Sudah 3 hari sejak kejadian kecurangan Zack, Adinda cuba untuk melupakan setiap kenangan yang ada bersama Zack atau nama betulnya Adam Zaki.
Dia menarik nafas dengan dalam dan dia cuba untuk berfikir dengan waras. Dia nekad, dia tidak mahu lagi memikirkan tentang jantan keparat itu.
Hey ini Adinda Ausya la, sekali kau buat taik dengan aku , sampai kau mampus aku benci. Itulah prinsip hidup Adinda Ausya.
Adinda berfikir untuk masuk bekerja semula setelah dia meminta Emergency Leave di tempat kerjanya.
Adinda, putus cinta putus juga, tapi hidup perlu diteruskan ya.. itulah apa yang Adinda pesan kepada dirinya.
Tiba tiba dia terpandang sapu tangan pemberian doctor kerek itu. Terus fikirannya teringat setiap ayat doctor itu.
“Apa maksud kau doctor? Kau pun putus cinta juga ke?” Tanya Adinda sambil tersenyum sumbing. Bingo!
_____________________________________
Pagi itu Adinda bersiap siap untuk pergi ke pejabat. Dia menghias muka dengan solekan yang nipis. Apabila berpuas hati dengan penampilannya dia mengibas rambut brunette nya itu.
Adinda tekad, dia mahu move on dari Adam Zaki sepenuhnya! Jangan harap aku akan terima kau kembali Zack ! Adinda yakin Zack akan mencarinya semula.
Sampai sahaja di pejabat Natasha terus meluru ke arah Adinda.
“Adinda i miss u so much!” Ucap Natasha gedik sambil memeluk leher Adinda . Dia sangat rindukan rakan sekerja nya itu. Dalam banyak banyak pekerja di sini, Adinda yang paling dia ngam!
“Tasha bagilah aku duduk dulu kalau ye pun” Adinda naik rimas dengan perangai manja Natasha. Macam mana la kalau dah berlaki nanti.
“Ala babe kau ni, aku rindu tak dengan kau.. how’s everything? How’s Zack?” Natasha la orang pertama yang tahu tentang kecurangan Zack. Dia tidak terkejut malah sudah berkali kali Natasha beritahu kepada Adinda, tapi Adinda tidak percaya. Katanya Zack tidak akan tergamak buat dia macam itu. Dasar bodoh ini kawan!
“Haip, please don’t you ever mention nama dia depan aku. Geli!” Kata Adinda seraya tunjuk aksi menggelikan.
“Okay babe it’s okay at least kau dah tau siapa Adam Zaki yang kau sanjung tu” Natasha julingkan mata ke atas.
“Shut up Tasha, i hate him so fucking much!” ucap Adinda marah. Dia benci!!!
“Aku ada banyak kerja nak kena settle kau jangan ajak aku gossip tasha, please “
“Hm yelah btw bos kita kena heart attack kau tau tak?”
“What?! Then Encik Syarul teruk ke?” Soal Adinda cemas.
Mana dia tak cemas selalu nya Encik Syarul tu tak pernah kena penyakit melainkan penyakit gatal nak bercinta dengan Adinda!!
“He’s fine. Dia masuk office harini but you know what Dinda?!!!” Natasha dah mula dengan perangai gediknya. Tak lain tak bukan mesti nampak lelaki handsome. Hampeh punya kawan!
“Kawan Encik Syarul tu handsome gila babe!! He’s a doctor, tak sangka aku Encik Syarul ada kawan setampan tu. Because haritu Encik Syarul sempat call kawan dia tu untuk datang. Untung la kawan dengan doctor.” Terang Natasha gedik.
Adinda tunjuk muka tidak berminat, aku tak minat dengan doctor melainkan doctor yang bagi sapu tangan dekat aku haritu. Ucap Adinda di dalam hati
Sedang Adinda mengelamun dia tersedar kerana Natasha menampar lengannya. Ish kacau daun aku nak mengelamun!
“Weh bos dah masuk, OMG babe tulah doctor yang aku cakap kan tu!” Natasha sudah gila aku rasa.
Adinda dengan malas mengangkat muka untuk memandang gerangan si tampan yang di maksudkan oleh Natasha.
Adinda bagai rasa dipaku apabila pandangannya lihat figura yang sangat dia kenal. Doctor aku?! Eh kau jangan nak berangan ye dia dah bertunang dengan jiran kau.
Iskandar rancak berbual dengan Syarul sahabat baiknya itu, tetapi matanya terpaku terhadap kelibat seorang perempuan yang dicarinya. Adinda?
Mereka sama sama tidak mengeluarkan apa apa ayat hanya mata yang sedang memandang antara satu sama lain.
Adakah ini yang dinamakan jodoh?
Happy reading love!!
Share this novel