BAB 4

Romance Completed 16857

Khairunnisa’ duduk di atas pangkin buluh yang terletak di hujung halaman rumah. Pandangannya dihalakan teurs ke hadapan. Ke arah petak-petak sawah yang terbentang. Fikirannya bertebaran mengenangkan takdir yang telah ditetapkan untuknya. Dia menyulam cinta dengan lelaki lain. Uwais Al-Qarni. Pemuda sekampungnya tanpa pengetahuan umi dan abi.

Tapi, pinangan daripada Datin Hanani membuatkan dia terpaksa akur pada takdir. Abi dan umi bersetuju menerima pinangan itu dan dia langsung tidak berani membantah. Sangkanya, Nazril adalah lelaki yang telah dicipta untuk untuk menjadi suaminya.

Tapi, hari pertama dia berpindah masuk ke dalam kondominium milik Nazril. Detik itulah bermulanya episod duka dalam hidupnya. Nazril tidak pernah melayannya sebagai seorang isteri. Malah, setiap hari dia terpaksa mendengar caci maki Nazril. Nazril hanya akan melayannya dengan baik jika Datin Hanani ada bersama mereka. Pandangan Nazril selalu terisi dengan perasaan benci terhadapnya.

Nazril tidak pernah menyentuhnya. Mungkin dia terlalu jijik pada pandangan mata lelaki itu.

Khairunnisa’ tidak pernah menyesal. Jauh sekali menyalahkan takdir yang telah ditetapkan untuknya. Khilaf Nazril disembunyikan baik-baik dalam pekungnya. Tidak akan sesekali dia menceritakan perangai Nazril kepada orang tuanya. Hingga saat itu, dia cuma menggeleng bila umi dan abi bertanya tentang Nazril.

“Assalamualaikum… Nisa.”

Khairunnisa’ tersentak. Serentak itu dia berpaling mencari empunya suara. Serta merta wajahnya berubah melihat seorang lelaki berdiri di bela kangnya. Uwais? Sebaris nama itu terlintas di mindanya.

“Kenapa awak termenung kat sini?”

Tanya Uwais seraya mengukir senyum untuk Khairunnisa’. Sudah lama dia mendambakan cinta gadis itu.

“Saja. Bila awak balik? Mak Esah cakap awak nak balik hujung tahun ni.”

Jawab Khairunnisa’ dan dia cuba mengawal rasa gugup kerana sudah lama dia tidak bersua muka dengan Uwais. Sudah hampir tiga tahun Uwais melanjutkan pelajaran di Cairo, Mesir.

“Mulanya saya cadang macam itulah. Tapi, saya dah tak boleh tahan perasaan rindu saya pada keluarga saya di sini….”

Balas Uwais. Khairunnisa’ mengangguk perlahan.

“Dan pada awak juga…’

Tokok Uwais membuatkan Khairunnisa’ terkedu. Gadis itu menundukkan wajah bila matanya bertemu dengan mata Uwais. Khairunnisa’ tahu yang Uwais masih lagi menyimpan perasaan padanya. Menurut Mak Esah, keluarganya tidak memberitahu tentang perkahwinannya dengan Nazril pada Uwais. Bimbang pelajaran Uwais akan terganggu. Dan dia sendiri tidak ada kekuatan untuk berterus terang dengan Uwais tentang perkara itu.

“Umi dan abi tak ada di rumah. Ada kenduri kesyukuran di rumah Pak Long Jamal. Saya rasa tak elok kalau awak di sini lama-lama. Saya masuk dulu. Assalamualaikum.”

Khairunnisa’ bingkas bangun dan dia segera menapak menghala ke pintu rumah. Entah kenapa dadanya terasa ketat dan air matanya mula menghujani pipinya. Saat dia terpandang wajah jernih milik Uwais hatinya sudah tersentuh. Kasihan Uwais. Sehingga saat itu, dia masih belum tahu bahawa Khairunnisa’ yang dicintainya ini sudah pernah berkahwin dan sekarang sudah menjadi janda!

“Waalaikummussalam, Nisa.”

Jawab Uwais dan ketika itu Khairunnisa’ sudah pun menghampiri pintu rumah batu dua tingkat itu. Dia sudah berjanji akan meminang Khairunnisa’ sebaik tamat pengajiannya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience