BAB 2

Romance Completed 6794

“Makkk! Qis taknak la.Qis baru je mula kerja dah mak nak suruh Qis kahwin.Ekonomi Qis pun belum stabil lagi tau.Banyak lagi Qis kene belajar.Qis nak bantu mak dengan abah dulu.Lagipun Qis takde calon pun nak kahwin.Qis tak setuju!” Balqis menentang keputusan orang tuanya untuk menjodohkan dia dengan jejaka pilihan mereka.Bukan kerana dia sudah ada calon sendiri tapi kerana dia baru saja memasuki alam pekerjaan dua bulan lepas.Segala persiapan langsung tidak dibincang dari awal.

“Balqis,mak dengan abah ni dah tua Qis.Qis satu-satunya anak perempuan mak dan abah.Abang-abang Qis semua dah kahwin.Dah beranak pinak pun.Kalau boleh sebelum kami tutup mata kami nak tengok Qis bahagia.Kami nak tengok Qis berumah tangga.” Mak Nab cuba menerangkan pada Balqis perihal sebenar.Ibu mana yang tidak mahu melihat kebahagiaan anaknya saat melangsungkan perkahwinan.Tapi Mak Nab amat berharap Balqis menerima calon pilihannya.

“Mak,Qis minta maaf mak.Qis takde niat langsung nak tinggikan suara ataupun nak melawan cakap mak dan abah.Qis cuma perlukan masa untuk fikirkan semua ni.Semua ni terlalu cepat pada Qis.Qis tak tau nak buat apa.” Balqis cuba memujuk ibunya.Balqis bukanlah seorang yang cepat melenting namun apabila perkara itu cukup menyentuh sanubarinya dia pasti akan bersuara.

“Qis,mak tak kesah kalau Qis dah ada calon sendiri.Tapi kalau boleh mak nak Qis kahwin dengan pilihan mak dan abah.Abang-abang Qis semuanya kahwin dengan pilihan mereka sendiri.Mak tak kata pilihan sendiri tu salah.Semua menantu mak baik-baik belaka.Pandai abang-abang Qis cari isteri.Tapi mak tak maksudkan yang mak tak percaya pada Qis untuk cari jodoh sendiri.Tapi kalau boleh anak bongsu mak dan abah ni biarlah berjodoh dengan pilihan kami pula.Tapi mak tak paksa Qis.Qis fikirlah masak-masak.” Mak Nab cuba menenangkan Balqis.Sungguh dia mengharap Balqis menerima pilihannya.

‘Terasa sayu pula melihat wajah mak yang seakan merayu itu.Aku mengaku memang aku tak pernah punya kekasih.Calon suami apa lagi.Kawan lelaki yang rapat pun cuma Shahrol.Ya! Cuma Shahrol.Takkanlah aku nak kahwin dgn dia.Tak mungkin sama sekali.Seorang yang aku dah anggap macam saudara sendiri.Arghhh! Susah betul nak fikir pasal jodoh ny.’ Balqis bermonolog sendiri memikirkan perkara yang baru sahaja hampir menjerat dirinya.

“Qis tak janji ya mak.Tapi Qis akan fikir-fikirkan pasal ni.Qis sayang mak dan abah sangat-sangat.Qis taknak mak dan abah sedih.Qis tau mak dan abah mahukan yang terbaik untuk Qis.Tapi Qis tetap harus berfikir sebab ianya tentang masa depan Qis nanti.Qis harap mak dan abah faham.” Tenang Balqis memberi kenyataan.

“Baiklah Qis.Mak dan abah tunggu keputusan Qis.Mak harap Qis dapat bagi keputusan yang betul.Mak sentiasa doakan Qis walau siapa pun pilihan Qis.”

“Terima kasih mak.Terima kasih abah.Qis akan bagi keputusan secepat mungkin.In Syaa Allah kalau pilihan mak dan abah itu adalah jodoh terbaik untuk Qis,Qis akan terima dengan rela hati.”

Mak dan abah melangkah keluar dari ruangan bilikku setelah menghadiahkan sebaris senyuman kepadaku.Aku membalas juga dengan senyum hambar.Sungguh diriku dalam dilema saat ini.Yang mana harus kupilih.

Terima cadangan mak dan abah ataupun menolak.Semoga aku diberi jalan keluar bagi segala kekusutan ini.Saat ini aku ingin sekali berkongsi cerita sedihku.Tapi bukan dengan mak dan abah.Bukan juga abang Razif dan Abang Faris.Tapi Shahrol! Ya Shahrol.Orang yang sangat memahami aku selain keluargaku.Aku harus bertemu dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience