BAB 5

Romance Completed 6823

Hai, banyak tanya pula?! Dana mencebik. Dia teringat sesuatu. Hari itu dia meminta Wanda menemaninya mencari hadiah ini, tapi Wanda sibuk dengan tugas sampingannya mengajar tuisyen. Terpaksa dia menebalkan muka meminta Imsya memilihkan sesuatu untuknya. Barang itu sudah berada di hadapan Cyreel, tetapi ditolak mentah-mentah oleh si polan ini pula. Sabar, Dana, sabar.

“Imsya yang pilihkan!Biasalah, orang lelaki saja yang tau apa yang mereka suka,” Dana menjawab.

“Ambil balik jam tu,” Cyreel memuncungkan mulut ke arah kotak hadiah yang sudah dikoyakkan pembalutnya. Dana membuntangkan mata. Berani-beraninya lelaki ini bersikap kejam terhadapnya. Begitu susah payahnya dia memikir dua tiga kali untuk mahu memberikan sesuatu padanya, namun sedikitpun langsung tidak dihargai. Dana melemparkan pandangan penuh bara, lalu mencapai kotak itu. Dia mahu segera berlalu, namun ditegah Cyreel. Buat pertama kalinya Cyreel memegang pergelangan tangannya kemas dan rapi. Ketika mata saling bertentang, Dana mendapati ada senyuman kelucuan di wajah lelaki itu. Mahu saja Dana menyimbahnya dengan sisa air minumannya tadi. Biar dia rasa akibatnya mempermainkan perasaan orang lain.

“Awak nak apa lagi?” Radang Dana hampir tidak tertahan.

“Hmm, saya akan pilih hadiah yang saya nak, awak bayar untuk itu,” Cyreel sudah berdiri lalu menariknya keluar dari restoran. Segera memimpin gadis di sisinya ini masuk ke perut kereta. Dana sudah cuak. Cyreel pula seakan lupa kewujudan orang ramai di sekeliling. Entah mengapa hari ini dia riang benar mengenakan gadis ini. Wajah marah Dana semakin dirasakan mengusik hati. Bila kereta sudah bergerak ke tengah lebuh raya, telefon Dana dan Cyreel berbunyi serentak. Masing-masing teragak-agak menjawab. Akhirnya kedua-duanya menjawab saja panggilan bila handphone mereka sudah berteriak membingitkan telinga.

“Ya, Im, ada apa hal?…saya dengan Cyreel, on the way nak ke!” Dana terdiam saat telinganya menangkap suara cemas Cyreel yang menyebut nama Shanya.

“Mama, shanya kenapa ma?”

“Entahlah. Sejak pagi tadi dia murung. Lepas makan tengah hari tadi, dia tiba-tiba pengsan, sekarang tengah tidur dekat bilik tamu tu. Tadi doktor dah periksa, katanya dehydrasi,” Puan Nani menerangkan kejadian Shanya jatuh pengsan ketika melawat keluarga teman baiknya itu. Cyreel sudah kelihatan resah semacam.

“Sekarang dah OK ma?”

“Masih tidur tu. Kamu baliklah jenguk dia. Kamu dekat mana sekarang ni Rey?”

“Err, dengan Dana mama. Tak apalah, nanti Rey dan Dana balik sekejap. Dalam setengah jam macam tu sampailah,”

“Ha, eloklah tu, bawalah Dana balik sekejap. Dah lama tak jumpa dia,”

Cyreel mematikan talian selepas ibunya meletakkan telefon dan berpesan agar membawa Dana balik bersama. Tumpuannya kembali ke arah jalan raya yang agak sibuk tengah hari itu.

“Hello!helloo!Dana, are you still there?”

“Oh, ya?!Err, maaf, line tak clear Im, awak dekat mana sekarang?” Bohong Dana.

“Hai, dekat rumahlah. Dah berapa kali awak tanya? Dana are you okay?”

“Emm, ya, of course. Ni ada apa hal?” Dana teragak-agak. Sebentar tadi dia sibuk mencuri dengar perbualan Cyreel di telefon sampaikan suara Imsya di talian tidak didengarinya.

“Hai, saja telefon tak boleh? Awak tengah date dengan fianceke?” Dana terkedu. Dikerlingnya Cyreel di sebelah.

“Tak adalah. Emm, Im, can we talk later? Saya ada hal sikit. I’ll call you later on okay, I promise,” Dalam beberapa saat kemudian Dana menyimpan telefon bimbitnya semula ke dalam beg tangannya. Cyreel hanya diam membisu sebelum bersuara kemudiannya.

Share this novel

Orked Lili
2020-02-06 20:07:13 

best lah

Orked Lili
2020-02-06 20:07:12 

best lah


NovelPlus Premium

The best ads free experience