BAB 8

Romance Completed 6794

“Maafkan Qis semua.Memang silap Qis..Qis tak jaga abang Shahrol baik-baik.Qis isteri tak guna kan mak?Kan ibu?Qis tak layak jadi menantu ibu.Qis tak boleh jaga anak ibu..” Airmataku tumpah juga.Aku tidak dapat menerima apa yang baru saja berlaku.Aku berasa bersalah pada semua orang.Pada abang Shahrol.Sungguh aku rindukan dia dan ingin menatap wajahnya saat ini.

“Qis..jangan cakap macam tu nak.Ibu tak pernah salahkan Qis.Semua yang terjadi ada hikmah Qis.Ibu yakin Shahrol akan selamat..Qis isteri terbaik untuk Shahrol.Percayalah pada ibu.Jangan menangis Qis.Mata Qis dah bengkak tu.” Ibu cuba menenangkan perasaanku yang gundah saat ini.Abah dan ayah juga mengangguk seakan mengiakan ucapan ibu.

Telefon bimbitku berdering seketika.Hatiku sedikit cemas saat menjawab panggilan itu.Ianya dari pegawai polis.

“Assalamualaikum Puan Balqis.Maaf tapi saya harus bagitahu perkara ini pada Puan.Puan harus datang segera ke hospital Kuala Lumpur.Encik Shahrol ada disana.Beliau cedera parah akibat terkena tikaman di perut.Mellisa sudah kami tangkap bersama seorang lelaki warga tempatan dipercayai yang membantu Mellisa melaksanakan penculikan keatas suami Puan..”

“Apa?Suami saya cedera parah?Baik cik.Terima kasih atas maklumat yang diberi.Saya akan segera kesana.” Jantungku seakan mahu gugur saat mendengar apa yang dikatakan pegawai polis itu sebentar tadi..Abanggg…..

“Sama-sama Puan.Tabahkan hati Puan..” Talian dimatikan.

“Kenapa Qis” tanya ayah dan abah serentak.

“Kita kena pergi hospital sekarang.Abang Shahrol parah kena tikaman.Kita pergi sekarang! Qis taknak terjadi apa-apa pada abang Shahrol.Qis taknak kehilangan abang Shahrol.” Aku terus bergegas menaiki kereta abah.Yang lain terus mengekori aku dari belakang.Kereta terus dipecut menuju ke hospital. Sampai dihospital aku terus bergegas ke kaunter untuk bertanya kepada jururawat yang bertugas tentang nombor wad Shahrol.Jururawat itu lantas menyemak nama Shahrol diskrin komputer dihadapannya.

“Mari Puan saya bawakan Puan ke bilik Encik Shahrol dirawat.” Jururawat itu berkata lalu menyuruh aku mengekorinya.Mak abah,dan yang lain juga mengikuti langkahku mengiringi jururawat itu.Sampai dihadapan sebuah bilik bernombor 16.Pintu dikuak perlahan-lahan dan aku melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring lemah diatas katil

.Dia suamiku! Aku berlari dan terus memeluk tubuh Shahrol.Yang lain hanya memerhatikan aku dan shahrol.Airmataku tidak henti mengalir.Aku sangat merindui insan dihadapanku ini.Insan yang sering membuat hatiku bergetar saat dia tersenyum.Insan yang melengkapi setiap hari-hariku.Insan yang sudah berjaya mencuri sepenuh hatiku.Ya! Aku mencintainya.Sungguh.

“Abanggg..Ampunkan Qis abang..Qis banyak salah pada abang.Qis taknak kehilangan abang.Abang segala-galanya bagi Qis.Abang…bangun abang..cakap dengan Qis abang..Mana senyuman abang yang abang selalu hadiahkan pada Qis dulu?

Abanggg…Qis takkan maafkan diri Qis kalau sesuatu terjadi pada abang.Qis cintakan abang sepenuh hati Qis..” Aku terus menangis teresak-esak.Aku tidak boleh menahan perasaanku lagi.Shahrol jadi begini kerana aku.Shahrol harus selamat.Sedang aku menangis dipelukan Shahrol,aku merasakan jari jemariku disentuh.Aku lantas memandang Shahrol.Shahrol membuka matanya perlahan-lahan sambil tersenyum kepadaku.Itu yang aku harapkan.Suamiku kini sedar Ya ALLAH..Shahrol menyeka airmataku perlahan.

“Ja..ja…ngan menangis sayang..Abang masih hidup.Abang tak mungkin tinggalkan isteri abang yang paling cantik ni.Tak mungkin!” Shahrol berkata lemah.Dia turut mengalirkan airmata.Hatinya cukup tersentuh dengan kata-kata Balqis.Sudah lama dia mengharapkan suasana sebegini.

“Abang ampunkan Qis ya abang.Qis sayangkan abang sangat-sangat.Abang cinta pertama dan terakhir Qis.Sampai akhirat abang…Abang please jangan menangis…Qis taknak tengok abang menangis..Nanti tak comel tau suami Qis nangis.” Balqis turut menyeka airmata yang gugur dipipi Shahrol.Sempat juga dia bergurau.Hatinya lega melihat Shahrol sudah sedar dan mampu tersenyum lagi.

“Qis tak perlu minta maaf..Qis tak pernah buat salah pada abang..Abang dah ampunkan segalanya dunia akhirat Qis.Abang pun sayangkan Qis dari dulu,kini dan In Syaa ALLAH ianya juga sampai Syurga.Abang cintakan Qis..Abang menangis sebab terharu dengan apa yang Qis cakap tadi.Tak sangka abang ni comel juga ye?ehee..”

“Terima kasih abang..Qis janji akan jaga abang baik-baik..Qis taknak orang lain rampas abang dari Qis..Abang memang comel sangatttt…sebab tu sayang takut…orang gila pun minat abang…” Aku tersenyum nakal dan kedua pipi Shahrol aku cubit lembut.Teringat aku pada Mellisa.Pasti dia sudah dihantar kembali ke pusat penjagaan.Hmm..

“Aduhh! Sakit pipi abang sayang…nanti kalau tercabut lesung pipit abang macam mana?Sayang juga yang rugi..hehee..” Shahrol mengaduh.Sempat lagi dia ketawa kecil.Semua yang berada disitu cukup bahagia melihat kemesraan yang baru terjalin antara aku dan Shahrol.Inilah kebahagiaan yang semua harapkan selama ini.Sungguh ia juga harapan aku sendiri.Untuk bahagia disamping suami tersayang…

“Hee..Okey-okey! Qis tak cubit lagi..Nanti hilang lah aset bernilai abang kan.Nanti Qis yang rugi tak dapat tengok lesung pipit abang dah.Hehee..”

“Tahu pun sayanggg…”

“Abanggg…Qis cintakan abang..”

“Abang pun cintakan Qis…” Shahrol mengucup dahiku..Lama..Terima kasih Ya ALLAH diatas segalanya.Kau turunkan hujan disaat aku perlukan matahari,diakhirnya Kau hadirkan pelangi indah untuk menggantikan segala kekecewaanku.

Biarlah bahagia ini terus datang disetiap hari-hariku.Dan biarlah maut sahaja yang akan memisahkan cinta kami.Aku terima andai itu takdirnya..Dia jodohku…..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience