BAB 6

Romance Completed 8177

“ Dhia, aku tengok kau lain macam je seminggu dua ni. Kenapa babe? Kau ada masalah ke?” Faralyna menoal sewaktu mereka berada di dalam bilik. Asyadhia eleng lemah. Berat sekali untuk bibirnya memuntahkan keserabutan yang dialami.

“ Dhia, kita dah kawan 2 tahun. Aku kenal kau, dan kau pun kenal aku, kan? Dan aku pun tahu, kau tipu aku, kan? Kau ada masalah, kan?”

Katil Asyadhia dihampiri sebelum dia melabuhkan duduk di situ. Pening juga melihat wajah temannya yang suram itu. Asyadhia dilihat mengeluh kecil. Seakan besar beban yang sedang ditanggung oleh gadis itu.

“ Aku tak tahu macam mana nak cerita, Lyna. Aku sendiri tak mampu nak rungkaikan semua ni. Nak cerna apatah lagi. Macam menjerat kehidupan aku pun ada,”

“ Apa maksud kau?”

“ Ibu. Hari tu, aku balik pun sebab hal pertunangan aku,”

“ Apa halnya? Tunang kau dah balik Malaysia ke? Dah jumpa dia? Handsome tak?” sempat Faralyna mengusik. Asyadhia senyum sinis.

“ Tak.. Di..”

“ Tak? Maksud kau dia tak handsome? Dia beruban macam Zira cakap ke? Atau gigi dia rongak? Biar betul!” Asyadhia sekeh kepala temannya.

“ Tak menyempat! Kot ye pun biarlah aku habis bercerita dulu,” Faralyna sengih. Menyedari keterlanjuran diri. Rasa macam kepoh pun ada di saat itu. Tunang orang, tapi dia yang sibuk-sibuk nak ambil tahu sedangkan Asyadhia sendiri pun tidak memberikan reaksi teruja sepertinya.

“ Dia belum balik. Tapi, dia nak percepatkan perkahwinan kami dalam tahun ni jugak,” Faralyna melopong. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Apa yang diketahui, tunang Asyadhia sudah pun menetapkan bahawa perkahwinan mereka hanya akan berlangsung setelah Asyadhia tamat pengajiannya dan mengukuhkan diri sebagai pewaris syarikat arwah ayah gadis itu.

“ Kenapa pulak? Tak sabar nampak bakal suami kau tu!” tempelak Faralyna. Asyadhia angkat bahu.

“ Kalaulah aku tahu jawapannya. Ibu beritahu semuanya sebab abang Khalish kena bertugas kat luar negara. Tapi masalahnya, aku tetap kena stay sini kan? Habiskan belajar. Aku dah cakap kat ibu, baik tak payah kahwin kalau dia nun di luar negara sedangkan bini tinggal kat sini. Mendera hati dan perasaan je,” ujar Asyadhia, sebak.

“ Apa yang aku boleh katakan, bersabarlah Dhia. Allah tu kan sebaik-baik Perancang. Mungkin DIA sedang aturkan sesuatu yang indah untuk kau di kemudian hari,” bahu Asyadhia dirangkul. Teresak-esak gadis itu menahan tangis. Andai dia mampu membantu, pasti Faralyna akan berusaha sehabis upayanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience