BAB 3

Romance Completed 6794

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba dimana hari pernikahan aku bakal berlangsung dengan jejaka pilihan mak dan abah.Shahrol?Shahrol langsung tidak dapat kuhubungi sepanjang tempoh persediaan perkahwinanku.Entah-entah dia memang taknak tengok aku kahwin.

Aku cuba pergi kerumah datuknya namun hampa.Rumah terkunci rapat tanda tiada orang dirumah.Sebelum ni Shahrol tak pernah buat macam ni.Saat aku perlukan dia untuk memberi semangat pada aku,saat itu juga dia menghilang.Apa mungkin dia tahu bahawa aku bakal berkahwin?Sebab itu dia menghilangkan diri.Aku tiada daya untuk menjawab persoalan itu.

Fikiranku terlalu buntu saat ini.Aku harus menerima kenyataan yang aku bakal bernikah dengan jejaka pilihan mak dan abah.Dalam masa yang sama sahabat juga menghilang.Lambat laun aku terpaksa akur dengan pilihan mak dan abah.Akhirnya keputusan dibuat setelah aku memikirkan buruk baik segala yang bakal berlaku.

Aku nekad memberitahu mak dan abah tentang keputusanku ini dua bulan lepas.Aku berharap keputusan ini adalah yang terbaik untukku.Tapi ada syarat yang aku utarakan pada mak dan abah sebelum aku diijab kabulkan. ‘Mak,Qis nak cakap sikit boleh?’

‘Apa Qis? Cakap lah.’ ‘Qis terima pilihan mak tempoh hari tapi ada syarat.Qis taknak kenal langsung siapa bakal suami Qis sebelum kami diijab kabul nanti.Bukan Qis tak suka dengan pilihan mak tapi bagi Qis biarlah Qis kenal dia setelah kami sah menjadi suami isteri nanti.Qis yakin pilihan mak dan abah tak mungkin salah.Segala persiapan Qis serahkan sepenuhnya pada mak dan abah.Qis akan bantu sedikit sebanyak.Qis harap mak setuju.’

Mak cuma senyum tanda setuju dan berpuas hati dengan jawapanku.Lamunan aku seketika tadi terhenti dek kerana kedengaran suara riuh rendah dari ruang tamu.Aku yakin sekarang aku sudah bergelar isteri orang.

“Eh tepi sikit pengantin lelaki nak masuk ni.” Riuh suara seorang makcik yang menyuruh orang ramai dalam bilikku itu untuk beredar.Aku berasa cemas kerana tidak pernah mengalami suasana sebegini.Terasa peluh didahiku semakin mencurah-curah.Bukan kerana cuaca yang panas tapi kerana gementar yang tidak dapat diselindungi.

“Balqis,hulur la tangan tu.Suami Qis nak sarung cincin macam mana?” Mak mengarahku.Wajah mak juga tidak kupandang kerana takut akan gugur airmata yang sedari tadi aku tahan.Aku menghulurkan tanganku dan jejaka itu menyambutnya penuh sopan.Dengan perlahan cincin emas bertatahkan berlian itu disorong dijari manisku.Cantik! Desis hatiku.

Mesti mahal ni.Tapi orang kaya je dapat beli cincin ni.Arghh! Biarlah.Aku sendiri yang taknak ambil tahu tentang bakal suamiku.Tapi siapa gerangan jejaka dihadapanku ini.Sedikitpun tidak aku mendongak untuk melihat wajahnya.Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dan aku menyambutnya.Dia mengucup dahiku dan beralih ke telingaku dan berkata

“Terima kasih Qis sebab sudi terima saya dalam hidup Qis.”

Aku kenal pemilik suara ini.Takkan dia.Aku lantas mendongak dan melihat siapakah dia sebenarnya.Lesung pipit yang selama ini sering mencairkan hatiku.Hampir pengsan aku saat melihat wajahnya.Shahrol! Sahabat yang sudah kuanggap seperti abang sendiri.Kenapa dia?Kenapa dia yang mak dan abah pilih?Aku terdiam dan tidak berkata apa-apa sehingga majlis itu selesai.Hatiku masih bertanya pelbagai soalan.Kemana dia menghilang selama ni dan tiba-tiba muncul dihari pernikahanku?Yang pasti bukan sebagai tetamu tetapi pengantin lelaki.

Ya Allah aku terima sesungguhnya segala takdir yang ditetapkan untukku.Namun kuatkah aku untuk menjaga hubungan ini? Setelah selesai majlis,aku dan Shahrol turun kehalaman rumah untuk bertemu dan bersalam dengan semua sanak saudara yang ingin pulang.Aku bersalam dengan ibu dan ayah Shahrol.Baru kali ini aku mengenali mereka.Tak sangka Shahrol ni anak orang berada juga rupanya.Tengok dari segi hantaran yang dikirim saja sudah dapat dibaca mereka ini datang dari golongan yang berada.Semuanya barangan berjenama.

Pakaian juga tak kalah macam Datuk Datin punya style.Tapi satu bonus untuk golongan berada macam ni mereka tak sombong.Mereka kelihatan gembira dengan kehadiran aku.Tapi aku?Tiada daya untuk mengucapkan bahawa aku bahagia atau tidak.

“Terima kasih Balqis sebab sudi terima anak ibu sebagai suami Balqis.Ibu yakin Balqis adalah wanita yang tepat untuk menjadi isteri Shahrol.Shahrol ni selalu sangat cerita pasal Balqis pada ibu.” Puan Haliza menzahirkan rasa terima kasihnya diatas kesudian aku menjadi menantunya.

“Sama-sama ibu.Qis ni biasa je bu.Takde apa yang istimewa pun.Sepatutnya Balqis yang kena ucapkan terima kasih pada ibu dan ayah sekeluarga sebab sudi terima Balqis yang serba kekurangan ni.” Balqis meluahkan rasa hatinya.Selama ini langsung dia tidak merasa segan bila bergaul dengan Shahrol tapi sekarang dia merasakan terlalu jauh darjatnya dengan Shahrol.Mataku sempat menoleh wajah Shahrol.Terserlah lesung pipitnya yang dibawah mata itu.Comelnya! Bisik hati kecil Balqis.Dia akui aset Shahrol memang disitu.

“Terima kasih Balqis.Ibu dan ayah balik dulu ye.Jaga diri baik-baik ya.Tolong jagakan Shahrol untuk ibu dan ayah.Kamu pun Shahrol tolong jaga menantu ibu baik-baik” Puan Haliza memberi pesanan kepada Shahrol dan Balqis.

“Baik ibu.In Syaa Allah.Hati-hati ibu.” Shahrol menjawab selamba.Aku hanya mengangguk tanda mengiakan ucapan Shahrol tadi.Aku melemparkan senyum manis dan sempat melambai kepada kedua ibu dan bapa mertuaku saat kereta toyota vios putih milik mereka memacu keluar dari perkarangan rumahku.Lantas aku terus naik kerumah tanpa memperdulikan Shahrol disisiku.Tiba-tiba tanganku ditarik dari belakang menyebabkan aku hampir terjatuh.Ini semua sebab dia.Shahrol suamiku.Ya suamiku!

“Shahrol ni kenapa?Qis jatuh tadi macam mana?”

“Qis jatuh abang sambut lah.”

“Ish jangan main-main lah.Tak puas lagi ke Shahrol mainkan Qis.Tiba-tiba Qis dah jadi isteri Shahrol pulak sekarang.Apa yang Shahrol nak sebenarnya?”

“Qis,Shahrol tau selama ni kita berkawan dari kecil.Semua kita lalui sama-sama.Shahrol tau Qis mungkin anggap ini main-main.Tapi percayalah,Shahrol tak pernah seyakin ini dalam buat keputusan.Shahrol ikhlas mengahwini Qis atas dasar cinta yang selama ni Shahrol pendam.Mungkin Qis tak tahu dan tak pernah tahu pun.Shahrol tahu Qis cuma anggap Shahrol kawan dan sebagai abang saja.Tapi Shahrol lebih dari tu semua.Shahrol ikhlas.Shahrol harap Qis boleh terima Shahrol suatu hari nanti.” Tutur Shahrol penuh yakin.Balqis dapat merasakan keikhlasan yang Shahrol cuba tunjukkan.Namun hatinya masih ragu-ragu.Terkejut dan tidak percaya segalanya berlaku secepat ini.

“Qis perlu masa untuk semua ni.” Aku menarik tanganku dari pegangan Shahrol dan terus naik keatas rumah.Shahrol hanya mengekoriku dari belakang.Sungguh saat ini hatiku bagai dirobek-robek.Aku bagai dipermainkan.Aku berharap ini semua adalah mimpi buruk semata-mata.Saat aku terjaga ianya akan menjadi sediakala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience