Kepala Adinda terasa sakit dan pedih di bahagian dahi. Lagi lagi apabila dia berkerut.
Adinda mencuba untuk membuka matanya perlahan lahan. Pandangan kabur. Dia mengerlip mata berkali kali hingga pandangan matanya kelihatan jelas.
“Tempat apa ni? Aku kat mana?”
“Where am i?” Adinda cuba untuk bersuara, tekaknya rasa perit dia mula dahaga. Adinda mencari air mineral. Dia meliarkan pandangan untuk mencari air. Tangannya mula mencapai sebotol air mineral di tepi katilnya.
“I’m thirsty... help” Adinda mencuba untuk bangun tapi gagal. Badannya terasa berat dan Sakit - sakit. Tangan Adinda tergapai gapai untuk mencapai Sebotol mineral.
“Don’t move!” Kedengaran suara garau menghalangnya. Adinda terpandang ke arah tubuh badan lelaki yang tinggi dan tegap itu. Macam pernah nampak... tapi di mana ya? Bicara Adinda di dalam hati.
“Kalau nak minum ke nak pergi toilet ke, press this button.” Kata kata dari mulut Iskandar kedengaran tegas di telinga Adinda.
Iskandar membuka penutup botol itu dan menuang isi air itu ke dalam cawan kaca.
Dia beri cawan itu kepada Adinda.
“Your drink miss Adinda” bicara Iskandar lembut dan sopan.
Adinda mencapai cawan itu dan terus minum air mineral itu. Gelojoh!
Iskandar hanya memerhati perlakuan Adinda ketika itu. “Clumsy” kata Iskandar perlahan. Hanya Iskandar yang mendengar.
Selepas menghabiskan air mineral itu, Adinda memberi cawan itu kepada Iskandar.
“I’m sorry.. but if you don’t mind.. macam mana i boleh ada dekat sini ya?” soal Adinda ingin tahu.
“You accident. Kena langgar.” Ucap Iskandar mendatar. Dia tidak mahu memberi tahu perkara sebenar takut jika emosi perempuan itu tidak stabil.
Ya, sepanjang dua hari Adinda di hospital Iskandar yang memeriksa keadaan Adinda. Oh sebelum terlupa! Harris Iskandar ni doctor.
Iskandar sering melihat Adinda mengigau serta mimpi buruk ketika Adinda tidur.
Kadang kala Adinda menangis, marah dan merajuk? Ya dia dapat melihat kesemua mimpi buruk Adinda.
“Kena langgar?” Soalan dari Adinda membuatkan Iskandar tersedar dari
Lamunan.
“I kena langgar? Dengan siapa? Siapa pelakunya?” Soalan demi soalan dilontarkan dari Adinda.
“Yes you kena langgar tapi tak teruk mana pun, dari pemeriksaan i, salah you juga sebab tak tengok sekeliling masa nak melintas.” Bicara Iskandar membuatkan Adinda tidak puas hati.
“Where is he? I wanna meet him.” Adinda sudah mula dengan perangai panas barannya.
“You patut bersyukur sebab dia sudi nak tolong you walaupun salah you, nasib baik dia tak langgar lari” Iskandar bicara mendatar.
Muka Adinda berubah. Tidak puas hati!
“Okay if salah i then bagi i jumpa dia, i nak mintak maaf, salah i kan? So i nak melutut dekat dia.” Kata Adinda mengejek.
“Too late, dia dah pergi and dia yang tanggung bayaran you. So kiranya zero zero ya?” Iskandar tidak mahu mengalah, saja mahu sakitkan hati Adinda.
Adinda menjeling Iskandar yang memandangnya tanpa senyuman yang terhias di wajah lelaki itu.
“I dah boleh discharge? I tak suka duduk sini. Panas.” Kata Adinda sambil mengipas ngipas dirinya.
“Later i suruh nurse check you either you boleh keluar atau tak okay miss? Have a good rest, anything just press the button okay?” Ucap Iskandar terus berlalu pergi dari situ.
Adinda mendengus kasar.
“Panggil nurse? Do i look like i can wait? Obviously no!!” Bicara Adinda dengan dirinya.
Adinda mencabut segala wayar ditangannya dan perlahan lahan dia cabut lari dari situ. Dia menggunakan tangga untuk melarikan diri. Sedang dia berlari menuruni tangga dia berpusing ke belakang untuk melihat, sama ada clean atau tidak.
“Padan muka korang tak dapat kejar aku, ingat aku ada masa ke nak tunggu nurse kau check aku?” Gelak Adinda sendirian sambil meneruskan pelariannya.
Apabila dia pusing ke hadapan dia terlanggar sesuatu yang keras. Aduh, sakit di dahi kembali terasa berdenyut denyut rasa sakit itu.
Adinda terduduk di atas lantai sambil tangan kanan memegang dahinya itu.
“Apa benda yang keras sangat ni..” mata Adinda terpandang kasut dan kaki.. figura yang dia kenal! Oh my god doctor berlagak ni ke?!
“Kau nak kemana ni? Lari?” Soal Iskandar kepada Adinda. Hilang sudah i dan you. Inilah sifat Iskandar. Hanya perempuan yang dia cinta dan sayang barulah dia akan berlembut.
Jika berlembut dengan wanita dihadapannya ini pasti dia akan di buat seperti keanak - anakan.
“Ye, i nak lari! Tepi sana!” Bentak Adinda dan berniat untuk berlalu pergi meneruskan niat sebagai pelarian. Tapi hampa. Tidak semudah itu.
Pergelangan tangan Adinda dipegang kasar, langkah Adinda terhenti. Iskandar menarik tangan Adinda dan menyebabkan Adinda semakin dekat dengan Iskandar. Mereka bertentangan mata.
Dia terkedu melihat sepasang mata tajam itu. Walau raut wajah lelaki itu tiada senyuman, tetap tidak mencacatkan wajah kacak milik Harris Iskandar.
“Kau perempuan yang tegur aku dengan tunang aku tu kan?” Soal Iskandar seraya mengecilkan matanya. Wajah Adinda diamati nya. Melihat wajah putih bersih itu. Sempurna.. sangat sempurna!
Patutlah familiar! Mamat yang buat kecoh tengah malam tu?! Bicara Adinda dalam hati.
“Let me go please.” Rayuan Adinda membuatkan Iskandar mendekatkan lagi wajahnya dengan Adinda. Kini mereka hanya sejengkal permukaan tapak tangan.
“You dah ada tunang pun gatal lagi?! Lelaki memang tak cukup satu kan?” Kata Adinda kepada Iskandar membuatkan Dahi Iskandar berkerut. Soalan Adinda dibiar sepi. Malas hendak menjawab.
Air mata Adinda mula bergenang, dan tak semena mena dia mengeluarkan esakan yang kecil. Iskandar begitu terkejut melihat perubahan Adinda ketika itu.
“Leave me and just go, don’t waste your time watching me crying.. please...” rintih Adinda lagi. Adinda tidak tahu kenapa dia menunjukkan tangisan di depan lelaki yang baru sahaja dia kenal. Air matanya makin laju membasahi pipinya.
“But i choose to stay here..” balas Iskandar dengan suara yang mendung. Dia sangat terkejut dengan tindak tanduk Adinda. Semakin dia mengenali wanita ini semakin banyak sisi Adinda yang Iskandar lihat. Ingat hati wanita itu keras tapi tidak. Perempuan ini menutup segala rasa dengan perangai yang kasar.
“Sampai hati dia curang dengan i?!” Jerit Adinda kecil.
Oh curang ke? Patutlah melintas tak tengok kanan kiri, heartbroken rupanya. Kata Iskandar didalam hatinya.
“Sometimes people don’t really appreciate what they have until it’s gone.” Laju saja ayat itu keluar dari mulut Iskandar. Riak wajah Iskandar kelihatan muram. Lebih muram dari wajahnya yang tidak senyum. Kata kata dari Iskandar membuatkan Adinda mendongak dan memandang ke arahnya.
“what do you mean...?” Soal Adinda pelik dengan lelaki di hadapannya ini. Adina cuba untuk membaca reaksi lelaki itu. Tapi susah untuk dia membaca.
“It’s nothing.. kau kalau nak lari jangan buat kerja tak clean boleh tak?” Dengus Iskandar cuba untuk menutup kegugupan dirinya sendiri. Iskandar menyeluk poket kanannya dan mengeluarkan saputangan. Laju Iskandar menghulurkan saputangan itu kepada Adinda.
Adinda memandang sepi saputangan itu tidak tahu sama ada mahu ambil atau pun tidak. Iskandar menarik pergelangan Adinda dengan lembut dan meletakkan saputangan itu di tangan Adinda. Iskandar terus meninggalkan Adinda sendirian di situ.
Adinda tersentuh dengan perbuatan lelaki itu. Dia mengelap air matanya dengan saputangan yang diberi oleh lelaki itu. Dia mengatur langkahnya dengan perlahan. Tiada lagi sebagai pelarian.
Share this novel