Natasha membuka mata dengan malas apabila terasa ada cahaya matahari yang mengganggu tidurnya. Dia bangun bersama rasa kepala yang berdenyut denyut. Semalam punya lah tak ingat dunia minum sekali pagi amik kau hangover terus.
Otak nya terus teringat akan Adinda. Semalam doctor itu yang menghantar Adinda ke rumah. Apa lah nasib Adinda ya? Masih dara atau tidak ? Hm melepas la aku nak merasa doctor idaman aku tu. Adinda yang dapat dulu, keluh Natasha.
Natasha terus bangun dari pembaringan dan terus pergi ke belik mandi untuk segar kan diri.
********
Iskandar masih teringat ingat akan setiap perkataan yang keluar dari bibir munggil Adinda Ausya.
Rindu? Dia rindu aku untuk apa? Takkan bagi sapu tangan terus tangkap cintan. Mudah sangat jatuh cinta perempuan ni. Bisik hati Iskandar.
Nasib dia menahan diri dari melakukan sesuatu yang diluar kawalan semalam. Berdepan dengan Adinda dalam keadaan gadis itu sedang mabuk tambahan dengan tubuh badan yang menggiurkan membuatkan Iskandar terseksa semalam. Dia lelaki, tipu lah kalau dia tiada keinginan itu. Lagi sekali Iskandar menelan air liur apabila terbayang telatah Adinda semalam.
Flashback
Iskandar meletakkan Adinda di tempat duduk sebelahnya. Dia memandang Adinda dengan pandangan masih keliru.
Sedang Iskandar memandu ke kondominium milik Adinda, tiba tiba Adinda memeluk lehernya. Iskandar bagai patung cendana. Bukan dia tidak pernah bersentuhan dengan Helena, tapi dengan Adinda dia rasa sesuatu yang lain.
“Kau boleh duduk diam diam tak? Mabuk tu mabuk la jangan ganggu orang”
Iskandar mendengus kasar, cuba menahan gelora hati.
“I can’t stop from touching you, doctor…” Suara Adinda meleret manja.”
“Stop it girl, jangan nanti kau yang menyesal” Iskandar memberi amaran.
“I won’t regret doctor, im serious” lagi lagi suara Adinda meleret.
Iskandar sedang berfikir sesuatu, dia tersenyum.
“With one condition “ tenang suara Iskandar.
“Hmm what is it” tangan Adinda mula mengusap pipi Iskandar.
“Marry me”
“Hmm boleh” Adinda tidak sedar apa yang dia cakap. Kepala nya makin sakit dengan effect alcohol.
“Okay you can do whatever you want”
Tanpa Adinda sedar, Iskandar sedang merakam setiap perbualan itu. Inilah peluangnya.
Tanpa menunggu, Adinda menarik rahang Iskandar agar memandang nya lantas dia mencium bibir itu dengan rakus.
Benar Adinda telah jatuh hati sejak Iskandar memberi sapu tangan tempoh hari. Gila? Ya memang gila jatuh cinta dengan sesenang itu.
Hampir setiap hari Adinda akan terbayang wajah Iskandar.
Mereka hanpir terbabas, cepat cepat Iskandar menolak ciuman itu. Adinda mendesis.
“You promised me…” Suara Adinda meleret tanda sebagai tidak puas hati.
“Kau tau kita kat mana sekarang ni? Kalau accident macam mana?”
Soalan Iskandar bagaikan angin di telinga Adinda Ausya.
“Look here miss Adinda, Kau pasti ini yang kau nak? Jangan esok kau belasah aku”
Soal Iskandar menginginkan kepastian. Dia harus melaksanakan rancangannya. Tapi dia tidak mahu menggunakan cara kotor. Tapi kalau Adinda benar mahukan ini lagi senang rancangannya! Tak perlu bersusah payah memikirkan cara.
“Yes.. i want you right now” Adinda sudah benar benar hilang kawalan. Dia tidak pernah seteruk ini. Dengan Zack pun dia tidak pernah sampai ketahap ini. Kuat betul penangan Abang Iskandar kita
Mission Accomplished!! Jerit Iskandar dalam hati.
Happy reading love!
Share this novel