BAB 4

Romance Completed 8177

Asyadhia terjenguk-jenguk ke dalam kedai itu. Lagatnya seperti orang yang sedang menghendap sesuatu.

“ Buat apa tu awak?” Asyadhia tersentak, pantas mengurut dada. Terkejut dengan sergahan itu. Lelaki di hadapannya sudah tersenyum. ‘ Comel!’ desis hati lelakinya.

“ Ti..tiramisu! Ha! Tiramisu ada lagi tak?” soalnya, cuba menutup gemuruh.

“ Just like always. Always there for you,” Asyadhia terasa mahu pitam. Oh my! Oh! Sure, he is the one!

“ That’s mean.. awaklah the one yang bagi..” lelaki itu angguk sambil senyum. ‘Oh, encik..! please! Jangan senyum! Nanti hati saya tertawan!’

“ Sedap?”

“ Apa yang sedap?”

“ That cake la?”

“ Ohh.. ha’a, sedap. Thanks anyway! Ok bye!” Asyadhia mula melangkah.

“ Eh, kata nak beli kek tadi?” dia kembali berpaling. Spontan menepuk dahi tatkala menyedari kelemahan diri.

“ Lupa. Okay then,” langkah diatur ke dalam kedai kek. Sepotong kek tiramisu diambil dan diletakkan ke dalam bekas, dan sekali lagi dia keliru. Kenapa bentuk bekasnya tidak sama seperti semalam?

“ Kak, semalam saya datang, bekas bentuk hati. Kenapa hari ni lain pulak?”

“ Maksud adik?”

“ Bekas ni.. tak sama macam yang semalam punya,”

“ Eh.. mana ada dik. Tak pernah pun kami tukar bentuk bekasnya,”

“ Tapi..”

Asyadhia mengalihkan pandangan ke bahagian dapur. Lelaki itu sedang tersenyum kepadanya. Wajahnya kembali ditundukkan. Segan saat menyedari diri diperhatikan. Jika boleh, mahu saja dia menghilangkan diri di saat itu. Menjadi halimunan barangkali!

“ Kalau macam tu, tak apalah kak. Saya ambil yang ni je. Terima kasih kak,”

“ Sama-sama dik. Eh, esok kedai tutup tau! Bos akak nak balik kampung. Ada hal penting katanya,” Asyadhia mengerut dahi. Tutup?

“ Ooh.. ya ke.. terpaksalah saya tahan rindu pada kek tiramisu..” ucapnya, perlahan.

“ Tahan rindu pada kek saja ke? Pada si pembuat kek?”

Asyadhia berpaling ke arah yang bertanya. Pantas dia melarikan wajah saat terpandang senyuman yang terkulum di wajah itu.

“ A.. akak, terima kasih, ya? Pergi dulu. Assalamualaikum,”

Langkah kakinya diatur laju menjauh dari kedai tersebut. Setelah memastikan dia sudah jauh, Asyadhia memperlahankan rentak. Nafasnya dihelakan perlahan. Dadanya dipegang. Ada getaran bermain di situ. Asyadhia sendiri tidak pasti mengapa rasa itu harus hadir. Satu keluhan dilepaskan. Lelah memikirkan apa yang sebenarnya mengganggu fikiran.

“ Cool, Dhia.. cool! Tarik nafas, hembus. Tarik.. hembus.. ta..”

“ Buat apa tu wak? Kenapa tercegat kat sini?” Asyadhia tersentak tika disapa seseorang. Harus diakui, semenjak akhir-akhir ini, suara itu kian sebati di pendengarannya.

“ T.. tak ada apa-apa,” Asyadhia tidak berpaling. Sebaliknya bermain dengan plastik berisi kek di tangan.

“ It’s nice to meet and knowing you, Asyadhia Dayana. A girl with unique name, and wonderful personalities,” Asyadhia terasa mukanya panas. ‘Blushing ke apa aku ni? Sabar Dhia. Sabar. Ingat abang Khalish. Ingat tunang kau.’ dia memujuk diri sendiri. Bimbang diri akan jatuh cinta lagi. Mahu naya!

“ Ma..maaf.. maaf encik. Saya tak tahu dari mana encik tahu nama saya, dan..”

“ Azad,”

“ Ha?” Asyadhia angkat wajah sebelum kembali menekur lantai. Entah mengapa dia tidak berani memandang tepat ke wajah lelaki itu. Adakah kerana mata lelaki itu yang mampu menikam tepat ke jantung, ataupun kerana wajah kacak yang dihiasi dengan senyuman yang mampu mencairkan mana-mana wanita yang memandang?

“ My name. Azad,”

“ Oh.. okey.. Encik Azad, saya tak tahu apa motif encik sebenarnya. Saya pergi ke kedai kek tu hari-hari bukan untuk sebab lain, tapi sebab tiramisu tu je. Kalau encik fikir sebaliknya, saya benar-benar minta maaf. Saya memang tak ada niat lain, dan saya tak nak encik salah anggap dengan saya. Saya…”

“ I didn’t say any word about it right? So, kenapa awak beritahu saya semua ni?”

“ Pardon me?”

“ Saya cuma nak ucapkan terima kasih kat awak sebab selalu beli kek saya. Itu saja,” ujar lelaki itu sambil senyum.

“ Tapi nama saya?”

“ Let it be a secret of mine. Saya pergi dulu, Asyadhia Dayana. Assalamualaikum,” tutur Azad sebelum berlalu pergi. Asyadhia mula menggaru kepala yang tidak gatal. Keliru sendiri dengan situasi yang baru dialami.

“ By the way, jangan rindu saya nanti!” Asyadhia urut dada. Tersentak dengan teguran yang tiba-tiba. Lelaki bernama Azad sengih riang. Asyadhia pula yang diserang kekeliruan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience