Bab 6

Romance Series 5798

Aina melihat suasana indah di hadapan matanya. Di sebuah pantai yang indah di petang yang redup terlihat banyak budak- budak sedang mandi dan bermain, Aina berjalan menghampiri air laut yang biru terasa sejuk ke tangan. Dia mula bermain dengan air laut dan seketika terasa menjadi sepi. Dia melihat budak-budak yang sedang bermandi manda semuanya hilang. Dan hanya dia yang berada hampir ke tengah airr.

"Hello mana semuaa orangggggggg". Aina memanggil sesiapa yang mungkin akan menjawab panggilannya namun hampa.
Tiba-tiba Aina merasa laut seolah - olah menariknya dengan kuat dia cuba untuk bernafas dan mengapai batu besar yang berhampiran namun hampa. Dia menjerit, namun suaranya tak keluar kerana air memenuhi mulutnya dia hampir tenggelam, dia terus berdoa semoga diselamatkan dan dia terhantuk di batu besar dengan kuat, kepalanya berpusing, warna air bertukar merah dan akhirnya Aina dapat merasa ada cahaya matahari di atas air. Dia mencuba berenang ke arah cahaya tersebut dan berharap ini semua hanya mimpi ngeri yang tak ingin dikenangnya lagi, kerana dia takut untuk menghadapi kenyataan di laut yang sunyi dia hampir mati kelemasan seorang diri.

Aina terasa cahaya menerangi pandangan hadapanya, di melihat sekeliling terdapat beberapa orang berpakaian serba putih, dan diperhatikan itu adalah doktor.

"Saya dekat mana ni? Kenapa dengan saya? "Tanya Aina dengan suara serak

"Awak dekat hospital. Awak ingat tak ape yang terjadi dekat awak? "Tanya doktor tersebut.

"Saya ingat saya hampir lemas dekat laut". Balas Aina. Aina memegang kepalanya yang sakit dan berbalut.

"Awak lemas? Boleh awak ceritakan ape yang awak ingat? "Minta si doktor.

Aina menceritakan bagaimana dia boleh pergi dan kehilangan semua di laut yang sunyi. Doktor itu hanya mendengar. Selepas selesai Aina bercerita doktor itu hanya mencatatkan ape yang diberitahu Aina ke sebuah buku catatanya seterusnya meminta Aina untuk berehat secukupnya.

Selepas doktor keluar Aina melihat ibu dan ayahnya melangkah je arahnya.
"Ainaaa, anak ibu kuatkan semangat tau. Kepala anak ibu sakit tak? Aina nak air? Aina okay ke tak? Ada sakit mana-mana? "Tanya ibu sambil menangis.

"Ibu kenapa tinggalkan Aina sorang-sorang main dekat laut Aina takut laa ibu. Sekarang Aina dah okay, Aina nak balik ibu. "

Ibu Aina yang kelihatan bingung hanya memandang kearah doktor. Doktor meminta ibubapa Aina mengikutinya ke biliknya.

Doktor hanya meneliti laporan tentang Aina.
"Tuan, puan saya rasa anak puan menghidapi masalah amnesia buat sementara waktu. Dia hanya terlupa kerna dirinya tak kuat untuk mengahadapi kenyataan tentang ape yang telah terjadi, dirinya terkurung dalam ketakutan. Dirinya sendiri yang mencuba untuk menghapuskan kejadian yang menimpanya. Kerana dirinya yang tak mampu mengawal ketakutan dan trauma yang dialaminya peristiwa itu pada akhirnya dia merasa seolah-olah tidak pernah terjadi. Dan mungkin ada beberapa peristiwa lagi yang dia lupa. "Kata doktor.

"Doktor adakah dia akan terus terlupakan peristiwa yang terjadi? Dan macam mana dengan memorinya yang lain doktor? Adakah baik untuk dirinya untuk melupakan peristiwa itu dengan paksa? "Tanya ibu Aina bertubi-tubi.

"Semuanya bergantung pada semangat diri Aina sendiri. Kalau suatu masa dirinya rasa mampu untuk menanggung semuanya, memori akan datang secara perlahan-lahan. Walaupom hanya hampir menjadi mangsa rogol namun ketakutan yang hebat yang tak pernah dirasainya dan kesan luka menjadikan masalah ini terjadi" Terang doktor dengan tenang.

Di wad.

Aina hanya melihat lelaki yang sejak tadi asyik menyeru namanya dan meminta maaf.

"Aina, Amir minta maaf semua ni salah Amir kalaula Amir temankan Aina semua ni mesti tak akan terjadi"

"Nama awak Amir ye? "

"Hah? Awak tanya nama saye ke Aina? "

"Saya kenal awak? Ape hubungan kita? "

"Hahhh? "Amir lagi-lagi pening dengan sikap Aina yang seolah-olah tak mengenalinya.

"Awak ni tak payah la nak main-main saya risaukan awak tau, dah la semua ni tak lawak pom. "

"Saya tak kenal awak boleh awak tinggalkan saya seorang diri? "Pinta Aina. Aina menarik kain selimut menutup badanya dan memejamkan mata.

Amir yang melihat terasa Aina tidak ingin berjumpa dengannya. Amir bangun dan sebelum keluar, Amir berbisik hampir dimuka Aina yang ditutup dengan selimut,
"Saya rindukan awak Aina, saya minta maaf saya baru sedar saya teramat sayangkan awak, jaga diri saya balik dulu". Bisik Amir perlahan.

Aina yang terpegun dengan kata bicara lelaki itu hanya kaku. Siapa lelaki tu? Hmm

Amir berjalan keluar dari bilik Aina ditempatkan dengan lemah semasa berjalan dia terserempak dengan ibubapa Aina.

"Amir terima kasih sebab selamatkan anak pakcik. Hanya Allah yang mampu balas jasa Amir.

"Pakcik hm saya pom bersalah jugak, saya yang biarkan Aina balik sorang-sorang dan sekarang Aina pom tak nak tengok muka saya malah menganggap saya bukan sesiapa lagi, bahkan nama saya pon dia buat - buat tak tahu. Hm"
"Dia tak tahu nama Amir? "

Ibubapa Aina menerangkan semuanya kepada Amir. Amir yang mendengar terkejut.

....
Dua hari Aina di hospital Amir melawat dan menceritakan bagaimana perkenalan mereka terjadi. Aina ingat sebahagian kawannya yang disebut Amir dan separuh lagi kata Amir yang baru dikenalinya dia tak mampu mengingatnya dengan jelas.

Oleh kerana Ibubapa Aina mengenali Amir mereka, meminta tolong Amir menjaga Aina di sekolah.

"Amir, saya tanya satu soalan boleh tak? "Tanya Aina disaat mereka sedang berjalan pulang dari sekolah.

"Awak dah tanya saya 1000 soalan pom sebelum ni tak de pom minta kebenaran"balas Amir sambil merenung pelik ke arah Aina.

"Awak suka saya ke Amir? "Tanya Aina perlahan.

"Laa soalan awak susah nii nak jawab! Kalau awak nak tahu saya tak suka pom dekat awak". Balas amir selamba.

"Habistu selama ni awak ikut sayaa selalu dan masa kat hospital yang awak cakap tu ape ? "Entah kenapa Aina merasa terluka dengan jawapan Amir.

" Sebabnya cuma satu cik Aina oiii saya sayangkan awak. Saya bukan suka tapi saya sangat- sangat sayangkan awak. "Amir senyum senget saat terlihat pipi Aina yang merah.

Aina meneruskan perjalanan dengan hati yang penuh bunga - bunga bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience