BAB 6

Romance Completed 6794

Balqis nekad untuk keluar pada malam itu untuk mencari Shahrol.Balqis menelefon teksi untuk menjemputnya.15 minit kemudian teksi sampai dihadapan rumah Balqis.Balqis lantas keluar dan terus menaiki teksi.

“Pakcik kita pergi tempat ni ya?” Aku menghulurkan secebis kertas tertulis alamat pejabat Shahrol kepada pemandu teksi tersebut.

“Baik cik.Kenapa cik nampak cemas sangat?” Pemandu teksi itu bertanya kepadaku saat melihat aku begitu tergopoh-gapah saat menaiki teksinya tadi.

“Maaf pakcik.Saya nak cari orang.Suami saya.Pakcik tolong cepat sikit ya.” Kata Balqis.

“Tak apa nak.Tapi kemana suami cik pergi malam-malam begini?”

“Dia tak balik-balik dari kerja sejak petang tadi pakcik.Sebab tu saya risau dan nak cari dia.”

“Oh baiklah nak.Pakcik bawak anak ketempat ni ya.Anak jangan risau.”

“Terima kasih pakcik.”

Sampai ditempat kerja Shahrol aku lihat suasana sunyi sahaja.Gelap gelita.Aku bertanya kepada seorang pengawal keselamatan yang berkawal disitu.

“Maaf tumpang tanya.Uncle ada nampak Encik Shahrol?” Tanyaku kepada pengawal keselamatan yang berbangsa india itu.Diuniformnya tertera nama Rajoo.

“Eh Puan Balqis.Encik Shahrol?Petang tadi lagi dia sudah balik.Dia balik lebih awal dari biasanya.Kenapa Puan?” Jelas pengawal keselamatan itu.

“Balik awal?Tapi uncle sampai sekarang dia tak balik rumah.Selalunya dia tak macam ni.Uncle tau tak dia pergi mana?Atau mungkin dia jumpa dengan seseorang?” Perasaan risau mula menyelubungi diriku.Aku tidak mahu sesuatu terjadi pada Shahrol.

“Entahlah Puan.Saya pun tak pasti.Hmm…Tapi Puan tadi sebelum dia balik saya ada nampak seorang wanita yang duduknya tidak jauh dari sini sedang melihat kearah Encik Shahrol.Disebabkan wanita itu bertudung dan susuk tubuhnya juga seperti Puan jadi saya fikir itu Puan Balqis.Jadi saya biarkan saja.Tapi bila Encik Shahrol menaiki kereta untuk pulang,wanita tadi hanya mengekori dari belakang dengan menaiki kereta produa Myvi rasanya.Mungkin itu kebetulan.

Tapi saya tak pasti Puan.” Uncle Rajoo menerangkan apa yang terjadi petang tadi.Seorang wanita yang perilakunya seperti aku?Mellisa?Ya itu pasti Mellisa! Mellisa memang mempunyai susuk tubuh sepertiku.Kurus dan sederhana tinggi.Aku yakin Mellisa punca kehilangan Shahrol.Ya ALLAH apa yang harus aku lakukan Ya ALLAH..Tiba-tiba telefon bimbitku berdering.Lantas aku menjawab panggilan tanpa nama itu.

“Assalamualaikum..Siapa ni?”

Aku bertanya.

“Eh tak payah nak naif sangat lah Balqis.Baru petang tadi aku telefon kau.Sekarang dah lupa?Hahahaa…Kau memang lembab.Perempuan tak guna!” Kedengaran suara wanita dihujung talian menyambut.

“Awak…Mellisa?Mana awak sorokkan Shahrol?Apa awak nak Mellisa?tolong jangan ganggu kami.Saya merayu pada awak Mel.Jangan apa-apakan Shahrol.” Aku terus merayu pada Mellisa.Aku yakin dia punca semua yang terjadi.

“Arghhh! Kau tak payah nak merayu kat aku.Kan aku dah cakap aku lebih sesuai untuk jaga Shahrol.Bukan kau perempuan! Dia lebih selamat bila dengan aku.Aku boleh bagi dia apa saja.Dia bahagia dengan aku! Hahahaaa…” Mellisa terus ketawa.Langsung dia tidak memperdulikan rayuan Balqis.

“Mellisa tolonglah saya betul-betul merayu pulangkan Shahrol pada saya.Dia suami saya.Saya cintakan dia Mellisa.Jangan ambil dia dari saya.Please Mellisa…Saya janji takkan dakwa awak kalau awak pulangkan Shahrol pada saya.Saya takkan laporkan awak pada polis.Saya janji Mel.Tapi kembalikan suami saya Mellisa.” Airmataku terus mengalir deras.Aku tidak dapat menahannya dari terus keluar.Sungguh aku hanya memikirkan suamiku saat ini.Betapa aku menyesal dengan sikap egoku sela

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience