BAB 1

Romance Completed 6823

“Apa lagi yang kau tak puas hati ni?” Cyreel memberhentikan kereta di bahu jalan seraya memandang tepat ke wajah murung Dana. Dana buat tidak tahu. Pura-pura tidak mendengar. Perlakuan yang seringkali mengundang ‘taufan’ dalam hati jejaka bermata redup ini tidak pernah dihentikan Dana. Selagi dia masih berdaya menahan panahan kata-kata sinis Cyreel, Dana gigih menggenggam sabarnya.

“Kau dengar tak aku tanya!?”

“Dana Adea…Aku rasa kau tak ada penyakit Alzheimer sampai lupa nama tunang sendiri,” Itu dia. Dana membalas peluru dengan peluru. Kau ingat kau saja pandai ‘bermain kata-kata!’ Dana mengomel dalam hati. Sakit hatinya bukan kepalang. Entah ini kali ke berapa Cyreel memanggilnya dengan panggilan ‘Ooii’ ini.

“Ooii!comel juga nama tu,” Cyreel diam sejenak sambil berpura-pura memikirkan sesuatu.Senyumannya sinis. Begitu jelas pada raut wajahnya, seakan-akan ada tertulis di dahi ‘aku cabar kau!’. Dan Dana tahu dalam keadaan seperti sekarang, dia harus menyediakan payung sebelum hujan. Sebelum sabarnya digugat terus, lebih baik dia berdiam sejenak. Walaupun hanya sesaat dua.

“So sekarang, aku nak tanya kau, kenapa kau saja buat muka sepuluh sen depan mama tadi?Tak pasal-pasal aku pula yang kena. Mentang-mentang family aku manjakan kau, kau sengaja naik kepala,”

Dana tidak menoleh sikitpun. Lantak Cyreel mahu berkata apa. Ya, Salah orang memang dia nampak, salah sendiri, sengaja ditarik tepi. Dana sudah masak dengan perangai ‘sendiri mahu betul’ Cyreel. Biarlah, Dana sudah lali.

“Haaiii, cik Dana Adea, tuan puteri ‘tercinta’, bakal menantu kesayangan keluarga Mauree ni, dengar tak aku tanya?” Cyreel yang kelihatan semakin bengang dengan reaksi selamba Dana melepaskan tali pinggang keledarnya lalu segera keluar mendapatkan Dana pada sisi kereta yang satu lagi. Saat itu telinga Dana sudah berdesing.

“Aku dengarlah! Kau nak tahu sangat ni kenapa? Kalau aku bagitahu sebabnya sekalipun, kau akan pulangkan semuanya pada aku. Aku nak jawab apa lagi?” Kali ini Dana membuka mulut lebih sedikit. Ditatapnya anak mata redup itu. Harap mata saja cantik, hati macam batu di tengah lumpur pokok bakau. Kenapalah dia boleh bertunang dengan lelaki yang hanya seminggu dikenalinya ini? Ibukah yang bersalah? Ooh, tidak. Yang salah dia, kerana termakan dengan kelembutan Puan Nani sebulan yang lalu.

“At least tell me why did you purposely acting like you’re being abandoned? Sampai mama mengomel dekat aku,” Cyreel tidak mahu kalah. Anak mata gadis dihadapannya itu di tatapnya habis-habisan.

“Owh, yeah? When did I?”

“You see. You denying. What actually do you want from me?” Cyreel membalas tanpa sabar. Kata-katanya sudah menenggek di hujung kesabarannya. Hanya menunggu hendak tercicir saja lagi.

“Kau dah tahu apa yang aku mahu. Entah berapa kali aku nak jawab. Tak faham bahasa juga. Nanti aku cakap bahasa Hindustan, lagilah melongo depan nih,” Dana tetap sabar, sambil terus memandang ke arah lebuh raya yang masih bertali arus dengan kenderaan besar dan kecil. Mat-mat motor sudah berbaris di tengah-tengah kenderaan lain. Huh, dia pun tidak lulus bahasa Hindustan! Kalau sekadar hafal lagu-lagunya, adalah barang sedikit.

“Ah, eloklah. Aku nak tahu juga setakat mana Hindustan kau tu. Loyar buruk,” Cyreel kelihatan melemparkan sorotan matanya selari dengan Dana. Kini giliran Dana melirik ke wajah bersih yang menyampahkan itu. Namun seakan ada tarikan magnet, kedua-duanya bertembung pandang. Hilang seketika rasa bencinya. Bagaikan aliran elektrik yang sedang melintasi celah-celah peparunya, Dana merasakan perasaan aneh di benaknya.

“We’re not a western, no kissing here, even if you’re my wife to be. If is it really so,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience