Seperti yang dijanjikan, Adinda pergi ke tempat untuk berjumpa dengan Harris Iskandar. Matanya meliar mencari susuk tubuh doctor itu. Dia mengeluh.
“Suruh aku datang tapi diri sendiri lambat.”
Gumam Adinda bengang.
Hampir setengah jam menunggu kelihatan satu susuk tubuh tinggi dan tegap menghampirinya. Adinda mula tidak tentu arah. Bermacam macam andaian sedang berlegar di ruang fikiran Adinda.
Iskandar mengambil tempat duduk berhadapan dengan gadis itu.
“I thought you didn’t come” ujar Iskandar selamba. Matanya melirik Adinda.
Adinda mengecilkan matanya. Geram dengan lelaki dihadapannya itu.
“Please straight to the point doctor.” Adinda tidak mahu basi basa.
“Wow last night bukan main kau lembut dengan aku..” Iskandar tertawa mengejek.
“Im sorry about last night. It’s not my intention at all”
“I don’t accept any apology..” Iskandar berhenti di hujung ayat.
“Kalau kau taknak aku sebarkan video semalam kau kena terima cadangan aku”
“Oh hell no doctor.. kahwin dengan you? Why so sudden?”
“Itu urusan aku… sama ada kau terima atau kau tolak.. so what’s your answer?
“I taknak”
“Really miss? Nak aku sebarkan? Or kau tak takut kalau your ex cari kau balik.. siapa tahu dia ada niat tak baik? Kalau kau kahwin dengan aku at least kau selamat” Iskandar cuba meyakinkan Adinda.
Adinda cuba mencerna setiap kata kata Harris.
Otaknya ligat memikirkan Zack, bekas teman lelakinya. Pasti lelaki itu tidak akan berdiam diri. Cukup lama dia mengenali sifat Zack.
Adinda memandang Harris Iskandar dengan penuh meluat. Ya dia memang sudah mula jatuh hati dengan lelaki itu, tetapi apa yang terjadi semalam bukan niatnya. Tambahan Harris boleh main ugut ugut, membuatkan dia lagi meluat.
“You know what? Fine.. i mean yes”
Mungkin ini keputusan yang tepat untuk dia melarikan diri dari Zack.
Harris Iskandar tersenyum puas. Taklah susah sangat untuk memujuk gadis dihadapannya ini.
“Cool, so aku akan keep contact kau and our marriage next week” terang dan datar suara Harris Iskandar.
“Wait.. what?!” Adinda terkejut bukan kepalang. Ingatkan lagi tiga atau lima bulan. Ini minggu depan?! Biar betul mamat ni
“Hey you biar betul doctor..” Adinda masih tidak percaya.
“Yes next week, sebab my ex fiance dah mintak putus. Jadi nak taknak aku kena ikut keputusan mama aku. Get it?”
Adinda masih diam tidak berkutik. Sudah sediakah dia menjadi seorang isteri? Sudah sediakah dia menjadi peneman hidup seorang lelaki yang akan bergelar suami?
Adinda tidak mahu hidupnya jadi seperti hidup arwah ibu nya. Yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya kerana perempuan lain. Ya hidup Adinda sekarang sebatang kara, tiada ibu bapa, tiada adik beradik. Hanya dia, Adinda Ausya.
Harris merenung wajah Adinda yang kelihatan serba salah.
“Kalau kau senyap maksudnya tanda kau setuju kan? Okay i got to go miss Adinda. Jangan lupa balas mesej aku nanti. Harris terus bangun meninggalkan Adinda keseorangan di situ.
Adinda menghantar pemergian Harris dengan pandangan. Dari atas sampai bawah tilik. Tidak ada satu pun yang cacat. Kenapa dia pilih aku yang miserable ni? Adinda mengeluh.
Enjoy reading love
Share this novel