BAB 8

Romance Completed 16857

“Sayang buat apa ni? Kan abang dah cakap jangan buat kerja berat-berat. Sayang tunggu aje depan tv tu. Abang tak suka sayang susah-susah berjalan macam ni, tahu tak?”

Nazril mengambil senduk di tangan isterinya. Khairunnisa’ mencebik. Tidak suka bila Nazril melayannya lebih dari permaisuri pula. Lebih-lebih lagi sejak dia mengandungkan anak sulung mereka. Nazril langsung tidak benarkan dia buat apa-apa. Itu tak boleh, ini tak boleh! Semua tak boleh! Yang boleh… Tidur, makan, minum, tengok tv! Aduh, bosan betul!

“Biarlah Nisa buat sendiri. Kan abang baru balik ofis. Penat pun tak hilang lagi. Nisa nak buat cekodok pisang untuk abang. Abang kan suka cekodok pisang.”

Khairunnisa’ menjawab seakan berjauh hati. Nazril cuma menggeleng. Dia tidak akan terima walau apa pun alasan isterinya. Yang dia tahu, dia tidak mahu Khairunnisa’ bersusah payah kerananya.

“Okey, terima kasih sayang sebab sudi buatkan cekodok ni untuk abang. Tapi, sayang kena duduk atas kerusi ni dulu. Sayang kan tengah sarat ni..”

Nazril memimpin tangan Khairunnisa’ menghampiri kerusi dan didudukkan isterinya di situ.

“Sarat aje kan? Bukan nak bersalin lagi. Abang dah makan ke?”

Khairunnisa’ mengusap pipi suaminya sambil menguak anak rambut yang berjuntaian di dahi Nazril. Nazril mengangguk perlahan. Dia dah makan tadi. Dia menggenggam tangan Khairunnisa’ dan matanya meliar memerhatikan wajah isterinya. Satu kucupan hinggap di pipi gebu Khairunnisa’. Semakin hari semakin bertambah perasaan cinta dan sayangnya pada Khairunnisa’. Benar kata pepatah. Tak kenal maka tak cinta! Semakin dia mengenali Khairunnisa’ semakin tebal rasa kasih yang berpadu dalam jiwanya untuk isterinya.

“Kenapa abang tengok Nisa macam tu? Ada yang tak kena ke kat muka Nisa ni?”

Seloroh Khairunnisa’ sambil jemari runcingnya bermain-main di wajah kacak Nazril. Nazril cuma menggeleng sambil tersenyum penuh makna.

“Sayang, terima kasih sebab sayang sudi terima abang untuk kali kedua. Thanks for giving me this happiness.”

Nazril mengucup perut isterinya yang sedang memboyot itu. Itu adalah kebahagiaan yang amat berharga. Dia bakal menjadi ayah kerana Khairunnisa’ sudi memberikan peluang itu untuknya.

“Thanks for always believe in me and I really want to let you know that I love you so much. You were giving me such a great moment in my life. I’ll love you for the rest of my life.”

Nazril mencium tangan Khairunnisa’ berkali-kali. Entah bagaimana dia mahu menyatakan perasaannya saat itu. Tapi, dia bersyukur kerana ALLAH masih memberikan yang terbaik untuknya.

“Nisa pun cintakan abang! I’ll love you till Jannah.”

Nazril terus mengucup ubun-ubun isterinya. Terasa damai hatinya mendengar ungkapan cinta dari Khairunnisa’. Lantas dia meraih tubuh Khairunnisa’ ke dalam dakapan. Dia tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah membuatkan Khairunnisa’ jauh darinya. Dia akan sentiasa membahagiakan isterinya kerana dia…Khairunnisa’!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience