BAB 3

Romance Completed 6823

“Ambooii, ikut suka hati kau saja kan!Kalau Im tak mahu?”

“Kalau Im tak mahu? Belum cuba, belum tahu,” Dana teruskan langkah derasnya.

Wanda mencebik. Itulah, lain kali jangan bertunang sembarangan. Sudahnya begini. Yang satu ke hulu, satu ke hilir. Dia mencapai telefon bimbitnya. Tetapi belum sempat menekan nombor, Imsya sudah tersembul di hadapan mereka berdua dengan senyuman yang ceria namun penuh tanda tanya.

“You all buat apa dekat sini? Apa dah jadi dengan Vietnamese Food kita?” Imsya yang segak mengenakan t-shirt dan jeans menyapa dengan soalan.

“Eehh, dah sampaipun dia. Kau parking kereta dekat mana?” Wanda bertanya.

“Dekat parkinglah. You berdua ni kenapa?” Imsya menyoal terus. Ditatapnya wajah rusuh Dana. Wajah yang sering hadir dalam kotak ingatannya itu kini berada di hadapannya, namun bukan seperti yang diharapkannya. Senyuman yang sering menjadi igauannya itu entah sudah ke mana hilangnya.

“Dana!”

Dana memandang Imsya lama. Ternyata rakan baiknya sejak menuntut di tahun satu di universiti itu kini semakin matang dan dewasa dengan penampilan yang ringkas dan penuh dengan aura gentlemennya yang tidak pernah surut dari dulu. Akhirnya Dana tersenyum.

“Fuhh, ingatkan saya dah tak berpeluang tengok senyuman awak ni lagi. Maklumlah, bunga dah disunting orang,” ujar Imsya. Anak mata Dana masih menjadi sasarannya.

“Cik abang oi, jangan cuba-cuba main mata dengan tunang orang tau,” Wanda menyiku lengan Imsya.

“Dahlah, korang ni macam-macam. So, sekarang kita reunion dekat KFC jelah, ye?” Ujar Dana separuh bergurau.

“KFC?” Wanda mengerut kening. Hairan barangkali. Kalau dulu sewaktu masih di awal kedewasaan sebagai mahasiswa dan mahasiswi, padanlah keluar masuk di ruangan penuh manusia yang menggemari makanan segera itu. Sekarang?

“Hai, takkan tak biasa?” Dana menyoal sinis.

“Saya OK. Wanda ni yang jual mahal,” Imsya tersenyum. Beberapa saat kemudian mereka saling berpandangan. Kemudian mereka seiring berjalan merentasi kawasan penuh manusia yang bertali arus kiri dan kanan.

Di sudut restoran Vietnamese Food itu, Cyreel memerhati dari jauh gelagat Dana dan dua orang pengapitnya berjalan terus tanpa diketahui destinasi sebenar mereka. Hatinya panas. Untuk kali pertama Cyreel merasakan Dana sedang mencipta ‘lorong bawah tanah’nya, untuk dapat keluar dari sangkar emas yang dibina keluarga kedua-dua belah pihak. Dia sendiri terjerat dengan ikatan tanpa cinta itu, lalu mengikut ke mana saja arus masa menghanyutkan dirinya. Shanya, gadis yang tidak pernah membalas cintanya dan hanya menjadi teman setianya ini menambah sesak dadanya memikirkan jalan keluar. Setelah beberapa waktu berkongsi kisah dan pandangan, Cyreel sudah mampu membezakan istilah mengagumi dan menyintai. Lalu dalam keadaan serba kabur begini, Cyreel harus pula menghadapi isu pertunangan yang dirancang sejak masing-masing masih belum mengenal dunia sebenar seperti sekarang.

“Rey, are you looking for someone?” Cyreel dikejutkan dengan sapaan lembut Shanya.

“Oh, no. I’m just!owh ya, thanks for the meal,” Balas Cyreel agak keberatan. Shanya berdegil mahu membelanjanya hari ini. Atas alasan hari lahirnya, Cyreel mengalah. Yang sebenarnya dia bosan tidak bertekak dengan Dana sejak beberapa hari ini. Kebosanannya makin menjerut tatkala gadis itu menolak untuk mengikutinya keluar hari itu atas alasan ingin berjumpa dengan kawan lama. Entah Dana tahu atau tidak hari ini hari lahirnya. Cyreel mendengus.

“Rey, are you okay?” Shanya mengamati wajah muram teman baiknya ini. Dia tetap menghargai kehadiran Cyreel yang begitu setia mengotakan janji untuk menjadi teman baiknya sampai bila-bila walaupun dia tahu Cyreel pernah kecewa bila dia memutuskan untuk menolak cinta lelaki ini dan hanya mahu dia berada di sisinya sebagai sahabat. Namun dia tidak tahu apakah Cyreel masih menaruh perasaan terhadapnya lagi, setelah sekian lama berusaha mematikan perasaan itu, demi persahabatannya, apalagi sekarang ini dia sudahpun bergelar tunang orang. Walaupun ia adalah ‘arahan’ dari keluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience