Bab 7 : Mabuk Berat

Romance Series 8466

Pada hujung minggu ini, Adinda banyak menghabiskan masa di rumah. Almaklumlah orang baru putus cinta. Semua yang dibuat tiada semangat.

Jam menunjukkan pukul 8 malam tepat. Adinda sudah kebosanan dirumah. Semua aktiviti dibuat untuk mengisi masa lapang.

“Haih boringnya… call tasha la apa la agaknya si perempuan gedik tu tengah buat?” Soal Adinda keseorangan.

Adinda terus mendail nombor Natasha, dengan sekejap talian di sambung kan.

“Hello tasha, kau kat mana? Aku bosan la”

Tanya Adinda sambil tergolek golek di atas tilam empuknya.

“Hello babe, later aku keluar kau nak ikut tak? Ikut la eh? Please…” meleret suara Natasha.

“Pergi mana? Clubbing ke? Malas la aku tasha nanti jantan tu ada kang macam mana, aku dah la malas nak hadap muka dia”

“Ala bolehla Dinda… im pretty sure zack takkan ada sebab yang kita pergi ni club lain bukan club yang kau selalu pergi dengan dia tu..”

“Okay I trust you, kau nak gerak sekali ke macam mana? Aku malas bawak kereta la tasha”

“Okay aku ambil kau ya, siap siap, pakai hot hot tau tonight! Miss u babe dah lama tak terkinja sama sama” Natasha buat suara manja di hujung talian. Taknak Adinda ubah fikiran.

“Hm yelah, kau kalau nak aku ikut mesti nak mengayat kan?” Dah boleh agak dengan perangai Natasha ni.

Tapi apabila dia bersama Natasha, Adinda rasa macam adik beradik. Selepas kematian ibunya Siti Mariam, hidup Adinda sudah banyak berubah. Dia seperti hilang hala tuju.

“Hehehe I love u babe cepat tau. Bye!” Natasha terus mematikan talian.

_____________________________

Malam itu Natasha memakai crop top pendek bersana skirt manakala Adinda mengenakan dress yang tidak berbahu menampakkan lagi bentuk dadanya yang putih gebu itu.

Dua orang gadis itu kelihatan sungguh seksi dan boleh membuatkan sesiapa sahaja tertarik.

“Long time no see my princess Dinda!!” Terkejut chris melihat Adinda. Chris merupakan sahabat terkinja mereka ketika di club.

Adinda terus memeluk Chris tanpa memikirkan halal haram.

“Sorry babe i putus cinta kan, semua benda jadi tak minat, but right nowi nak have fun, nak enjoy.” Jerit Adinda kerana lagu di club itu yang agak kuat.

“It’s okay babe no worries, he don’t deserve a pretty and sexy girl like you” gelak Chris bersama Natasha dan Adinda.

“Okay disebabkan Adinda ada, i belanja you all minum!!!” Jerit Chris riang. Mereka ketawa tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling.

Di fikiran Adinda dia mahu melepaskan rasa sakit hati, kecewa dan marah ini. Dia sudah nekad!!

“Babe banyak sangat kau minum tu.” Natasha mula risau melihat Adinda yang tidak memikirkan hari esok saja! Mabuk sangat dah tu

“Ala babe sikit je ni kan ke u cakap i boleh enjoy sepuas puasnya” Adinda masih lagi menari sambil meneguk air haram itu.

“Okay la let’s cheers again.” Natasha dan Adinda menari hampir semua mata terpukau melihat bentuk badan mereka. Sungguh menggiurkan.

Natasha membantu Adinda agar tidak terjatuh. Mereka sedang menghala ke kereta. Selesai sudah aksi terkinja mereka. Masing masing sudah mabuk yang tidak boleh bawa bincang, lagi lagi Adinda Ausya.

Sedang mereka berjalan datang Zack yang entah dari mana.

“Ad… i miss u… what happened to you baby?” Soal Zack risau melihat Adinda yang mabuk teruk itu.

Natasha dan Adinda berpandangan. Sampai lagi bala.

“Kau bla la Zack, kau nak apa lagi ni? Jangan kacau Dinda boleh tak? Kau dah main kayu tiga kau datang balik? Tak tau malu.. muka bukan handsome sangat pun” Sempat Natasha membidah Adam Zaki.

“Kau senyap, aku tak cakap dengan perempuan gedik macam kau.” Jeling Zack. Sebok je minah ni.

“Zack kau boleh berambus tak? Aku benci tengok muka kau… berambus la syaitan!!” Jerit Adinda tiba tiba. Dia baru sahaja melepaskan rasa yang terbuku di hati, tiba tiba bala datang lagi .

Semua mata mata di situ mula memandang mereka.

“Sayang i nak minta maaf i dah sedar silap i, I can’t live without you.” Lirih suara Adam Zaki, dia benar benar menyesal menduakan Adinda.

“Hei pergi mampus dengan ayat kau, aku dah tak ingin! Please la Zack tolong Jangan kacau aku. Plus aku dah ada pengganti “ Adinda saja berkata yang dia sudah ada pengganti supaya Zack akan berhenti menagih cinta nya.

Mama!! Siapa la yang nak anak mama ni?! Jerit Adinda Ausya dalam hati.

“What? You must be kidding right baby? Since when? You jangan nak bohong i okay.. you tu cinta mati i” Adam Zaki sungguh yakin yang bekas kekasihnya masih patah hati dengannya. Mana mungkin ada pengganti.

Adinda Ausya meliarkan pandangan dan serta merta dia lihat seorang yang tinggi berbadan tegap yang menghampiri mereka.

Adinda melepaskan nafas sedaya upaya dia berjalan dengan lurus, nasib tidak terjatuh. You’re crazy Adinda Ausya! Dengan cepat langkah Adinda terus memeluk leher lelaki itu serta bibir lelaki itu disambar. I don’t even know what I’m doing !!

Iskandar kaku, bibirnya bagai dikunci dengan setiap tindak tanduk perempuan sewel ini. Suka hati je nak cium aku!

Adinda lepaskan ciuman yang agak rakus itu walaupun dia seorang yang banyak beraksi tapi dia dapat membuktikan yang dia sudah jumpa pengganti walaupun dia tidak kenal siapa gerangan lelaki yang tinggi lampai ini.

Mata Adam Zaki tajam memandang dua orang itu. Jadi benar lah Adinda sudah jumpa pengganti. Hati dia kecewa dan marah. Dia tidak akan putus asa. Dia akan cuba rampas Adinda dari sesiapa sahaja!

Adinda sempat berpaut pada lengan lelaki itu, manakala Natasha jadi penonton yang bisu dari tadi. Natasha juga terkejut. Walaupun Natasha mabuk, tapi dia tidaklah semabuk Adinda sampai tidak tahu siapa yang dia cium!! Itu Doctor idaman aku!!! Mak!!

Zack terus berlalu pergi dengan hati yang panas membara. Tidak harini mungkin suatu hari nanti kau akan jadi milik aku Adinda. Kau tunggu. Itu nekad seorang Adam Zaki.

Adinda terus berdiri bertentangan dengan lelaki itu niatnya mahu mohon maaf. Walaupun dia mabuk teruk dia tetap tidak nampak wajah siapa yang dia cium itu. Adinda hampir terjatuh kerana mabuk berat. Sempat Iskandar menahan.

“Kau ni sekali tak susah kan orang memang tak sah hidup kau kan?” Soal Iskandar berang dengan perlakuan perempuan itu.

Adinda yang memang sudah mabuk berat mengecilkan mata untuk melihat lelaki di hadapannya dengan jelas. Pandangan Adinda mula jelas dia terbata seketika.

Iskandar mula pelik dengan perempuan ini. Kalau jadi kahwin, dengan aku jugak jadi sewel.

“Finally… i miss you” Itu yang dituturkan Adinda buat Iskandar.

Iskandar pelik dengan renungan mata Adinda.

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience