BAB 1

Romance Completed 6794

Hujan renyai-renyai diluar rumah menyebabkan aku malas ingin membuka mata meskipun jarum jam telah menunjukkan pukul 8.30 pagi.Usai solat subuh tadi aku merebahkan badanku diatas katil lalu terlena semula.

Hari ini mak dan abah tiada dirumah kerana menghadiri kenduri tetangga kami.Kalaulah mak dan abah ada dirumah sudah pasti aku tidak punya kesempatan untuk bangun lambat sebegini.

”Huh! Malasnya nak bangun.Tapi perut ni pagi-pagi lagi dah berkeroncong pulak. Kalau mak ada mesti dah tersedia sarapan diatas meja makan tu.Apakan daya,mak mesti balik lambat disebabkan kenduri tu.Terpaksalah aku turun padang untuk masak sendiri hari ini.” Nur Balqis mengomel sendiri.

Nur Balqis merupakan anak bongsu Pak Zainal dan Mak Nab.Balqis seorang gadis periang yang sangat sopan santun dalam bicara dan perilakunya.

Berumur 23 tahun dan mempunyai ijazah dalam bidang multimedia dan komunikasi di uitm Shah Alam.Namun masih belum mendapat pekerjaan.Balqis mempunyai dua orang abang diatasnya.

Muhammad Razif dan Muhammad Faris.Razif dan Faris masing-masing sudah bekerja selepas tamat saja pengajian di universiti tempatan.Razif bekerja sebagai guru disebuah sekolah di ibu kota.

Manakala Faris bekerja sebagai pembantu makmal perubatan disebuah hospital swasta di ibu kota.Masing-masing juga sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangan yang juga dari bidang yang sama dan dikurniakan seorang cahaya mata setiap pasangan.

Yang tinggal kini hanya Balqis saja yang belum berumah tangga.Soalan yang sering Balqis ngeri untuk menjawab persoalan itu.Hurm.Razif dan Faris melarang Balqis untuk bekerja kerana mereka boleh menangung Balqis dan kedua ibu bapanya.

Namun,Balqis tetap ingin bekerja kerana baginya sia-sialah mak dan abah hantar Balqis belajar tinggi-tinggi tapi tiada hasil.

“Haih! Nak masak apa ya?Kalau masak nasi pun aku seorang je yang makan.” Sementara itu Balqis membuka almari dapurnya mencari kalau-kalau ada mee segera yang boleh mengalas perutnya pagi ini.

”Hah! Jumpa.Makan mee segera jela aku pagi ni.Cukuplah kan.Lagipun dah nak tengahari ni,lepas makan ni baru aku siapkan makanan tengahari.”

Sedang Balqis sibuk memasak didapur kedengaran bunyi motorsikal yang amat dikenalinya bertapak dihalaman rumahnya.Dia pantas menutup api periuk mee segeranya dan terus meluru keluar rumah untuk bertemu gerangan si pemilik motorsikal tersebut.

”Eh,Shahrol ke?Qis dah agak dah.Qis kenal sangat bunyi motor Shahrol tu.”

Balqis cuba mengusik.Shahrol merupakan rakan sekampung Balqis.Mereka rapat sejak zaman kanak-kanak lagi.Shahrol tinggal bersama datuknya.Kedua ibu bapa Shahrol tinggal di Kuala Lumpur.Sekali sekala Shahrol akan kesana untuk melawat mereka.

Tapi sepanjang Balqis mengenali Shahrol tidak pernah sekali dia bertanya tentang perihal keluarganya.Bukanlah dia tidak peduli.

Tetapi dia ikhlas berkawan dengan Shahrol walau siapa pun Shahrol.Walaupun jarak umur mereka agak jauh Balqis lebih selesa memanggil Shahrol dengan panggilan nama sahaja.Iyalah Balqis baru berumur 23 tahun tetapi Shahrol sudah mencecah 30 tahun.

Kalau diikutkan macam abang dan adik lah kan.Tapi Balqis tetap tidak selesa memanggil Shahrol dengan panggilan ‘abang’.Geli katanya.Shahrol sendiri tidak pernah kesah dengan panggilan apapun yang Balqis berikan padanya.Baginya itu semua tidak menjadi masalah.

Shahrol akui Balqis memang lebih muda darinya tetapi Balqis merupakan gadis yang matang dalam berbicara juga sikapnya.Oleh sebab itu Shahrol sangat selesa berkawan dengannya.”Shahrol datang sini kenapa?Mak Abah takde la kat rumah.Dorang pergi kenduri.Tak balik-balik lagi.” Balqis memberi penjelasan tanpa dipinta.

“Eh,sejak bila pula Shahrol datang sini nak jumpa Pak Zainal dengan Mak Nab?Dah sah-sah nak cari Qis la sayang.” Shahrol cuba berseloroh melihat muka Balqis yang merah padam. ‘Sayang?dah kenapa mamat ni.Tersampuk hantu ke apa.’Balqis mengomel dalam hati.

“Eh siapa sayang?Lempang kang.Suka hati je panggil orang sayang.Mana boleh.Nanti future husband Qis marah macam mana.”

“Amboi! Marahnya dia.Shahrol gurau pun tak boleh.Ok fine.Shahrol baru siap keje kat kebun tadi.Bila lalu rumah Qis tadi tengok sunyi je.Sebab tu singgah nak tengok ada orang ke takde.Mana tau jadi apa-apa nanti Shahrol boleh tolong.”

“Yelah tu.Ke nak mengendap Qis ni ha?Hahaha.Shahrol ni kelakar la.Rumah Qis ni kiri kanan riuh ramai orang tau.Kalau jadi apa-apa mesti dorang yang datang dulu tolong Qis.”

“Eleh,orang ikhlas dia cakap macam tu pulak.Tau la Shahrol ni tak ada harta,rupa apa lagi.Harapkan lesung pipit ni jela yang ada.”

“Alaa! Sensetif sangat la pulak Shahrol ni.Qis gurau pun dah tak boleh dah ke?Siapa kata Shahrol tak hensem?Hensem apa! Ada lesung pipit lagi.Penuh satu muka.Tapi Shahrol ni je haa yang suka merendah diri sangat.Okey! Qis minta maaf tau.Qis janji tak gurau macam tu lagi.Qis ada masak mee segera tadi.Kita makan sama-sama nak?Shahrol tunggu kat kerusi batu tu ye.Nanti Qis hidangkan.”

Hati Shahrol mula berbunga-bunga.’Muka berlubang macam ni dia kata hensem.Sah! Sah la Qis tu gila.Hahaha.’ Shahrol berbisik sendiri.Lucu bila teringat kata-kata Balqis kepadanya tadi.

“Hensem ke?hahaa.Sudi jugak Qis puji Shahrol kan.Ok Qis! Macam tau je Shahrol tengah lapar.Shahrol tunggu kat sini ok.” Senyuman meleret diberikan pada Balqis.Balqis membalas senyuman itu dan terus naik ke atas rumah dan meluru ke dapur.Balqis mengambil dua mangkuk kecil untuk mengisi mee segera yang dimasaknya tadi.Dua gelas minuman dicapai dari rak dan diletakkan dalam dulang.Lalu Balqis membuka peti sejuk untuk mengambil sebotol air sejuk dan letakkan didalam dulang yang sama.Dua mangkuk mee segera tadi juga diletakkan diatas dulang dan terus dibawa keluar rumah.

“Sorry lama tunggu.Air kosong je sempat.”

“Eh takpe! Air kosong pun boleh.Nyum! Macam sedap je mee segera tu.Pandai Qis masak.”

“Eh tak payah nak perli sangat lah.Setakat mee segera ni budak kecik pun boleh masak.Qis malas nak masak nasi sebab mak dengan abah pun takde kat rumah.Dorang pun mesti dah kenyang makan kenduri agaknya.” Ulas Qis sambil menghulur mangkuk mee segera kepada Shahrol.

“Hahaha.Shahrol pun gurau jugak la.Oh ya jugak kan.Mesti Pak Zainal dengan Mak Nab dah kenyang.” Balas Shahrol sambil menyuap mee segera kedalam mulutnya.

Macam-macam hal yang mereka bualkan bersama pagi itu.Selesai makan Shahrol meminta diri untuk pulang dan menyambung pekerjaannya dikebun milik datuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience