BAB 8

Romance Completed 6823

“Antara kita tak perlu berdamai. Tak ada apa-apa yang berlaku yang perlukan perdamaian. Lainlah di Tebing Barat, atau Palestin. Cyreel, saya rasa tak perlulah awak susah payah jelaskan semuanya. Sebab saya memang sedar kedudukan saya dan mengaku saya bersalah sakitkan hati Shanya awak tu. Saya minta maaf okay. So, lepaskan saya. Saya nak cari teksi. Saya nak pulang sendiri!” Dada Dana sudah kelihatan berombak. Puas dia meronta agar tangannya dilepaskan Cyreel.

“Cyreel, lepaslah! Awak nak orang lain salah faham? Atau awak lebih suka orang angggap saya ni perempuan yang tak tahu jaga diri? Yang suka berfoya-foya, berseronok dengan jantan lain, yang suka menjadi parasit dengan gelaran tunang orang?”

“Ke situ pula dia. Dana listen, knock it off please, otherwise, we’re not gonna make it. I’m sorry okay. I’m so sorry. Saya tak patut kata macam tu pada awak. Shanya tak sihat, dan bila awak marah-marah padanya tempoh hari, saya naik angin sikit. Maafkan saya, okay?” Cyreel mengawal nada suaranya ke tahap minimum.

“Saya sakitkan hati Shanya, awak boleh naik darah. Shanya tuduh saya yang bukan-bukan awak tak kisah. Sudahlah Cyreel, Sia-sia kalau awak masih berdegil jelaskan semuanya. Why? Because I’ve no intention to believe it, even to hear it,”

“Siapa kata saya tak marah? Dana, saya tahu. Shanya dah beritahu semua tu. Dia menyesal berkata begitu pada awak, but she purposely did it. Just to make you realize your own feeling, that’s all,” Dana masih meronta, namun agak terbatas kerana Cyreel masih mengawalnya.

“She purposely did it, can you hear me? She said it to me, that she noticed you hiding something, that hard for me to draw it out,” Dana merenung wajah itu. Wajah yang sudah sering membuat hatinya bengkak.

“Listen, She had purposely confessed her feeling to me too, just to let me know that I’ve falling for someone else,” Dana memujuk dirinya agar cuba mencari kebenaran pada kata-kata itu.

“Dana, saya nak awak tahu, awak tak boleh melepaskan harapan keluarga kita atas masalah macam ni. Saya nak awak kekal sebagai tunang saya. Saya dah tak tahu macam mana nak buat awak bersabar sikit saja lagi, supaya kita boleh selesaikan salah faham antara kita selama ni,” Cyreel melepaskan genggamannya apabila yakin gadis itu tidak akan ke mana-mana lagi.

“Susah sangatkah bagi awak nak sampaikan apa sebenarnya yang awak nak katakan?” Dana akhirnya bersuara. Hatinya panas. Dia pantang berhadapan dengan lelaki pengecut seperti ini.

“Saya!saya nak kita teruskan pertunangan,” Cyreel menjawab. Dana mencebik. Sah, lelaki seperti kau memang tidak boleh di harap! Hatinya mengomel.

“Baik!teruskan saja, apa masalahnya? Kalau awak rasa tak memberi apa-apa kebaikan, awak boleh putuskan bila-bila masa,” Dana mencadang pula. Senyuman sininya menambah gundah di hati Cyreel yang kalut diburu sikap acuh-tak acuh Dana. Gadis itu masih tidak yakin padanya.

“Bukan begitu maksud saya!Dana saya!saya sayang pada awak. Saya tahu, saya tak mampu menandingi Imsya, tapi saya masih mampu berusaha supaya awak akan lupakan dia,”

Imsya? Dana naik radang lagi. Tiba-tiba nama teman baiknya itu disebut. Berani-beraninya Cyreel melibatkan Imsya dalam hal mereka. Dengan sesuka hatinya dia meletakkan Imsya sebagai sasaran persaingannya pula. Dia ingat Dana juga sepertinya?

“Cyreel, Kalau suka cakap suka. Kalau tidak terus terang. Awak tahu tak saya terumbang ambing selama ini? Saya dah penat tahan hati tahu tidak! Susah sangatkah awak nak jelaskan pada pada seseorang yang awak sayangkan dia?”

“Maafkan saya,” Cyreel ketandusan kata. Cakap Dana ada benarnya. Kerana egonya, dia seringkali tidak menyedari apa yang Dana sering lakukan selama ini adalah kerana mereka memiliki satu ikatan hati yang terlalu lambat bercambah.

“Jadi, kosong-kosong?” Cyreel bertanya. Dana mengerutkan kening. Mengertap bibir geram dengan ‘kebodohan’ yang sengaja dibuat-buat itu.

“That one is for you, not me,”

“Really, what about!I love you!Still manage to make it fifty out of hundred?”

Wajah Dana yang diselimuti geramji sebentar tadi merona merah dengan sendirinya. Wajah Cyreel masih lagi mengundang pelbagai rasa dihatinya. Sebab itu, dia sengaja tidak mahu berpaling menatap wajah itu. Rajuknya sudah berkeruping di dalam benaknya. Menunggu masa untuk mengelupas. Tapi bukan sekarang.

“You know what, our wedding ceremony suppose to be next week. Then, I’ll let you know how much I love you for all this time,”

Dana melopong. Cyreel yang nekad hanya tersenyum. Dia akan segera mengusulkan hal itu kepada kedua-dua pihak. Dia tidak mahu Dana hilang yakin padanya lagi. Cukup sekali ini. Dana hanya memasang telinga. Tidak ada respon. Hanya Cyreel yang masih memerhatikannya. Menunggu sepatah-dua kata dari Dana barangkali.

“Can I give a kiss on your cheek?” Dana dikejutkan dengan permintaan ‘kurang waras’ itu.

“Until I’m available to you, don’t ever make such a wish. You won’t get it either. We’re not a Western, no kissing here!” Dana memulangkan paku buah keras. Cyreel sudah kelihatan menunduk. Dia pernah mendengar ungkapan penuh erti itu. Dulu!

“Or, a kiss on your finger? ” Dana yang mendengarnya makin hilang sabar.

“Cyreel, kalau saya tak sampai dekat apartment sebelum jam tujuh, saya berjanji tak akan kahwin dengan awak sampai bila-bila,” Dana memberi amaran. Mulanya Cyreel tersengih-sengih, namun bila Dana tetap menunjukkan wajah seriusnya, Cyreel sudah tergesa-gesa menghidupkan enjin. Gelagat Cyreel yang agak mencuit hati itu, membuat Dana tergelak besar. Cyreel yang berasa sedang dipermainkan, akhirnya bersuara.

“Baik. Awak tengok jam. Kalau saya mampu hantar awak sebelum jam tujuh, awak kena setuju, tarikh perkahwinan diawalkan dalam lima hari lagi, I mean it,”

Gila!!! Dana melopong sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience