Bab 4 : Teruskan Pernikahan

Romance Series 8466

“ Tak jadi kahwin?! “ suara puan Azalia mula meninggi. Mana tidaknya majlis perkahwinan anaknya akan berlangsung lagi dua minggu!

“ mana umi nak letak muka umi ni Is? “ soal puan Azalia lirih.

“Umi, iskandar dah ada orang lain, Iskandar yang putuskan hubungan dengan Helena “

Iskandar terpaksa menipu Umi nya supaya umi tidak akan bersangka buruk terhadap Helena.

Mengucap panjang Puan Azalia. Dia memandang anak tunggalnya dengan pandangan marah beserta perasaan kecewa.

“Apa ni Is ? Kenapa Is buat perangai macam budak budak ? Kenapa is malukan umi macam ni ? Is tak kesian kat umi ke ?”

Puan Azalia meraup wajah nya yang putih bersih itu dengan kecewa.

Air mata mula bergenang di tubir mata Puan Azalia. Apa dia salah dalam mendidik Satu satu nya anak lelaki ini ?

Abang, anak abang buat lia kecewa… rintih Puan Azalia didalam hati.

Haris Iskandar diam, sungguh dia tidak sanggup untuk melihat umi nya bersedih. Cukuplah selepas kematian arwah ayahnya, Datuk Hasnul.

“Maafkan Iskandar umi, Is tahu Is dah lukakan hati umi dan arwah ayah. Kalau arwah ayah ada pun dia akan kecewa dan marah dengan tindakan is. Tapi is tak boleh tipu diri is, yang is cintakan perempuan tu sangat sangat.”

Terang Haris Iskandar sayu, cuba untuk menenangkan hati umi nya yang sememangnya sedang kecewa.

“Siapa perempuan tu Is? Bawa dia berjumpa dengan umi . Umi tak kira majlis perkahwinan Is akan tetap berlangsung! Apa pun alasan Is umi akan cuba terima tapi tolong jangan malukan umi, umi dah tua Is, umi dah takde masa nak layan perangai kamu yang macam budak budak ni. “

Puan Azalia tekad, dia akan tetap meneruskan perkahwinan anak lelakinya walau apa pun yang terjadi.

Masak!! Macam mana aku nak cari perempuan untuk gantikan tempat pengantin perempuan. Dia cuba untuk menutup silap Helana, alik alik dia yang terkena pulak. Oh dunia ini sungguh tidak adil !

“Baiklah umi minggu depan Is akan bawa dia berjumpa dengan umi. “

apa kau buat ni Is?! Masak la kau. Perempuan mana pula yang nak jadi penyelamat aku ? Soal Haris Iskandar didalam hatinya, fikirannya bertambah serabut.

Tiba tiba dia teringatkan perempuan yang dia langgar tempoh hari. Apa nama dia ? Adinda? Adinda Ausya?

Im trying my best to make this novel. Im sorry for any inconvenience

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience