Sayang i miss you so much!!” Suara garau Zack dari arah belakang sayup sayup kedengaran di telinga Adinda.
Adinda berpusing melihat suara itu. Dia terkejut, sungguh terkejut apabila melihat Zack teman lelakinya memeluk seorang perempuan yang seksi.
Ya! Lebih seksi dari dirinya. Amarah adinda mula naik. Membakar dirinya yang memang seorang panas baran. Tanpa fikir panjang kaki panjang Adinda laju melangkah kearah mereka.
Dia berjalan ke arah dua merpati sejoli itu tanpa mereka sedar akan kedatangan Adinda disitu.
Dari jauh dia dapat lihat kemesraan Zack dan perempuan itu. Kata Zack, lelaki itu akan balik ke Malaysia lagi dua hari. Rupanya elok menggatal dengan perempuan gedik ni!
“What a surprise? Zack? I dengar you akan balik ke Malaysia lagi dua hari, tapi kenapa i boleh jumpa you dekat sini ya?” Soalan pedas dari Adinda membuatkan Zack terkejut akan kehadiran teman wanitanya itu!
“Ma..macam mana you boleh ada kat sini Ad?” Soalan dari Zack membuatkan Adinda tersenyum sinis.
“Well .. Zack I didn’t expect to see you here.. at this place.. with this.. bitch? Ops” kedengaran Adinda ketawa jahat di hujung ayatnya. Adinda kembali memandang kedua dua merpati itu, dan matanya terhenti di tangan Zack yang menggenggam tangan perempuan gedik itu. Mata Adinda mencerlung memandang Zack.
Who the fuck is she?!” Meninggi suara Adinda, tidak dia fikir lagi siapa yang lalu lalang di mall itu. Nafasnya sudah naik turun. Emosi nya sudah tak terkawal.
“I can explain...” belum sempat Zack menghabiskan ayatnya, tangan Adinda menampar pipi Zack dengan sekuat hatinya. Puas! Puas sebab pipi Zack mengeluarkan cecair merah. Perempuan gedik itu mula kelihatan takut dan menunduk.
Semua yang lalu lalang disitu kelihatan terkejut dengan situasi tegang itu. Kelihatan seperti didalam drama tv3. Tapi mampuslah dengan apa orang fikir. Sakit hati aku, tiada siapa yang tahu! Kata kata itu hanya terdetik didalam hati Adinda.
“I don’t need your explanation Zack.. From now on..” Adinda mengumpul segala kekuatan untuk menghabiskan ayatnya.
“We’re over..” ucap Adinda tenang. luar mungkin dia kelihatan tenang tapi tidak didalam hatinya. Pedih!
“And you..” Adinda menuding jari kepada perempuan gedik itu.
“What’s wrong with you?!” Soal perempuan gedik itu kepada Adinda.
“Goodluck with this hoe, wish you all the best” ucap Adinda sambil mengenyitkan mata. Adinda terus mengatur langkah, semakin lama semakin laju.
“Hey kau gila ke apa?!” Menjerit perempuan gedik itu kepda Adinda. Berani la dia menjawab selepas Adinda mula beredar. Cuba tadi.. menunduk je.
Adinda jalan untuk keluar dari mall itu. Hatinya sudah tidak betah untuk lama lama disitu. Dalam tidak sedar matanya mengeluarkan air mata. Teresak esak dia menangis. Tangannya naik mengesat air mata. Dia berjalan tanpa memikirkan keadaan sekeliling.
BUM!!!! Adinda sudah terkulai di jalan raya, dengan kepalanya yang berdarah akibat terhantuk dengan kereta.
Semua orang mula menggerumuni dan ingin melihat kemalangan itu.
___________________________________________
Harris Iskandar yang sedang memandu itu kusut memikirkan tentang tunangnya. Ops bekas tunang. Dia meraup wajah dan cuba untuk melupakan apa yang terjadi. Sakit? Ya, sudah semestinya sakit apabila mengenangkan perkahwinan yang tak kesampaian.
Sampai hati Helena memutuskan hubungan mereka hanya kerana Helena masih tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri? Penat dia menyiapkan segala persiapan untuk berkahwin tetapi diputuskan.
Majlis perkahwinan mereka itu minggu depan! Bukan tahun hadapan! Mana tidaknya fikiran Iskandar kusut.
Sedang memikirkan tentang Helena, tanpa sedar dia telah pun melanggar seseorang.
Dengan cemas Iskandar keluar dari kereta dan dia melihat seorang perempuan terbaring kaku diatas jalan raya itu. Nafasnya turun naik, takut jika perkara buruk berlaku terhadap wanita ini. Ramai orang menggerumuni mereka.
Iskandar memeriksa nadi perempuan itu. Sama ada dia hidup atau pun sebaliknya. Alhamdulillah masih bernyawa! Tapi mungkin disebabkan terlalu terkejut perempuan itu terus pengsan. Luka di dahi perempuan itu dipandang seketika. Dia mengeluarkan saputangan dan membalut kapala perempuan itu.
Iskandar terus mendukung perempuan itu dan memasukkan di tempat duduk belakang. Dia meletakkan tubuh itu dengan berhati hati.
Matanya memandang wajah cantik perempuan itu. Mata Iskandar terhenti apabila melihat air mata yang membasahi pipi wanita itu. “Dia menangis ke? Mata dia pun sembap?” bicara Iskandar perlahan. Tidak mahu mengejutkan wanita itu.
Tanpa berlengah lengah Iskandar terus menutup pintu belakang dan kembali ke tempat duduknya. Dia mengangkat tangan kepada orang ramai yang mungkin risau atau lebih tepat busy body.
Iskandar memulakan perjalanan membawa wanita itu ke hospital, untuk merawat luka wanita yang telah dilanggar oleh nya. Mujur tiada apa apa yang serius terhadap kemalangan kecil itu. Iskandar menghela nafas lega.
Share this novel