BAB 1

Romance Completed 8177

“ Wah.. handsome lah pulak abang tu,”

“ Comellah dia..!!”

“ Kalau jadi pakwe aku, confirm aku sayang ketat-ketat ni!”

Asyadhia menggeleng kepala melihat gelagat teman-temannya. Tidak berkelip mata mereka melihat apa yang terbentang di hadapan mata.

“ Wei, zina matalah wei! Dosa!” tegur Asyadhia sambil gelak.

“ Mana ada zina mata? Saja-sajalah kau, kan?”

“ Aku cakap betul apa! Kan zina mata kalau kita pandang yang haram dengan rasa syahwat? Korang pandang abang tu, then siap puji-puji dia lagi. Kan dah jadi dosa tu!” katanya lagi, dalam nada gurauan, bimbang akan menyinggung perasaan mereka.

“ Yalah, yalah. Kau betul,” masing-masing mengalah. Bercakap dengan Asyadhia yang petah mengeluarkan hujah bernasnya pasti tidak akan menang! Asyadhia sengih. Buat muka tidak bersalah.

“ Dahlah tu! Jomlah balik! Esok-esok boleh pandang dia lagi,” sekali lagi Asyadhia memperli. Kawan-kawannya bangkit dari tempat duduk, dan melangkah keluar dari kedai itu.

Asyadhia Dayana, gadis genit berusia 23 tahun. Menuntut di UITM Shah Alam dalam bidang perniagaan. Memilih untuk berada dalam bidang pengajian ini bukanlah kehendak diri sepenuhnya, tetapi lebih kepada permintaan arwah bapanya yang mahu ada pewaris dalam meneruskan legasi perniagaan kraf tangan keluarga mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience