BAB 7

Romance Completed 16853

“Aku terima nikahnya Khairunnisa’ Binti Khaleed dengan mas kahwinnya lapan puluh empat ringgit tunai…”

“Sah?”

Tanya Imam Khaleed kepada dua orang saksinya. Saksi pertama mengangguk dan saksi kedua juga mengangguk. Terus Imam Khaleed membacakan doa. Khairunnisa’ sempat melirik ke arah Uwais yang sedang menadah tangan sambil mengaminkan doa yang dibaca oleh abinya. Wajah itu sentiasa tenang dan pastinya akan memikat hati sesiapa sahaja.

Syukurlah, ALLAH memberikan jawapan pada tahajjud yang dilakukan untuk memohon petunjuk dari-NYA. ALLAH telah memberikan petunjuk kepadanya untuk memilih Nazril atau… Uwais!

”Selamat pengantin baru, Nisa!”

Ucap Uwais membuatkan Khairunnisa’ cepat-cepat membetulkan duduknya. Ketika itu, tetamu-tetamu lain sibuk menjamu selera.

“Terima kasih, Uwais!”

Balas Khairunnisa’ perlahan. Dia tunduk sambil menggetel hujung tudung yang dipakai.

“Awak dah makan ke?”

“Dah. Saya cuma nak beritahu awak yang saya akan bertolak ke Cairo hujung minggu ni. Saya harap kali ni, Nazril akan bahagiakan awak. Saya akan sentiasa doakan kebahagiaan awak. Jadilah isteri yang solehah untuk Nazril..”

Kata Uwais tenang. Langsung tidak menggambarkan perasaan kecewa yang sedang dia rasakan saat itu.

“Inshaallah, Uwais! Terima kasih sebab faham dan terima keputusan saya ni.”

“Tak apa. Nisa! Ini semua takdir. Lagipun, saya yakin yang Nazril betul-betul cintakan awak. Seperti saya… Dia juga perlukan seorang Khairunnisa’ dalam hidupnya. Tapi, dia lebih perlukan awak dari saya. Saya tak dapat cinta awak tapi, saya masih ada cinta ALLAH! Bahagiakan Nazril dan tentunya ALLAH akan bahagiakan awak juga…”

Khairunnisa’ terkedu. Tutur bicara Uwais sangat indah dan bermakna. Serentak itu, Khairunnisa’ memfokuskan pandangannya pada Nazril. Suaminya sedang rancak berbual dengan beberapa orang tetamu yang hadir meraikan majlis pernikahan mereka lewat petang itu. Nazril berpaling ke arahnya dan pandangan mereka bertemu. Hatinya bergetar apabila Nazril melemparkan secangkir senyuman untuknya. Pertama kali Nazril merenungya dengan renungan yang sarat dengan cinta! Semoga pernikahan kali keduanya dengan Nazril bakal memberikan kebahagiaan yang diidamkannya dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience