BAB 1

Romance Completed 16857

“Khairunnisa’ Binti Mohd Khaleed. Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

Bammmm! Khairunnisa’ terpempan! Terasa bagai dihempap konkrit saat telinganya mendengar kata-kata itu. Lambat-lambat mata hitamnya melingas mancari wajah suami tercinta. Wajah itu kelihatan serius. Bermakna apa yang diucapkannya sebentar tadi juga bukan gurauan.

“Abang, apa salah Nisa?”

Dia cuba mengumpul seluruh kekuatan untuk terus berdiri sambil menyeka air mata yang menuruni pipi.

“Sebab aku tak cintakan kau dan kau kena ingat yang aku kahwin dengan kau sebab mama yang nak. Aku cintakan kekasih aku! Bukan kau, faham tak?”

Bentak Nazril tanpa belas kasihan. Dia sudah berfikir semasak-masaknya dan dia nekad! Malam itu adalah masa yang sesuai untuk dia menjatuhkan talak untuk wanita yang baru dua bulan dikahwininya tanpa rela.

“Nisa tak pernah halang kalau abang nak kahwin dengan kekasih abang tu tapi, tolonglah jangan buat Nisa macam ni! Macam mana Nisa nak hadapi semua ni? Nisa baru dua bulan jadi isteri abang! Apa orang akan kata nanti. Tolonglah, abang!”

Dia merayu sambil melutut di hadapan Nazril. Memohon secebis simpati dari lelaki itu.

“Kau patut sedar yang perempuan kampung macam kau tak layak untuk aku! Kerana kaulah aku tak boleh kahwin dengan Arissa! Sudah, aku tak nak dengar apa-apa lagi dan aku nak kau keluar dari rumah aku ni sekarang! Aku nak keluar. Dan aku tak nak tengok muka kau lepas aku balik nanti!”

Ujar Nazril seraya menapak keluar dari bilik mewah itu dengan wajah bengis. Khairunnisa’ tersedu-sedu menangis dan saat itu, dia sudah terbayangkan wajah umi dan abinya. Tentu umi dan abi akan dicemuh orang kampung kerana anak dara mereka diceraikan hanya selepas dua bulan berkahwin. Tentu banyak fitnah yang akan umi dan abinya hadapi kerana perkara itu.

Ya ALLAH, kuatkan hati hamba-MU ini! Jika ini dugaan-MU untukku maka, aku redha. Tapi, kau tabahkan hati umi dan abiku nanti…Khairunnisa’ berdoa dalam hati dalam esakan yang kian meninggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience