BAB 7

Romance Completed 6794

“Hahahaa…Kau ingat senang-senang je aku nak lepaskan Shahrol untuk kali kedua?Tak mungkin! Aku akan hidup bahagia dengan dia.Dan kau perempuan tak guna kau boleh pergi mampus….! Selamat berbahagia bersama airmata Balqis! Hahahaa…” Mellisa berkata dan talian dimatikan.

“Mellisa….jangan letak telefon..saya belum habis bercakap dengan awak..” Hampa.Tiada jawapan.Aku terus menangis sambil diperhatikan oleh pakcik teksi dan pengawal keselamatan yang dari tadi berdiri disitu.

“Puan kenapa ni Puan?Apa yang terjadi?” Tanya Uncle Rajoo..

“Uncle…su..suami saya uncle.Dia dah diculik.Perempuan tu takkan kembalikan Shahrol pada saya uncle…” Aku terus menangis.Aku buntu..Fikiranku bercelaru..Aku tidak tahu dimana Mellisa sembunyikan Shahrol.

“Abangggg…Qis rindu abang.Qis mengaku Qis silap selama ni.Abang maafkan Qis abang..Abang baliklah abang.Jangan tinggalkan Qis..Qis tak boleh hidup tanpa abang disisi Qis…” Aku terus merayu seakan dia juga berada disitu.Aku ingin dia tahu segalanya.

“Puan,mari kita buat laporan polis..Kita mesti selamatkan Encik Shahrol.Puan jangan risau.Saya akan bantu Puan.” Kata Uncle Rajoo.Dia menawarkan diri untuk membantuku.Aku hanya mengangguk setuju.”Abang..tunggu Qis datang..” aku berbisik dalam hati.Aku dan Uncle Rajoo menaiki teksi tadi dan terus menuju ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan.

“Ya Puan boleh saya bantu?” Tanya seorang pegawai polis wanita dikaunter saat aku tiba disitu.Di uniformnya tertera namanya Nur Salwani.

“Ya cik harus bantu saya.Saya syak suami saya telah diculik.Dari petang tadi dia tidak pulang…” Aku menceritakan perihal sebenar.Dari Shahrol sehinggalah soal Mellisa.

“Maaf Puan..Mellisa yang Puan maksudkan tu wanita ini ke?” Tanya pegawai tersebut sambil menunjukkan aku sekeping gambar seorang wanita.Ya! Aku kenal pemilik wajah ini.Mellisa!

“Ya cik..Dia Mellisa…” Dengan riak tanya aku menjawab..

“Baik..tugas kami untuk mencari suami Puan semakin mudah.Kami memang sedang mencari Cik Mellisa Abdul Hakim.Dia seorang pesakit mental yang telah melarikan diri dari pusat penjagaan pesakit mental dua bulan lepas.Mellisa dihantar ke pusat penjagaan kerana dia disyaki mengalami gangguan mental apabila berpisah dengan suaminya dan keguguran akibat didera bekas suaminya.Dia dihantar kepusat jagaan dua tahun lepas.Tapi tak sangka pula dia boleh larikan diri.” Terang pegawai polis itu.Mellisa seorang pesakit mental?Dari perwatakannya langsung tidak kelihatan dia seorang pesakit mental.

Aku mula bersimpati dengan nasib yang menimpa Mellisa.Aku bandingkan dengan diriku.Aku punya suami yang baik.Kalau Shahrol bersikap seperti bekas suami Mellisa pasti aku juga menerima nasib seperti Mellisa..

“Saya langsung tak tahu Mellisa seorang pesakit mental.Sebab dia masih kenal suami saya masa kami pertama kali jumpa beberapa hari lalu.Semua ni sungguh mengejutkan.Saya takut dia apa-apakan suami saya cik.Cik tolong saya cik.Cari Mellisa..”

“Baik Puan Balqis jangan risau..Kami akan jalankan tugas kami dengan baik.Mellisa pasti ditangkap.Puan boleh balik dulu,kalau ada sebarang berita tentang Mellisa dan suami Puan saya akan telefon dengan segera.”

“Baiklah..terima kasih cik.”

“Sama-sama Puan..”

Aku pulang kerumah selepas membuat laporan.Ibu dan ayah serta orang tuaku dikampung masih belum dihubungi.Lantas telefon dicapai dan nombor telefon ibu didail…”Hello…”

“Qis..Qis okey?Macam mana semua ni boleh jadi Qis.Cakap kat mak Qis..” Mak terus menyoalku apabila tiba dirumahku pagi tadi.Semua ahli keluarga ada bersama.Ibu,ayah,mak,abah,abang Razif dan Faris.Mereka bergegas kesini sebaik sahaja mendapat panggilan dariku.Semuanya terkejut apabila aku memberitahu perkara sebenar.Juga siapa Mellisa.Ibu dan ayah masih ingat pada Mellisa saat aku bertanya mereka hanya mengangguk.Tapi siapa Mellisa dulu dan kini memang seorang yang berbeza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience