Bunyi bising diluar rumah membuatkan tidur adinda terganggu. Dia menguap besar sambil mendengus kasar.
“hey siapa lah yang bodoh buat bising pagi pagi buta dekat luar rumah aku ni?“ bebel adinda seorang diri.Dengan cepat dia bangun dari pembaringan.
Dia berjalan pergi ke pintu utama untuk melihat gerangan siapa yang sesuka hati membuat bising diluar rumah. Adinda memulas tombol pintu dengan kasar, lalu kepala nya menjenguk keluar.
Matanya terus menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri membelakangi dirinya.
Nampaknya lelaki itu sedang bertekak dengan seorang perempuan. Oh ya itu jiran depan rumah Adinda.
Tanpa berfikir panjang adinda terus bersuara. “Excuse me? Kenapa ni? Kau orang kalau nak bergaduh sekali pun, boleh cari tempat yang sesuai tak?”
Sedang Iskandar dan helena bertekak, kedua dua mereka tersentak apabila mendengar suara perempuan yang memarahi mereka.
Iskandar memusingkan badannya, dan melihat seorang perempuan sedang berdiri memandang mereka dengan pandangan yang tajam.
“shut up, it’s none of your business!“ Iskandar kembali memusingkan tubuh badannya kepada helena. Dia ingin melepaskan rasa sakit hatinya kepada helena.
“It’s none of my business?“ Ini sudah melampau!
“kepala hotak kau! Aku nak tidur ni, korang tau tak sekarang pukul berapa ?”tanya adinda dengan kasar.
Iskandar sudah tidak menghiraukan kehadiran Adinda disitu.
“Saya minta maaf sebab menganggu you, saya tengah ada masalah dengan tunang saya” Laju Helena bersuara kerana dia rasa bersalah terhadap jirannya iaitu Adinda.
“I tak kisah, tapi tolong cakap dengan tunang you, jangan buat kecoh dekat sini. Nasib la i sorang je yang terbangun”
Kata adinda lagi dan terus menutup pintu rumahnya.
Adinda kembali ke katilnya sambil matanya menjuling ke atas. “Macam macam hal.” Dia terus menghempas badan ke katil empuk miliknya itu. Adinda mencapai telefon bimbitnya dan dia mengeluh perlahan. “Tak rindu aku ke?”
Sebenarnya dia sedang menunggu panggilan dari kekasih hatinya. Dia menutup telefonnya dan cuba untuk tidur. Lama kelamaan matanya tertutup rapat dan mengeluarkan dengkur halus.
________________________________________
Share this novel