BAB 4

Romance Completed 6823

Jauh di sudut hati dia menyimpan harapan agar Cyreel kembali seperti dulu. Sejak beberapa waktu ini, hatinya jadi lembut, mahu menerima kehadirannya lebih dari seorang kawan.

“Rey, tunang awak apa khabar?” Pertanyaan itu membuatkan Cyreel membisu sejenak.

“Baik saja. Kenapa awak tanya? Awak takut dia menggugat kedudukan awak? Itulah saya ajak kawin awak jual mahal,” Ujar Cyreel berseloroh. Shanya tergelak. Cyreel sekadar menyeringai sama. Gurauannya tidak akan pernah dianggap serius oleh Shanya. Walaupun kini, dia tidak lagi merasakan ikatan perasaan yang kuat seperti dulu, namun dia masih mengharapkan gadis ini tetap disisinya memberikan semangat. Terutamanya dalam keadaan seperti sekarang.

“Kalau saya setuju sekarang, awak sanggup lepaskan tunang awak?” soalan itu membuatkan telinga Cyreel panas. Ditatapnya wajah lembut itu penuh persoalan. Mencari-cari garis gurauan yang hanya kelihatan berbalam-balam di wajah itu.

“You kidding me?”

“Nope. I’m convincing you,” Shanya tersenyum.

“Are you sure?”

“Yes,” jawapan ringkas itu lebih menyesakkan hati. Tiba-tiba saja bayangan wajah Dana mendominasi fikirannya. Kalau dulu, dia pasti akan melonjak mendengar pengakuan itu, tapi kini kakinya seakan sudah berakar terus ke lantai restoran, lidahnya bersatu dengan lelangitnya. Sorotan matanya masih tertuju pada anak mata gadis di hadapannya ini. Beberapa saat kemudian, kedengaran gadis itu tertawa.

“Awak ingat saya ni suka merampas hak orang lain?” Shanya bersuara. Cyreel cuba mencerna kata-katanya, dan akhirnya dia menghembuskan nafas lega. Shanya semakin suka menyiksa perasaannya dengan lakonan ‘kecil-kecilan’ seperti itu. Akhirnya dia juga yang siksa memikir itu dan ini.

“Nah, tak payah ucap terima kasih,” Dana meletakkan satu bungkusan kotak kecil berwarna biru gelap di atas meja. Pertemuan yang dijangkakan akan berlangsung dalam hanya beberapa minit itu, kini mencecah ke 20 minit. Cyreel mengajaknya makan terlebih dahulu, sebelum berbincang apa-apa yang perlu.

“Apa ni?”

“Baranglah,”

“What for?”

Dana diam. Minumannya dihirup perlahan. Teragak-agak dia menatap wajah itu. Tentu bengis macam selalu. Ada saja yang tidak kena padanya. Terutamanya ketika dia mendapat pangggilan daripada Imsya. Lelaki ini sudah pandai mengomel. Kononya hal itu akan membawa masalah pada keluarga masing-masing. Cyreel selalu keluar bersama Shanya boleh pula! Dana mendengus dalam hati. Dana mengamati wajah itu, mencari petanda kalau-kalau perselisihan akan mengiringi pertemuan mereka kali ini.

“Hari ulang tahun awak,” Cyreel mengusap cuping telinganya mendengar pernyataan Dana itu. Panggilan ‘awak’ kedengaran agak menyejukkan hatinya. Sekurang-kurangnya Dana memulakan langkah ‘perdamaian’. Panggilan ‘kau’ dan ‘aku’ sudah lenyap entah ke mana.

“Tahu dari mana?”

“Tak penting. Kalau awak tak suka, simpan saja dalam setor rumah,” Dana memberi saranan ‘bernas’. Sinis. Cyreel menebak. Hati sejuk Cyreel kembali terasa mahu mendidih. Orang cakap elok-elok, dia sengaja memulakan. Pantas dia mencapai kotak hadiah itu lalu membukanya rakus. Sengaja.

“Jam tangan macam ni saya tak suka,” gilirannya bersuara. Cyreel sorong kotak ke hadapan setelah mengamat-amati isi kotak berkenaan. Dana menahan hati. Takut meletus macam gunung berapi di Mindanao pula.

“Dah tak suka, buanglah,” Dasar tak kenang budi! Getus Dana dalam hati. Hampir satu bandar aku keliling!

“Siapa yang pilihkan? Awak sendiri atau ada penasihat peribadi?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience