Bab8

Romance Series 5799

Sakit dihati Aina tak mampu dijelaskan dengan kata-kata. Malam yang penuh sunyi membuatkan dirinya terasa kosong. Airmata mengalir dari pipinya. Tak disangka olehnya kisah dia dan Amir akan berakhir. Aina menangis memandang phonenya yang sejak dari tadi berbunyi. Sengaja dibiarkan Amir kerana hatinya tak mampu menahan rasa sedih.

"Ainaaa ohh Aina, kawan Aina datang tu dekat bawah tuu". Terdengar ibunya mengetuk pintu biliknya.

Aina bangun dan mengelap airmatanya. Dia berjalan turun dengan langkah yang kosong.

Aina melihat seorang lelaki berada di pintu pagar rumahnya. Aina berjalan perlahan walaupom dari belakang dia tahu itu Amir.

"Awak nak ape datang sini? Nak sakitkan hati saya? Ke nak lukakan saya lagi? Niat awak ajak saya kat majlis kakak awak untuk bagitahu saya yang awak akan jadi milik orang lain? Sampai hati awak, saya kecewa dengan awak saya kecewa". Aina menahan airmatanya daripada gugur.

Amir memandangnya dengan sayu. Tak sepatah katapun yang keluar dari mulut Amir.

"Awak tolongla, jawabla, begitahulah saya ape yang awak nak bagitahu. Saya tunggu awak berbicara, berbicaralah Amirrr! Kenapa awak buat saya macam ni kenapa? "

Amir hanya melihat Aina yang mula menangis. Amir tak mampu untuk terus melihat airmata Aina jatuh. Dia sayangkan Aina namun keadaannya semakin menemukan jalan buntu. Beberapa minggu lagi dia akan dihantar belajar ke Amerika bersama -sama dengan ikin. Tak akan mampu ia mengatakan semua itu kepada Aina. Dia pernah membina mimpi untuk terus belajar bersama Aina dan pada akhirnya dia yang terpaksa melangkah pergi dari angan -angan indah itu. Perlahan-lahan Amir berjalan meninggalkan Aina yang dalam kesedihan. Tak satu pun perkataan yang keluar dari bibirnya. Bibirnya bagaikan di gam dan dia tak mampu berbicara tatkala matanya melihat kesedihan di mata Aina.

......

"Amir kamu dari mana baru balik? Pergi jumpa budak tu lagi ke ha?, Mommy nak kamu pack barang-barang kau Amir. Jangan jumpa dia lagi. Mama nak cepat- cepat hantar kamu ke Amerika supaya mengelakkan kamu daripada terus terleka dengan dia. Ingat kamu nak bertunang tak lama lagi. Dengan ank tan sri khalil tu. Mama buat semua ni untuk kebaikan kamu jugak. Kamu kena fikir masa depan Amir. Tu lah kamu masoh tak matang sampai tak tahu nak bezakan manasatu perkara yang baik untuk diri kamu tu".

Belum habis bicara mommynya Amir berjalan meninggalkan mommynya.

.....

Aina menangis semahu-mahunya. Tiba-tiba dia menerima pesanan mesej daripada Amir. Terus dibukanya.

Amir.
"Aina, maafkan Amir atas semua janji yang pernah kita buat, maafkan kenangan kerna tercipta tanpa kita sedar, maafkan Amir kerna tak mampu terus berdiri di samping Aina. Maafkan segalanya. Amir mohon lupakanlah semuanya. Jangan pernah menyimpan cebisan memori tentang Amir. Jangan tunggu apatah lagi berharap tentang kita.Teruskanlah hidup Aina seperti sebelum kehadiran Amir dalam hidup Aina. "....................

Malam itu Aina hanya membaca mesej daripada Amir berkali-kali, mungkin jika dikira ratusan kali dibacanya mesej itu. Dia cuba untuk membalas mesej itu namun, nombornya telah Amir block. Dia menyemak akaun sosial Amir yang lain semuanya hampa ini jelas menunjukkan Amir telah meninggalkan dirinya.
Aina tak sedar pukuk berapa dia tidur, dan dia sempat berharap esok Amir masih ada disisinya.

..
Pagi yang hujan seakan-akan mengerti tentang suasana hati Aina yang memburuk.Pagi-pagi lagi Asya menunggunya di ruang tamu rumahnya.

"Aina, aku minta maaf. Kau jangan lah sedih walau ape jadi aku tetap kawan baik kau. Aku tak akan tinggalkan kau tau Aina. Kau kena kuat. "Asya terus memeluk aina.

Aina yang pada mulanya nampak okay, mula menampakkan airmatanya. Airmatanya turun selebat hujan diluar.Segala cerita semuanya bagaikan diulang tayang dan diceritakan kepada Asya. Dia memeluk Asya erat. Pada akhirnya dia terkulai disisi Asyaa.

......
Hari yang berikutnya dilalui Aina dengan tabah. Hatinya tak mampu menolak yang dia merasa suatu kehilangan yang besar dalam hidupnya. Tak satupum kenangan dia dengan Amir yang dibuangnya. Namun Amir telah lama melupakanya. Tiada khabar berita, tiada mesej-mesej daripada Amir, dan yang paling menyedihkan tiada lagi senyuman manis Amir membuatkannya berasa hidupnya kosong. Sepi hatinya tidak berpenghuni. Hari-harinya terasa sama tiada ape-ape yang istimewa.Tahun baru akan menjelma maka umur aina makin bergerak tahun spm terasa makin berat..
..
Hari persekolahan telah tiba. pergi dan baliknya sendiri tiada lagi bayangan Amir disisinya.lama kelamaan Aina belajar untuk melupakan Amir. Yang ada dihadapannya hanyalah buku. Semua aktiviti sukan sudah dikepaskan olehnya. Dia bagaikan berputus asa. Dan dia tidak seperti dulu lagi.
Suatu hari semasa pulang dari sekolah Aina melihat beberapa buah kereta mewah di perkarangan rumahnya. Sudah dijangka pada akhirnya mereka akan tiba memandangkan sudah lama tak bersua. Aina tak mampu menunjukkan kesedihannya kepada mereka. Kerana itulah Aina memilih untuk tersus berdiam. Aina melangkah masuk kerumah dilihatnya, ibu dan ayah sedang berbual dengan semuanya.

"Adik kenapa tak datang jumpa mama dengan papa? Kenapa langsung tak call kitaorang? Mama dah pesan kalau Adik ada ape-ape masalah share dengan mama. " kata perempuan itu sambil menangis.

"Papa nak Adik kemas semua barang-barang Adik yang masih tertinggal. Papa tak nak Adik hidup macam ni. Dah macam ape dah papa tengok macam mayat hidup pun ada, badan tu nak sampai tinggal tulang aje ke makin hari makin kurus. Papa tak kira, papa dah uruskan semua pasal pemindahan Adik, barang-barang adik pun ibu dengan ayah dan siapkan cuma yang sikit-sikit adik kemaslah sekarang. "

Aina terasa ingin menangis disaat dirinya telah dipersiapkan untuk meninggalkan ibu dan ayah yang telah menjaganya hampir 5 Tahun.

"Papa adik dah suka duduk sini, adik selesa sekolah dekat sini. Tak nak adik ikut papa. Tokongla papa. "Rayu Aina dengan bersungguh-sungguh

"Adik kena cari semangat adik, nanti cuti adik boleh datang jumpa ibu dengan Ayah okay? ".

Aina tak mampu membantah. Aina naik ke atas dan membersihkan diri. Setelah itu dia turun untuk makan masakan ibu buat kali yang terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience