BAB 4

Romance Completed 6794

‘Dari jauh kuberlari

Mengejar mimpi-mimpi

Berat rasanya kudapatkan semua

Dari situ ku sedari

Mungkinkah saat nanti

Cinta kita berdua

Bisa kumiliki’

Lagu dicorong radio yang didendangkan oleh Hafiz dan Dato Rossa ni memang kena sangat dengan apa yang aku alami sekarang.Huh! Cuti kahwinku sudah pun habis.Tiba masa untuk aku kembali bekerja.

Kerja pulak bertimbun bos tinggal untuk aku.Nasib lah aku ni pekerja yang berdedikasi.Tak pernah merungut.Biasalah kerja sebagai setiausaha di syarikat telekomunikasi ni memang banyak ragam.Macam-macam pelanggan kita akan jumpa.Hurm! Shahrol pula biasalah pagi-pagi lagi dah kena pergi kerja.Nak tengok ladang-ladang tu.

Aku masih lagi tidak bercakap dengan Shahrol walaupun kini kami sudah berpindah kerumah sendiri.Tapi Shahrol setiap hari akan cuba mengambil hatiku.Dengan kata-kata manis bak gula tu.

Haih! Cair aku dibuatnya.Tapi aku seperti biasa hanya menunjukkan sikap biasa saja.Ego kau tinggi Balqis! Jangan menyesal pulak nanti.Hurmm.Suami dah la handsome.Ya! Shahrol memang handsome.Tambah pulak ada lesung pipit bawah mata tu.

Ya Allah! Kadang-kadang gugur juga iman aku bila tengok dia ni.Nasib lah suami sendiri,dapat juga pahala.Dari dulu lagi aku akui dia memang punya aset yang bernilai bagi seorang lelaki.Dia ni pulak tak pandai mengorat perempuan.Haih! Padan lah umur 30 tahun baru nak kahwin.Aku pula yang dapat.Makan hati perempuan yang pernah minat kat dia.Hehehee.

“Balqis! Kau ni senyum sorang-sorang dah kenapa?” Intan rakan sepejabatku menegurku.

“Eh bila masa kau kat sini?Aku tak perasan pulak.Hehee.” Balqis tidak menyedari ada orang sedang memperhatikannya dari tadi.Malunya!

“Aku dari tadi tengok kau tau.Mentang-mentang dah kahwin bahagia je muka tu.Hahaha.Dah la aku nak sambung kerja.Kau jangan sambung berangan pulak.Ok?” Intan sempat mengusik.Bahagia sangat ya!

“Ish kau ni.Ada-ada je.Dah la pergi sambung kerja.” Tiba-tiba telefon bimbitku berdering minta segera diangkat.Tanpa melihat gerangan si pemanggil aku terus menekan punat hijau untuk menjawab.

“Assalamualaikum sayang abang.” Gulp! Shahrol rupanya.

“Aa..Waa…alaikumsalam.” Tergagap aku menjawab.

“Sayang sibuk ke?maaf abang ganggu.Nanti balik abang ambik sayang ok.” Shahrol menutur dengan lembut.

“Erm,taklah.Tak sibuk pun.Ok,Qis tunggu nanti.” Biasa aku menjawab.

“Ok sayang.I love you.Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Talian dimatikan.’I love you’?tak pernah-pernah Shahrol cakap macam tu.Aku tersenyum sendiri.Alangkah indah andai aku juga dapat berkongsi rasa ini bersamanya.Apakan daya,aku belum dapat menerimanya sepenuh hati.

Hari sudah menginjak petang,aku mengemas mejaku untuk segera pulang.Fail-fail diatas meja kususun rapi.Aku mengambil tas tanganku dan terus menuju ke pintu keluar.Aku menunggu Shahrol di sebuah perhentian bas dihadapan pejabatku.

Nasiblah bukan aku seorang disitu.Masih ada seorang gadis bersamaku.Mungkin menunggu seseorang agaknya.Dari jauh aku melihat kereta Honda Civic type R milik Shahrol berhenti dihadapan perhentian bas yang aku duduk.

Shahrol keluar dari kereta.Shahrol hanya memakai baju t-shirt berwarna hitam dan berseluar slack berwarna kelabu.Tetapi cukup manis dari pandanganku.Mungkin dia sudah pulang awal dariku kerana sempat menukar baju.

“Assalamualaikum sayang.Lama tunggu?Sorry abang ganti baju tadi.Baru ambil sayang.” Shahrol menyapaku sambil tersenyum manis.

“Taklah.Qis pun baru turun je ni.Jomlah balik.” Aku membalas selamba.Dari tadi aku perasan wanita disebelahku khusyuk memandang aku dan Shahrol.Lebih tepat dia khusyuk memandang Shahrol.Hatiku semakin tidak keruan saat dia cuba menghampiri kami dan menegur Shahrol.

“Excuse me! Awak ni Shahrol kan?Shahrol Hakimi bin Razak?” Wanita itu memulakan bicara.

“Ya saya.Awak siapa?Macam mana awak tahu nama saya?” Shahrol mula kehairanan kerana kurang pasti siapa wanita itu.Aku disebelah hanya menjadi pemerhati.

“Saya Mellisa.Saya tahu awak mesti tak kenal saya sebab saya dah bertudung sekarang.Saya Mellisa binti Abdul Hakim.” Wanita itu memperkenalkan dirinya.

“Mellisa?oh ya! Mellisa.Baru saya ingat.Tak sangka awak dah banyak berubah sekarang.Sampai saya pun tak perasan tadi.Ni saya kenalkan my lovely wife Nur Balqis binti Zainal.” Shahrol memperkenalkan aku dengan wanita bernama Mellisa itu.

Riak wajah Mellisa berubah saat Shahrol memberitahu aku ini isterinya.Biasalah! Orang dah kahwin.Apa yang dia ni macam terkejut beruk sangat.

“Ya ingat pun awak kat saya.By the way,cantik wife awak.Kalau saya sempat berubah lebih awal dulu mesti saya ditempat dia sekarang kan.But its ok! Jodoh tu kuasa Tuhan.Mungkin dia memang ditakdirkan untuk awak Shah.Saya doakan awak berdua happy forever ok.” Mellisa kelihatan tidak senang dengan kehadiran Balqis.

Dia hanya melemparkan senyum sinis kepada Balqis.Balqis membalas lambat-lambat.

“Hurm! Thanks Mel.Dia memang seorang yang Allah dah ciptakan untuk saya.Alhamdulillah saya bahagia dengan Balqis.Benda yang lepas tu biarkanlah.Saya dah lupakan pun.Saya yakin dengan keadaan awak sekarang awak akan lebih pandai menilai.”

“Em,thank you Shah.Mel doakan yang sama untuk Shah.Boleh tak Mel minta no phone Shah?Bukan apa mana tau Mel ada buat event apa-apa nanti boleh contact Shah.Lagipun kita masih kawan kan?”

“Hurm ok! Saya tak kisah.Ni kad saya.Nanti apa-apa boleh contact saya.Saya minta diri dulu ya.In Syaa Allah ada rezeki kita jumpa lagi.” Shahrol menghulurkan sekeping kad kepada Mellisa.Lantas tanganku dicapai dan terus membuka pintu kereta untukku.

“Ok Shah.Terima kasih.Hati-hati Shah.Balqis pun ok.” Mellisa menguntum senyuman untuk Shahrol.Yang pasti bukan untuk diriku.Siapa Mellisa tu?Aku kenal Shahrol dulu dia tak pernah ada kawan perempuan selain aku.Mellisa tu pulak,apa maksud dia cakap macam tu tadi? ‘Kalau saya sempat berubah lebih awal dulu mungkin saya ditempat dia sekarang kan?’.Apa hubungan dia dengan Shahrol? Ya Allah cemburukah aku Ya Allah.Ya aku cemburu! Kerna dia suamiku.

Didalam kereta masing-masing mendiamkan diri.Tidak seorang pun membahas soal tadi.Sehinggalah Balqis akhirnya bersuara.

“Siapa Mellisa Abdul Hakim?” Balqis bertanya penuh minat.

“Kawan lama.” Shahrol menjawab ringkas.

“Macam someone special je.Dari apa yang dia cakap tadi dia tu macam kenal Shahrol lebih dari kawan.Qis bukan nak busy body tp Qis rasa Qis perlu tahu.” Balqis mula ragu-ragu.Siapa Mellisa?

“Perlu ke abang cerita pada Qis tentang sesuatu yang hampir meragut kehidupan abang?Abang rasa tak perlu.Secara ringkas abang boleh bagitahu Mellisa ialah bekas tunang abang 7 tahun dulu.”

‘Tunang’? Kenapa aku tak tahu?Apa sebenarnya terjadi antara Shahrol dan Mellisa?

“Maaf Qis tak bermaksud nak buat Shahrol marah.Tapi tolong jujur pada Qis.Mellisa tu macam orang penting je pada Shahrol dulu.Qis nak tahu.”

“Abang dah taknak ungkit benda ni semua.Tapi sebab Qis isteri abang,abang akan bagitahu.Tapi tolong jangan ungkit lagi pasal ni lepas ni boleh?Janji?”

“Ok Qis janji.”

“Hurm! Abang kenal Mellisa 7 tahun dulu masa kami sama-sama belajar satu kolej.Dia dari keluarga yang serba sederhana.Tiada ibubapa.Tiada adik beradik.Sebatang kara.Mellisa bukan gadis bertudung yang macam Qis tengok tadi.Dia tak berhijab pun dulu.Abang yang paling rapat dengan dia.Sampai satu saat abang melamar dia dan abang suruh ibu dan ayah meminang dia untuk abang.Masa tu kami masih lagi belajar.

Abang pernah minta Mel untuk berhijab tapi dia belum bersedia katanya.Dia gadis yang baik cuma satu je tidak berhijab.Lepas bertunang baru dia akan berhijab.Ibu dan ayah memang nakkan menantu yang pandai menjaga tata tertib gadis melayu.Bertudung salah satunya.Macam-macam abang korbankan untuk Mel.Sampai satu hari tu abang tengok dia keluar dengan lelaki lain.Bila abang tanya dia cakap cuma kawan biasa.

Tapi sebenarnya dia curang dengan abang.Dia sendiri yang putuskan pertunangan sedangkan abang langsung tak kata apa-apa.Sedikitpun abang tak marah pada Mellisa.Abang ambil keputusan untuk tinggal dikampung selepas tamat belajar.Untuk bantu atuk dikebun.Ibu dan ayah menerima keputusan abang dengan baik.Sampai lah abang jumpa Balqis.Kawan sepermainan abang waktu kecil.Qis mesti ingat kan yang kita pernah berkawan baik masa kecil dulu.”

“Hurm..Tapi Qis tengok Mellisa tu macam sayangkan Shahrol lagi je.Siap minta no phone bagai.Mesti Shahrol happy bekas tunang dah muncul balik.”

“Apa Qis mengarut ni?Semua tu cerita lama.Abang sayangkan Qis sorang je tau.In Syaa Allah sampai syurga.Qis jangan ungkit lagi pasal ni ok! Abang taknak dengar.”

“Hmm.Okey!” Aku mengangguk.Dalam hati Tuhan sajalah yang tahu.Semoga tiada yang buruk bakal berlaku saat aku sudah mula menyayangi Shahrol.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience