BAB 2

Romance Completed 16857

Nazril mempercepatkan langkahnya menuju ke pintu apartment mewah yang dihuni oleh Arissa.

Apartment itu juga dia yang hadiahkan pada Arissa sempena ulang tahun percintaan mereka yang ke-5.

Tak sabar rasanya mahu beritahu Arissa tentang perceraiannya dengan Khairunnisa’. Tentu Arissa gembira dengan berita itu. Pintu apartment dibuka kerana dia ada kunci pendua. Nazril terus mencari kelibat Arissa dan dia tahu Arissa berada dalam bilik. Dengan senyuman yang lebar, dia menguak pintu bilik itu. Nazril tersentak apabila melihat Arissa sedang terbaring di atas katil bersama dengan seorang lelaki.

“Damn you!”

Nazril terus menerkam ke arah lelaki itu dan satu tumbukan hinggap di pipi lelaki itu. Terus lelaki itu melarikan diri dengan gopoh gapah. Arissa menjerit dengan tindakan itu.

“Jahanam you Rissa! Siapa jantan ni? You memang perempuan jalang. Sejak bila you tipu I macam ni, hah? Shit!”

Nazril menyumpah sambil menggenggam lengan Arissa kuat.

“Sayang, dengar dulu apa yang I nak cakap ni. I dengan dia cuma kawan dan I tak ada hati pun dengan dia.”

Terang Arissa dan dia memang terkejut dengan kemunculan Nazril pada waktu itu. Nazril jarang bertandang pada waktu malam.

“You ingat I ni bodoh ke nak percaya cakap you tu? Kalau you tak ada hati dengan dia takkan you bawa dia sampai ke tempat tidur you! Selama ni I yang selalu anggap you perempuan suci dan I sendiri tak pernah sentuh macam tu. Walaupun mama I tak suka dengan you tapi, I tetap sayangkan you. I memang bodoh!”

Tengking Nazril dengan pandangan menyinga. Terasa benar dirinya diperbodohkan. Entah sejak bila Arissa curang dengannya. Nazril meraup muka dengan telapak tangan. Perasaannya mula bercampur aduk. Arissa mendekati Nazril sambil membetulkan pakaiannya.

“Sayang, let me explain. Please don’t be so childish. This only for fun. He’s nothing. You’re the one that I love.”

Arissa memujuk dengan suara yang manja dan dia langsung tidak rasa bersalah. Saat itu, satu tamparan hinggap di pipinya. Arissa terpempan! Terus tangannya memegang pipi kanannya. Arissa tidak menyangka Nazril akan bertindak begitu.

“I betul-betul tak sangka yang I dah habiskan lima tahun dalam hidup I dengan mencintai perempuan hina macam you, Rissa! I dah korbankan segala-galanya untuk you. Tapi, sanggup you buat I macam ni.”

Nazril terduduk di atas katil sambil mengusutkan rambutnya dengan jari. Dia baru sahaja nekad untuk mengahwini Arissa walaupun hubungan mereka ditentang hebat oleh mamanya. Kenapa Arissa tergamak menipu dan mengkhianati cintanya? Nazril benar-benar kecewa!

“Sayang, I cintakan you. I sunyi sebab lately you sibuk aje dengan wife you tu! Maafkan I sayang! I janji lepas ni I tak buat lagi…”

Arissa duduk di sebelah Nazril dan dia mengusap bahu lelaki itu lembut. Walaupun pipinya sakit dek tamparan Nazril tadi tapi, disabarkan sahaja hatinya.

“Rissa, you yang paksa I kahwin dengan isteri I tu sebab you tak nak nama I digugurkan dari senarai pemegang saham di kompeni papa I kan? I tahu, you paksa I sebab you tak nak hidup susah. Betul tak? You tak pernah kisah pun dengan hubungan kita asalkan you…boleh hidup mewah!”

Ungkit Nazril sambil mencerlung ke arah Arissa. Mamanya menetapkan syarat yang namanya akan digugurkan sebagai pemegang saham ArRADZZAQ Holdings jika dia tidak mahu berkahwin dengan Khairunnisa’.

Dia tidak kisah tapi, Arissa yang beriya menyuruhnya akur dengan kehendak mama. Nazril ikut cakap Arissa kerana dia benar-benar cintakan Arissa. Nampak sangat yang Arissa ialah perempuan materalistik!

“Sayang..”

“Jangan panggil I sayang! Jangan sebut nama I lagi dan pastikan you jangan muncul depan I lepas ni. I dah tak nak tengok muka you lagi. You faham tak?”

Nazril terus berlalu keluar dari apartment itu bersama perasaan yang sukar untuk digambarkan. Sedih, kecewa dan rasa dikhianati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience