BAB 6

Romance Completed 6823

“Shanya pengsan dekat rumah. So, mama suruh saya bawa awak balik sekali,” Suara Cyreel kedengaran seperti satu perintah. Mak awak yang suruh baru awak teringat nak bawa saya jumpa ‘bakal mentua’ saya? Kalau mak awak tak suruh, awak liat betul bawa saya berjumpa mereka? Dana jauh hati. Dia tidak bersuara langsung apalagi memberi respon. Hanya menjuruskan pandangannya terus ke hujung jalan raya. Melihatkan keadaan Cyreel yang serba tidak kena itu, Dana yakin kalau Shanya adalah punca Cyreel tiba-tiba bertukar angin tengah hari itu.

Dana mendengus. Dia melemparkan beg tangan ke atas pembaringan. Suara Shanya yang masih terngiang-ngiang di telinganya, menghiris-hiris hatinya menjadi kepingan kecil. Dana menahan sakit di kerongkong. Sakit kerana menahan hati.

“Kalau awak tak cintakan dia, tolong jangan kelirukan dia. Saya minta awak fikirlah masak-masak. Orang yang dia cintai, bukan awak,” Dalam kelembutan suara itu, Shanya menyemai duri berbisa di setiap bait kata-katanya. Baru sebentar tadi dia berlagak lemah di hadapan Cyreel.

“Itu bukan masalah saya. Itu keputusan Cyreel sendiri. Kalau dia betul-betul tak ada perasaan pada tunang dia ni, dah lama dia abaikan saya, dan mungkin dia dah lama buat hal supaya saya dan dia boleh berpisah. Lagi satu, dia tak pernah tunaikan permintaan saya supaya putuskan pertunangan,” Dana yang masih terkejut dengan kata-kata gadis berwajah lembut ini menyuarakan apa yang terbuku dalam fikirannya.

“Kalau awak tak cintakan dia, kenapa awak masih teruskan pertunangan?”

Dana terdiam. Tidak ada jawapan yang sesuai. Ada sesuatu yang dirasakan menggugatnya.

“Awak tak patut buat dia macam spare part awak. Keluar dengan lelaki lain, dan berpura-pura jadi tunang yang setia. Di belakang dia awak berseronok dengan jantan lain,” Kata-kata itu dirasakan semakin kejam. Kata sakit? Tapi menurut keadaan sekarang dia lebih sihat dari yang biasa. Kalau tidak, masakan dia boleh terfikirkan kata-kata tajam seperti itu?

“Saya bukan macam yang awak fikirkan Shanya. Awak tak lebih dari seorang sahabat bagi dia. Dan awak tak faham langsung apa yang berlaku antara saya dan Cyreel. Siapa yang betul, siapa yang salah awak takkan faham,”

“Siapa kata macam tu? Apapun, Sekurang-kurangnya saya lebih penting bagi dia,”

“Oh yeah?”

“Awak sendiri boleh tahu. Sebab awak tak lebih daripada orang yang menambahkan sakit kepalanya!”

“Awak jangan sengaja sakitkan hati saya Shanya. Kalau saya menambahkan sakit kepalanya, awak sepatutnya jadi tumor dalam hidup dia!”

“Dana Adea! Apa yang awak merepek ni?”

Dana dan Shanya serentak mengalihkan pandangan ke muka pintu. Cyreel berdiri dengan wajah serius.

“Orang sakit, awak patut jenguk baik-baik. Bukan meracau tak tentu pasal. Siapa kata Shanya tumor dalam hidup saya? Awak tak sedar lagi kenapa awak boleh ada dalam rumah ni?”

Itu kata-kata terakhir yang didengarinya dari Cyreel sebelum dia bergegas pulang ke apartmentnya. Waktu itu Wanda masih belum pulang. Dan dia bersendirian menghabiskan sisa tangisannya, sebelum mendapat panggilan telefon dari Imsya. Petang itu Imsya menemaninya bermain boling. Kata Imsya, sekurang-kurangnya, dia boleh melupakannnya untuk beberapa ketika. Dana membayangkan bowling pin itu adalah wajah Cyreel yang akan dikerjakannya habis-habisan. Balik nanti, Dana mahu melupakan segalanya berkaitan Cyreel. Dia nekad, kalau benar Cyreel tidak pernah menyedari kehadirannya selama ini, dia tahu apa yang harus dilakukan. Sebagai persediaannya kelak, Dana membiasakan diri tidak mengingati lelaki bernama Cyreel ini buat beberapa hari. Sepatutnya sejak mula bertunang dulu dia tidak patut beralah pada perasaannya. Akibatnya, ketika lelaki ini akan benar-benar meninggalkannya, dia makan hati seorang diri. Menyesal sungguh Dana berkompromi dengan bisikan hatinya awal-awal dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience