terputus satu dekat otak dia?"Aina memandang Asya dan mengharapkan jawapan daripada Asya
"Aku rasa wayar hati dia yang putus " balas Asya dengan selamba.
"hah?, kau cakap ape aku tak faham wei"
"Dahla , abaikan,"Terus Asya ketawa tanpa memberikan jawapan secara detail .
"Asya satu lagi soalan aku, kenapa kau panggil dia " Jeng"?
"ooo sebab semua keluarga dia panggil dia "Jeng", dia tu dulu suka sangat dengan nama jeng.kalau kitaorang panggil dia amir dia takkan hiraukan walau dia dengar asal panggil jeng terus dia menyahut wei".haha pelik kan dia".
"oooooo camtu pelik la ape yang speacialnya dengan nama jeng tu huh aku pom tak tahu ."
Pada sebelah petang Aina hanya menunggu Asya tamat latihan bola jaring di bangku berhampiran dengan padang.
sedang Aina tengah belajar tiba-tiba datang sebungkus nasi dan air di depannya.Terus Aina mendongak bagi melihat siapakah pemberi nasi disaat perutnya yang tengah berbunyi.ohh alangkah terkejutnya melihat Amir di depan matanya.
"Kau kenapa macam nampak hantu?" tanya dia
"Ni makcik kantin sedekahkan , aku ambil tadi nak makan tapi terdengar perut kau menyanyi ,ha kau ambikla,kata Amir dan terus meninggalkan Aina.
Aina terfikir, ade ke mak cik kantin sedekah?Aish dahtu siap dengar lagi suara perut Aku menyanyi.Hmmmm.Layan la baik aku makan. Alangkah terkejutnya Aina apabila membuka bungkusan nasi tersebut , dalam nasi diletakkan sayur yang menggunung tinggi.
"Hoi awak ingat saya ape hah nak makan sayur banyak macam ni?" tanya Aina dengan kuat namun tiada balasan daripada Amir.Oleh kerana lapar Aina tetap makan tanpa mempersoalkannya lagi.
Asya datang dan hanya memerhatikan Aina yang sedang kusyuk menikmati makanannya.
"Hoi Aina mana kau dapat nasi ni ? Kantin dah tutup masa ni . kau ada kirim dekat sesiape ke suruh tolong belikan?"Tanya Asya
"Eh eh pukul berapa sekarang?"tanya aina terkejut
"pukul 5.30 dah"
"Ye lah kantin tutup pukul 4 lagi nak kata dia beli awal , panas lagi sayur dengan nasi ni.Hm Nasi ni kan sepupu kau yang bagi dekat aku tadi, Aku lapar jadi aku makan je lah ".
"Maksud kau Amir? kau serius ??Baiknya dia sampai sanggup keluar beli nasi luar sekolah dekat kau,! Baru aku faham kenapa banyak sangat sayur dalam nasi kau rupanya nak suruh kau cepat sihat "
Aina tak mampu berkata-kata.Dia sendiri keliru.Kenapa dia susah-susah belikan nasi?betul ke dia letak sayur nak bagi aku cepat sihat?Hm semua persoalan hanya bermain di fikiran tak mampu Aina nak suarakan pada Asya..
"Aish mamat tu tadi kata Mak cik kantin sedekah , Nak menipu pom agak- agak la"hanya itu yang mampu dikatakan.
"Eleh kau kalau suka cakap la suka,Hati dah mula jatuh gedebuk gedebuk ke cik kakak oiii?"
Asya tersenyum penuh maksud sambil mengenyitkan matanya.
" Kau jaga mulut tu tak nak aku dengan dia , lagipun aku tak suka lelaki tak gentleman nii" bantah Aina.
"suka hati kau la Ainaaaa" kata Asya sambil berjalan mengemaskan barang- barangnya.
Share this novel