BAB 7

Romance Completed 6823

Cyreel sudah puas memandu keliling Bandar. Dia langsung ketandusan idea ke mana Dana menghilangkan diri beberapa hari ini. Sejak peristiwa dia terlanjur kata tempoh hari, Dana sudah tidak pernah lagi menjawab panggilan. Malah apartmentnya juga seakan tidak lagi berpenghuni. Puas dia menunggu di kawasan parking kereta, namun Dana tidak langsung kelihatan di mana-mana. Di office juga begitu. Katanya sibuk. Walau sebesar manapun sesalnya, namun, kata-katanya tidak mampu di tarik balik. Setiap bait kata itu sudah tertanam dalam di hati Dana Adea. Mungkin sudah di bawanya ke mana saja, lalu sukarlah Cyreel mahu memujuknya kembali.

Kerana sudah jemu berkeliling bandar hampir lima kali, Cyreel memutuskan untuk singgah ke apartment Dana. Siapa tahu Dana akan ditemui di sana. Mustahil sudah lewat petang begini, Dana masih lagi berada di office. Cyreel mengikut kata hatinya mencari Dana di apartment saja.

Beberapa minit perjalanan, tiba di satu selekoh, Cyreel sudah melihat kereta Produa kelisa milik Dana, tiba-tiba menyadai di pinggir jalan. Kereta meragam barangkali, teka Cyreel. Dengan senyuman yang semakin melebar, Cyreel menghampiri kereta itu.

“Need help sweetie?”

Dana berpaling. Baru saja dia mengucap syukur kerana merasakan ada seseorang akan membantunya mengendalikan ragam keretanya ini, bila dia akhirnya mendapati Cyreellah yang berdiri dihadapannya saat itu. Sweetie kepala otak kau! Gumam Dana dalam hati. Dana melarikan anak matanya. Takut nanti amarahnya tersembur.

“Kenapa tak call saya saja?” Dana tidak menjawab sebaliknya masih berpura-pura memeriksa keadaan kenderaannya.

“Apa masalahnya?” Cyreel memeriksa enjin hadapan. Dengan kepakaran yang terbatas, dia mengamat-amati keadaan enjin. Akhirnya kerana ketidakpastian yang bersarang dalam fikirannya, dia segera meraba telefon bimbit dalam kocek seluarnya.

Sudah dua puluh minit perjalanan, Dana masih membisu. Kereta Dana sudah di bawa ke workshop oleh salah seorang rakan baiknya. Saat itu Cyreel kelihatannya sudah mati akal mahu membuat gadis ini menyahut pertanyaannya. Akhirnya dia terpaksa memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Cyreel menekan pangkal rusuknya, berpura-pura diserang sakit gastrik. Dalam keadaan kalut itu, Dana lupa semua rajuk dan marahnya. Bahu Cyreel disentuh lembut.

“Awak okay? Gastrik datang ke? Ada bawa ubat?” Dana bertanya satu satu.

“Awak okay Cyreel? Tak apa saya drive balik rumah awak dulu, nanti saya balik naik teksi. Boleh tukar tempat sekarang?” Dana memberi sarana.

“Huh, susah sangat nak dengar suara awak ni,” Cyreel tersenyum. Dia membetulkan duduknya. Sempat dia melihat perubahan ketara di wajah gadis yang semakin menyesakkan benaknya ini. Dia ketagih pada wajah itu, terutamanya ketika Dana sibuk melayan amarah. Belum sempat dia bersuara lagi, beg tangan Dana sudah melibas pada bahunya. Tidak lama selepas itu, bahunya pula dicubit secukup rasa. Tangan lembut itu melepaskan satu tumbukan padu pada bahunya, yang kemudian datang bertalu-talu. Cyreel jadi kalut. Sakitnya bukan kepalang. Dana mengamuk sakan. Dia terpaksa mengawal tangan itu dari bertindak lebih agresif. Cyreel takut akan terlantar di hospital dibelasah tunangnya yang sedang naik radang ini. Dana sudah menggertap bibir menahan kelopak matanya dari basah terus. Cyreel benar-benar sudah ‘parah’ getus hati Dana. Dana tidak akan mampu berhadapan dengan wajah itu lagi.

“Awak boleh tak jangan sakitkan hati orang lain sesedap rasa awak? Awak ingat saya ni batu, tunggul tak ada perasaan?Hah?” Dana meluahkan amarahnya sehabis daya. Kalau kedua-dua tangannya tidak di ‘kunci’ Cyreel, mahu saja dia melepaskan satu tamparan pada wajah ini. Biar Cyreel tahu betapa teruknya dia menahan sakit hatinya selama ini.

“Okay, okay, I’m really sorry. Tapi dengar dulu apa yang saya nak bagitahu. Just listen to me please,”

“Yes, go ahead! You know what, telinga saya dah pekak, tuli untuk awak,”

“Tengok tu, belum apa-apa lagi sudah kata tak mahu, kalau macam ni macam mana kita nak berdamai?” Cyreel masih mengawal kemas kedua-dua belah tangan Dana yang kelihatannya mahu melekat ke pintu kereta. Kalau di biarkan, Gadis ini akan berjalan keluar sendiri. Bukan mudah mahu memujuk nya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience