BAB 2

Romance Completed 6823

Kurang ajar. Dana mengutuk dalam hati. Kau ingat aku ni perempuan apa? Dengan sesuka hatinya kau membuat andaian keterlaluan. Sentuh hujung jari pun tidak pernah!

“Oh, gosh! I’m not that kind of women. I’m still a Malaysian. Tahu batas pergaulan,”

“Really, then it’s OK. It’s a relief!”

Cyreel mati kata bila Dana tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan seseorang pada telefon bimbitnya. Dengan nombor yang tidak dikenali tertera di skrin, Dana ragu-ragu menjawabnya. Kata-kata Cyreel dibiarkan tergantung.

“Hello, siapa?…Ohh, Im. Sorry, saya dah tak kenal suara awak,” di akhir kata-kata Dana, muncul satu emosi riang yang membuatkan Cyreel terasa mahu memasang telinga.

“Dah lama balik Malaysia? Tak inform kitorang pun, boleh buat reunion sekejap!haha, ok je!aku baik, sihat walafiat!Ohhh,” Kelihatan Dana terdiam sebentar memandang wajah di hadapannya ini. Cyreel membalas pandang tanpa kata.

“Dari mana awak tahu? Awak pasang spy?…Emm, awak tak kenal!ya, baru sebulan lepas, itulah awak lambat sangat,” Dana mengekeh dihujung bicaranya. “Okaylah, ada masa kita contact lagi, fiancetengah menderam ni!OK, see you soon,” Dana menekan punat merah ketika tawanya masih lagi bersisa. Sempat dia menyindir Cyreel di sebelahnya. Panggilan itu berakhir di situ bersama renungan kurang menyenangkan dari Cyreel yang dengan segera menapak masuk ke perut kereta. Hatinya membara melihat betapa riangnya Dana bergelak ketawa dengan si pemanggil tadi. Ungkapan janji ‘see you soon’ menggaru-garu gegendang telinganya, terus masuk ke lubuk hati. Cemburukah dia? Tapi atas alasan apakah dia harus mencemburui tunangnya yang langsung tidak di cintai ini? Suka? Dua tiga kali dia berfikir. Sukakah dia? Cyreel mencebik. Satu ciri pun tidak ada dalam senarai sebagai kriteria yang diingininya. Mungkin kerana kelihatannya Dana seronok mengenakannya dengan sengaja mempamerkan wajah manis bila menerima panggilan daripada ‘kawan lama’ lalu mengundang rusuh dijiwa.Mungkinkah begitu???

Sekali lagi Dana memalingkan wajah, mengamat-amati apakah benar lelaki yang sedang kusyuk makan berdua di salah sebuah meja dalam restoran Vietnamese Food tempat yang akan menjadi lokasi reunion mereka ini adalah Cyreel. Gadis manis yang riang bergelak ketawa itu kelihatannya selesa bergurau senda dengan tunang pilihan keluarganya ini.

“Hana, Im dah sampai?” Wanda menyusul dari belakang. Dana pula sibuk mencari tempat laluan yang selamat agar kelibatnya tidak kelihatan pada pandangan Cyreel.

“Kita cari tempat lainlah,” usul Dana. Dia duduk membelakangi kedua-dua pasangan yang berada tidak jauh di hadapan mereka itu.

“Kau biar betul Dana? Kan hari tu dah setuju kat sini!lagipun Imsyah dah!” Wanda kemudian mati ayat. Pandangannya menjurus ke satu sudut, kepada seseorang yang sangat dikenalinya di situ, walaupun tidak serapat mana.

“Dana!itu kan!”

“Shyytt! Duduk cepat. Jangan sampai dia notice kita kat sini,” ditariknya lengan Wanda pantas. Wanda terduduk mendadak. Dia menganga. Sakit punggungnya bukan kepalang berlaga dengan kerusi besi yang berhias cantik itu.

“Aduuuhh, sakitlah. Kalau kau marah tunang kau keluar dengan perempuan lain pun jangan lepaskan pada aku. Penyek punggung karang,”

“Okay, I’m sorry. Really,really sorry. Now can we leave?”

“Why?”

“Good question. Aku tak nak dia bising lepas ni. Kau faham kan?” Dana memanah sorotan mata paling tajam kepada Wanda. Wanda yang sudah terkena ‘racun panah’ mematikan pergerakan sesaat dua. Dia faham benar masalah Dana. Simpatinya hanya tinggal simpati, kerana dalam keadaan itu dia tidak mampu membantu. Hanya mampu mendengar luahan hati Dana saja.

Mereka kemudian sama-sama menapak keluar dari restoran itu, penuh cermat. Dari situ mereka mengambil jalan yang berlawanan arah agar tidak bertembung dengan kawasan yang memudahkan Cyreel melihat mereka.

“Call Im. Inform dia yang kita dah ubah plan,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience