BAB 5

Romance Completed 6794

Kringg..kringg…

“Ishh! Pagi-pagi cuti macam ni lah ada call pulak.Jangan bos yang call sudah la.” Balqis mengomel sambil matanya tertancap pada sebaris nombor di skrin telefonnya.Tanpa nama.Balqis menjawab.

“Assalamualaikum.maaf siapa ni?” Balqis memulakan bicara.Kedengaran suara seorang wanita dihujung talian.

“Waalaikumsalam.Saya malas nak buang masa saya dan juga awak.Saya cuma nak bagitahu tolong tinggalkan Shahrol.Dia lebih layak dengan saya berbanding awak.Saya boleh jaga dia dengan baik.Setakat perempuan kampung macam awak ni,Shahrol sikit pun tak pandang.Dia kahwin dengan awak semata-mata nak lupakan saya.Tapi bila saya datang balik dalam hidup dia segalanya akan berubah.Awak ingat tu Cik Balqis…” Wanita dihujung talian tadi bersuara lantang sekali.Seakan memberi Balqis amaran keras.

“Aa..aa..wak..Awak Mellisa?” Balqis seakan hilang kata-kata.Hanya itu yang mampu dia ucapkan.

“Yup! I’m Mellisa Abdul Hakim.Kita ada jumpa tempoh hari.” Kata wanita itu.

Hampir terlepas telefon dari pegangan Balqis.Ya ALLAH perkara buruk apa yang bakal berlaku kepada aku Ya ALLAH.Balqis kau kena kuat! Demi Shahrol.Lidahku kelu saat mendengar segala kata-kata dari Mellisa.Lebih tepat ianya satu amaran.Benarkah Shahrol mengahwiniku supaya dia boleh lupakan Mellisa?

“Kenapa saya perlu lepaskan Shahrol untuk awak?Dia suami saya.Awak tak ada hak nak ambil dia dari saya.Shahrol milik saya!

“Sebab awak bukan pilihan dia.Tapi saya! Siapa kata saya tak ada hak?Saya memang dah hampir memiliki dia.So,Cik Balqis please ok siapkan diri untuk dilepaskan..”

Airmataku mula mengalir.Apa maksud Mellisa?Kenapa dia begitu yakin Shahrol akan tinggalkan aku?

“Saya rasa awak dah mengarut sangat ni.Jangan ganggu saya dan Shahrol lagi.Antara awak dan Shahrol dah lama berlalu.Tolong jangan ganggu kami.Awak cari la kebahagiaan awak sendiri.Please Mellisa.Saya merayu pada awak.”

“Jangan ingat saya boleh kesiankan awak.Awak akan tunggu pembalasan saya sebab awak dah rampas Shahrol dari saya.Saya akan rampas hak saya balik.Kalau dulu saya pernah silap sebab lepaskan dia tapi sekarang saya akan tebus segalanya.Saya yakin saya pasti menang!

“ Talian diputuskan tanpa sempat Balqis berkata apa-apa.

“Hello..hello..Mellisa tunggu…!” Tiada jawapan dihujung talian.Balqis manakup wajahnya berulang kali.Dia begitu takut jika sesuatu berlaku pada rumahtangganya.Fikirannya ligat memikirkan apa yang bakal Mellisa lakukan.Sungguh dia tidak dapat berfikir dengan tenang.Waktu semakin menginjak petang,Balqis menunggu kepulangan Shahrol.Dia harus memberitahu segalanya pada Shahrol.Hari ini egonya harus direndahkan.

Balqis berasa hampa kerana Shahrol langsung tidak pulang sepanjang hari itu.Telefon juga tidak dijawab.Apa betul yang dikatakan Mellisa?Shahrol hanya menjadikan aku sebagai tempat untuk melupakan Mellisa.Aku tidak mahu menelefon ibu dan ayah kerana tidak mahu mereka risau jika tahu keadaan kami.Begitu juga mak dan abah dikampung.Aku harus kuat untuk terus pertahankan perkahwinan kami.Semuanya kerana dia Ya ALLAH..Hanya Shahrol suamiku! Sungguh hatiku kini sudah dimiliki oleh Shahrol.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience